22 April, 2017

Pantas

Dunia sekarang ni apa saja yang tidak mahu cepat? Pergerakan kena cepat, fast result, fast action. Semua nak cepat. Sampaikan perkembangan anak pon kita nak bantai cepat. Hujungnya, sapa yang sengsara?


Berbual dengan suami, perkara yang sama diulang² oleh prof yang mengajar. Pelajar sekarang semua nak cepat, result semua nak betul, kalau salah nak troubleshoot tak reti. Nak jawapan aje kejenya. Where did we do wrong? 


I see where and why. Spoon feed, not able to think out of the box. Haih. Belum cerita bab empathy lagi. Semua ke laut. It's hard eh? Too hard till we succumb to the eternal misery.


Habis. Bebel.


Haritu pegi endau-rompin, ya ampun...Sampai harini teringat meloncat² rasa happy. Anak apatah lagi. The ability to interact with others be it the same age or older, different gender don't need to teach, it's ingrained in them. 


Semakin yakin diri, macam biasa la, nk warm up tu kejap, lepas tu byeee umiiiii 🙄


Budak ni competitive, sebut je nama, meluru pergi nak lawan. Lawan sapa? Abg dia la. Sudahnya acara budak, dia berdua je yang bolot. 

Diorang ni homeschool saje, pra sekolah overall 3 bulan je, tu pon melalak tak nak pegi. So interaction diorg basically hanya family, jiran dan certain friends yang jumpa sekali sekala. So that beats all the people says duduk rumah tak reti interact bla bla bla.

Everything starts from home, and we still far from perfect and never will be. Semua manusia boleh menjadi pandai dengan syarat, USAHA hingga berjaya. Tidak boleh putus asa. And that's we taught them. Zikir harian. 😂 

Setakat ni, Rijal OK di sekolah, malah gembira dan sayangkan cikgu² di sini, tunggu feedback dia bila kami pulang ke Putrajaya. Jika environment tidak sesuai, Tuhan mengizinkan, maka kami akan full force untuk homeschool. Nak dapat guru yang mampu menghargai setiap bakat murid susah. So jalan kan banyak. Kita pilih saja mana yg sesuai. 

Kami rancang, Tuhan merancang, terapi Tuhan sebaik² perancang.





12 March, 2017

Berkembang

Nak post betapa kecewanya dengan sikap seseorang yang berpura², baik di depan, huduhnya di dalam. Tapi cancel lah. Tak kuasa la, walaupon sedih tapi ianya expected so relaxlah.


Bila anak yang makin besar pandai menghargai, tak lokek dengan penghargaan, apa yang kita rasa? Syukur sudah tentu. Dalam pada hari² dok membebel, gaduh, tapi bila sampai masa yang manis, alahai...Anak.


Bukan mudah nak mendidik anak di akhir zaman ni, sama ada kita akan terikut², menjadi lalang atau kekal dengan pendirian diri. Macam mana sesetengah kita yang gembira dengan berniaga, bekerjaya, punya hobi tersendiri, itulah kepuasan kita yang berbeza² begitu juga dengan aku.


Kepuasan yang tak terungkap bila mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Bila anak melihat dan berbuat. Walk the talk. Maka, bukan aku yang berbuat melainkan Tuhan.


30 November, 2016

Desperate.

Have u experienced it?
The feeling? to get fast result? to do everything in your power just to make sure it works?

Ye.
Kalau boleh kita nak keputusan yang pantas dan tuntas. mudah senang kata.

Aku takkan lupa (harapnya la dengan my mommy brains ni) betapa terdesaknya aku suatu ketika dulu. Fasa menyusukan Rijal, nak dapatkan susu yang banyak. Betapa jahil dan bodohnya aku, sebab tak korek ilmu penyusuan sebelum tu. Pastu tertipu. Tipah tertipu noksss.

Beratus habis konon bila beli milkbooster susu akan melimpah ruah. Padahal semua berkait rapat dengan supply vs demand. Yang penjual pon tak de etika berniaga, tak jujur. Bila tanya, lain yang dijawabnya. Mengelak sana sini, Pastu diam. Alahai. Since then, I know what should I do.

Sungguh, pengalaman itu yang buat aku berusaha lebih untuk bantu sahabat yang lain supaya tidak terkena. Aku pandang tinggi peniaga yang jujur. Yang tidak mengejar duit dan keuntungan semata. Yang sanggup memberi khidmat nasihat. woi, tu semua kira tau mati esok.

Dalam hidup aku, nilai itu aku pandang tinggi. Bukan nilai duit. Duit tak boleh bawak mati. Nilai diri, dan hati. Hati ni kita tak boleh tentukan, tapi dengan sikap dan tingkah laku yang akan mencerminkan kita itu.

Sekian, mak tetiba nak bebel.

08 November, 2016

Berpergian ke Pulau Kukup, Pulau bakau di Pontian.

What excited me more? shopping or jungle walking? Definitely the latter.
Tak pernah tak gembira masuk hutan.
Mungkin bagi sesetengah orang, berbelanja merupakan terapi diri, tapi untuk aku, masuk ke shopping complex akan trigger anxiety and it will leads me to snap out easily.

Totally different when I step into secluded place I.e jungle, penat macam mana sekali pun, aku susah erm tak pernah lagi setakat ni tinggi suara kat bebudak unless calling their names (when they go farther away from us).

So, the idea was, we want to bring them to zoo, but I repel just being thinking the animal being caged and bla bla bla. Imaginarun high I guess? Instead of zoo, so jungle here we go.

Taman Negara Ok, Pulau Kukup ni. Salah satu tapak Ramsar, yang terpelihara. Uninhibited island. Boleh Google nanti keluar ke Taman Negara punya website. Kami dari skudai amik masa lebih kurang sejam lebih sikit untuk sampaike pekan kukup. Memang terasing dan kecil je pon pekan dia.


Naik bot yang tambang pergi balik cuma rm5, kanak-kanak free.



 Masa memula nak masuk ke area jeti dah ada orang bertanya untuk ke Pulau, boleh je mintak dia bawakkan ( masa kami pergi, ada family dengan anak2 dia, dia bawakkan ke bot) so naik dan bayar. Nanti balik boleh call je.

Kebanyakan yang masuk memang keluar balik, sebab mmg kosong, takde kedai just kaunter tiket masa masuk je. Laluan masuk 600m je pon, tapi sebenarnya pulau tu jauh lebih besar, kalau ke dalam tu, trekking amik masa 2 hari untuk sampai ke hujung pulau nun. Kami seronok bergolek2 di jambatan, tengok ikan, ketam, siput. Ideal place for learning,  watching nature real life.


Add caption
, ....

Add caption













08 September, 2016

Hijrah

Alhamdulillah... Sudah lebih 2 minggu kami berpindah dari bumi Selangor. Kini aku kembali ke negeri kelahiran,  Johor. Penghijrahan yang dijanjikan membawa kebaikan. Pengorbanan yang manis. Kelelahan yang membawa senyuman.

Permulaan yang penuh dengan air mata, sedih terpaksa melepaskan kucing kesayangan (harapnya sementara saja). Mengongoi aku menangis, sampai suami cemburu dengan si ocobot. Haha.

Rumah yang kami diami ni adalah pilihan terakhir, paling tak nak, paling buruk, paling menyampah. Paling murah. Hahaha. Punyalah kami usaha mencari yang tercantik, paling selesa, paling damai di mata kami, tapi perancangan Tuhan itu Maha Hebat. Kita merancang, Tuhan merancang, tetapi Tuhan sebaik2 perancang.

Punyala skeptikal aku pada rumah rainbow ni (gelaran untuk rumah ni, sebab owner pi bantai cat baru warna tsk, huduh.) masuk2 rumah dah diaambut dengan binatang paling aku geli, si lipas. Mati bertaburan merata tempat. Belum cerita bab2 lain. Hiks.

Rupanya, Tuhan susun elok dah. Lokasi strategic,  rumah mengadap matahari terbit, ada aliran anak sungai betul2 di pintu masuk rumah. Tak jauh ada kawasan gunung. Walaupun banyak yang boleh di komplen bab rumah ni, tapi asbab 3 benda ni sejuk hati. And its feel home to us.

Paling kelakar, seminggu lepas masuk rumah, handphones kami kena rompak. Malam merdeka pulak tu. Hiks. Tapi pape pon alhamdulillah.  Hijrah yang diperluas rezeki, moga keluarga kami bertambah sejahtera hendaknya. Amin.

21 July, 2016

Pengakhiran

Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang bernyawa pasti mati.

Cumanya cara dan bagaimana.

Apakah kita ketahui setiap tanda yang Tuhan hadirkan untuk kita?
Adakah kita pasti tanda itu dari Tuhan atau mainan nafsu?

Wanita yang mengandung pasti akan melahirkan, adakah setiap wanita itu tahu tanda dia akan melahirkan?
Itu hanyalah contoh.

Maka, jika yang begitu, bagaimana kita mahu tahu yang jalan kita lalui adalah benar dan menuju Tuhan?
Adakah setiap cara kita itu tepat dan benar belaka?

Jika kita rasakan jalan yang dipilih itu benar, adakah ia membenarkan kita untuk mengeji/ mencaci/ mengata jika jalan orang lain itu berbeza dengan kita?

Manusia yang paling mulia, paling indah bukan kerana ilmu atau pangkat atau harta.
Tetapi adalah adab dan akhlaknya.

Rugi, sungguh rugi jika semuanya kita ada, tetapi akhlak dan adab tiada, malang sekali.

Moga kita dikurnia taufik dan hidayah.
Dipelihara lidah dan tiap anggota badan dari melakukan perkara yang sia-sia.
Amin..

25 May, 2016

Jantung itu dari apa?

Kalau di tubuh, maka jantung tu di dalam, bahagian yang terlindung.
Maka, kalau jantung masyarakat itu dari mana asalnya?
Negara itu mana nadinya?

Kita terlalu mudah untuk menyibuk hal2 yang bukan wajib bagi kita. Orang kata lagha lah. Agaknya banyak masa kot untuk dihambur hambur tenaga ke sana sini.
Atau, kita hendak lari dari realiti yang menyakitkan hati, maka menjadi mudah untuk membahan manusia lain.

Dulu, ada satu kometar pernah mencuit hatiku.
Meluluhkan hati dan perasaan aku sebagai ibu. Bila aku bercerita di sini betapa mudah Rijal sakit, beliau mengatakan dosa ibu bapa yang membebankan si kecil waktu itu.
Tertampar jiwa. Aku bertanya pada siapa yang ku rasa bisa untuk berkongsi. Namun di sudut hati, aku akui, tapi ego membatasi.
Bodohnya aku saat itu.
Tapi Tuhan itu Maha Pengasih dan Bijaksana.
Lewat usia ini aku kian mengerti, kebenaran kata2 itu.
Terima kasih kepada puan. Membuat aku mencari.

Kau tahu cuma secebis, maka tak usahlah mengagungkan ilmu itu.
Aku bodoh. Tidak tahu sekelumit. Maka Kau ajari kami, tunjukkan kami jalan yang lurus.
Jalan kau dan aku berbeza, sudikah kau mengikut jalan ku yang penuh duri dan liku ini?
Tidak??
Maka, Jangan dipaksa aku mengikut jejakmu.

Setiap kata, tulisan yang aku hamburkan bakal dihitung, tak tertanggung rasa kemudian.
Aku bukan pendita, bukan pemuisi, cuma mampu pelajari untuk diri sendiri.


Terkadang ingin aku maki ke muka2 yang tak pasti, aku ingin lari.
Pedih dan benci terkesan di hati.
Ah.....baik aku minum kopi.
Dari merosakkan diri.

Tuhan pasti akan menguji Setiap yang terlafaz dan terungkap, aku melihat diri aku, Dan kau menjilat segala apa yang pernah dikata sebagai Tidak.
Hinanya kita ini.


Tuhan,
Jangan kau bolak balikkan hati kami dari agamamu. Teguhkan kami ke atas jalanMu.

15 March, 2016

Bukan aku tetapi AKU.

" Tugas kita tanam, siram, baja. Nak tumbuh, berbuah tu bukan kerja kita. Mungkin hasilnya sekarang kita tak dapat, tapi anak cucu kita yang dapat " Guru ku.


Kalau dibaca sekali maksud tersurat amatlah senang, dua kali, tiga kali, empat kali, berbeza- beza maksud dan penyampaiannya.

Silat Cekak amatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Inshaallah mendapat faedah.

Petikan pantun Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Cerita bab tersurat je lah, mudah.
Aku ni gemar bercucuk tanam sejak kecil. Kalau diimbau, pokok2, semut, binatang, langit tu semua jadi teman aku untuk aku bercerita dan berfikir. Banyak persoalan yang aku lontarkan dulu kini terjawab sedikit Demi sedikit. Tinggal di hutan batu buat aku rindu bau tanah dan daun. Makanya, aku mula bercucuk tanam di beranda rumah. Kurang sesuai kerana berebutkan cahaya matahari dengan baju yang perlu dikeringkan.

Mulanya suami yang bercucuk tanam, tapi mungkin "tangan panas" ia Kurang menjadi. Entah mana silapnya. Aku kesiankan tanah yang terabai, aku lemparkan sebiji tomato. Berimbun naiknya. Aku bahagi bahagi anak benih pada mak, adik2 dan teman2. Bunda punya pokok berbuah rimbun di kampung, adik dan teman tidak menjadi. Aku, berimbum daun dan bunganya. Namun apa silapnya, tidak berbuah, acap kali gugur setelah kembang mekar bunganya.

Aku syak angkara si benah. Puas dibaja, dipotong, namun yang mampu hidup dan matikan bukan aku. " AKU yang mematikan dan menghidupkannya".  Lalu aku biarkan dia hidup bersama pohon2 yang lain, dapat ku tuai cekur, daun kesum. Alhamdulillah. Si lemon dan capsicum belum membesar sihat.

Tadi, Tuhan memberiku lihat, pohon tomato yang hampir tua, kering walau disiram, berbuah besar, walau pun buahnya sebiji, namun besar pelajaran yang aku dapat. Maha suci Allah yang Maha berkehendak lagi Maha Berkuasa. Sering kali apa yang kita usahakan tidak berjaya, namun Tuhan lorongkan jalan yang lain, dipermudahkan ia lagi. Tapi dek kerana nafsu, kita butakan mata, mahukan apa yang kita mahu. Sedangkan hadiah dari Tuhan itu lagi hebat lagi tiada tandingan.

Pabila Tuhan tidak menitipkan hajat kita, kita membentak, sedik malah kecewa mahu berputus asa, sedangkan ia boleh membinasakan Maka Tuhan pelihara kita.

Moga kita sentiasa bersyukur atas pemberiannya.
Dari aku yang sering alpa. -.-

08 March, 2016

Kembali ke asal.

Pada saat ini, kami masih lagi istiqamah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia pada badan dan seisi rumah.
Tak tolak, tapi Kurangkan.
Buat masa sekarang kami dah eliminate deodorant, shampoo dan Sabun badan (occasionally guna on the rack jugak)

Sebenarnya bersebab jugak kami terjebak, dek kerana hyperthyroid ni semua jadi turning point. Tok laki kata kalo perang kebolehan survival dah ada. Haha. Ye la tu.

Body odor ni sebenarnya main contributor dia adalah diet kita. Makin banyak fast food, or processed food kita makan. Ni atas pengalaman sendiri. BUT, sebelum nak dapat yang elok tu, dah tentu banyak hardship akan kita tempuh. Aku sekarang guna essential oil+olive oil or vco sebagai deodorant. Paling best bila guna vco as carrier oil, kulit ketiak akan jadi sekata. Tayah dah nak pakai whitening ke hapa.

 Eh, eh, tapi jangan berangan la ye, memula tukar tu, ya ampon, kena withdrawal symptoms mcm nak pakai deodorant biasa jeeee.  Badan akan sweaty lebih dari biasa ( merujuk pada bahagian ketiak),  berbau lebih dari biasa. So if korang nak cuba, kena mentally prepared. Sila sembur perfume lebih sket. Hahah. Boleh gak sental armpit dengan soda bicarbonate or acv (sila dilute ye). Makan kena jaga, kalo tak berbau. Dalam 2-3 bulan gak la aku kena withdrawal symptoms ni. Solution aku sonang (makan inshaallah dah jaga) aku bawak deodorant EO ni merata. Lulz. Sekarang alhamdulillah. Conventional deodorant free! Yahuuu....

No poo or shampoo free ni pon satu hal gak. Aku rasa memang kena hati kering nak buat benda gini. Ada gak banyak kali aku Cuci dgn shampoo biasa. Menjadi balik withdrawal symptoms dia. Basically aku akan cuci dgn lemon or tea. Seminggu 2-3 kali. Withdrawal symptoms yang aku kena, kelumumur mcm salji, kulit kepala berkeruping (ni lepas 3-4 bulan no poo), excess oil kat rambut, rambut gugur teruk ( mak terpaksa potong rambut). Paling teruk yang keruping tu. Dah macam cradle cap ghupa. Sekarang, alhamdulillah...normal dahhh. Xde bau rambut. Nak wangi, aku bilas dengan EO. Diluted of course.

Pencuci muka, or barang mekap dah dekat 4 tahun tak pakai.
Dek kerana gegatal pakai pas bersalinkan Fatimah. Terus buang dan pakai je la kopi, lemon dan air sajork. Alhamdulillah so far so good. Jerawat bulanan tu standard.

Stok vco pon buat sendiri. Senang. Tipu, renyah. Tapi bila basic skill tu dah ada, kalo rasa vco kat kedai mahal aku buat je. Renyah, tp bila ada tok laki tolong sama, jd mudah.

Harap pasni boleh tukar ubat gigi pulak. And fully guna homemade soap.


Seronok bila anak dah boleh bawak diri, banyak boleh depa tolong, mak boleh buat hobi mak dalam zen. Menjahit, baca buku of course, masak dengan tenang. Alhamdulillah.

27 February, 2016

Rutin.

Sejak rijal pergi sekolah ni, aku dah stuck dengan rutin. 
Which i dislike.
I don't hate it, it just not me.
Aku boleh ikut rutin tapi lama2 aku akan bosan dan rasa terkongkong. Otak rasa tak berkembang.
I need constant challenge, for i have so much energy inside me.

Reading journal or books can tired or put my subconscious mind into something i can't describes. I just love it.

Aku boleh nampak, sekolah tak boleh bagi sesuatu yang Rijal nak. Tapi sekolah boleh guide Rijal untuk sesuatu yg asas.
Benda lain kita akan usahakan yang lain.
Dulu aku tak dapat, malah takde orang boleh nurture my way of thinking.
Agak lewat aku sedar kemampuan aku.
Moga ini akan jadi guideline dalam aku mendidik dan membimbing anak2.

Moga Allah perkenan.

31 December, 2015

Lebih sudu dari kuah.

Isnin lepas Rijal orentasi pra sekolah.

Aku dah ready kalau Rijal nangis or panggil aku suruh duduk dengan dia dalam kelas. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Dia relax je. Yang gelabah dan gemuruh lebih mak dia tak lupa adik dia. Haha.

Fatimah siap nak nangis bila Rijal nak masuk kelas. Mujur la abang tu kaki ngusik, srnyum balik adik. Aku gelabah, siap nak blah awal, Rijal capai tangan aku. Umi, Salam. Tsk..... Aku punya otak pikir, eh dia nak balik ke...rupanya tak. Salam, cium pipi. Dengan abah pon tak payah suruh. Alhamdulillah.


Rijal ni budak tak suka shampoo. So masam agak lebih kat kepala. Pepagi tu aku sapu essential oil yang dah diluted kat badan n kepala. Lavender. Selawat n Fatihah sekali moga tenang jiwa. Alhamdulillah, Tuhan bagi. Mak dia kena mandi lavender pasni bagi tenang lebih. Lulz.

Harini kita cuba blend minyak baru untuk next week.
Lavender+rosemary+Frankincense.
5:7:4
Ni semua untuk future reference. Tulis dalam diary susah nak kelebet.

Semoga Tuhan tunjuk jalan yang lurus, jalan yang Dia redhai. Amin.

21 December, 2015

Time flies

Dulu rasa macam tak jelas perkembangan atau perubahan anak2 baik dalam fizikal or mental. Sekarang apasal aku rasa macam kilat?

Rijal akan masuk pra sekolah next week. Hai la anak. Excited dia. Tak letak pape batu aras untuk dia. Umi harap rijal boleh tunjuk akhlak yang baik dan kekuatan jati diri. Bagi umi ni macam exam. How far I have shown my example to him and his sister. Berdebar mak.

Sepanjang Rijal besar, tak pernah aku letak tekanan, Rijal kena pandai tulis kena pandai baca atau pape pon.  Kebanyakan tekanan untuk akhlak dan kebersihan. Umi tak boleh tolak ansur kalau dua ni luar tak cecah prestasi. Haha. Saiko.

I have no expectations for him to excel in learning. Lulz. You want to learn do it whole heartedly. Basically I just lay out anything that he comfortable n loves doing it. Umi now know your strengths and weakness same goes with Fatimah.


Bila kita tak mengharap anak itu ini, dan sentiasa bersyukur Tuhan bagi lebih. Aku lihat kekuasaanNya yang Maha Hebat. Alhamdulillah.

Anak umi dah Bujang, bakal mendapat peer pressure but I hope you can stay strong under pressure as diamond shone its best after so much it has to endure.

28 September, 2015

Apa ni?

Aku tatau la apa jadi sebenarnya.
Tak memasal akupon sama terpalit dek tahik ni.

Ni la padah kalo Tuhan dah bagi tau tapi tak nak ikut.
Sekarang ni aku rasa nak pi confront je dengam kau.
Sebab kau, aku plak dipersalah.
Tapi aku serah kat Tuhan.
Dia tak bukak kat sini, esok ni Dia tunjuk la sapa betul sapa salah.


Niat nak tolong, tapi dah mcm melepaskan anjing tersepit.
Kita pulak kena gigit.
Sebaik baik pertolongan adalah dari Allah.

13 August, 2015

Percaya.

Kata itu kota.
Jika kita tak mampu berjanji jangan sesekali berjanji tanpa inshaallah.
Ini kerana ia berkait rapat dengan rasa percaya seorang manusia kepada manusia yang lain.

Ia tidak tertakluk semata-mata kepada manusia dewasa, hatta si kecil jua.
Ibu dan bapa, berhenti berjanji yang tidak mampu ditepati, sebaiknya ajarlah anak untuk memahami.

Sekian, dari insan yang gemar memerhati dan menuntut janji.
Haha.
Suami pon dah faham betapa aku tidak gemar berjanji jika tidak dapat ditepati. Hanya inshaallah pengubat hati.

Apa kau buat?

Aku sedang mengalami fasa malas.
Malas makan, malas mengemas, malas nak layan anak.
Semua malas.

Sekarang, aku sedang duduk memerhati askar kecilku makan.
Hampir setengah jam.
Belum sudah makan, main banyak.
Realitinya aku kerja melambak, tapi kalau dipaksa memang tak menjadi.
Yang buat tenang sekarang, siram pokok.

Look can be deceiving.
Malah, apa yang kita lihat bukanlah 100% jawapan, tidak semestinya benar.



Aih.
Malas.
Pergilah kau cepat.

11 August, 2015

Damai.

Laju sungguh putaran masa.
Masa kecil dulu, berbeza. Semua aku rasa lambat. Lambat tunggu habis kelas, lama sungguh aku menanti mak balik kerja. Asal mak lewat, mula aku resah. Bila resah, aku tunggu depan laman, kuis tanah, Bercakap dengan tanaman dan kucing2 kami. Mohon mereka doakan mak ayah selamat kembali.

Dramatik sungguh.
Tapi itulah aku. Sungguh rindu dan berdebar menanti mereka pulang.

Kini jatuh pada anak-anakku. Heh.
Pantang aku keluar, depa tinggal..menggelupur mencari. Tu belum kira menangis.


Anak lelaki ke perempuan ke zaman hujung ni, dua- dua kena jaga molek. Asas semua bermula dari rumah. Apa yang kita dedahkan pada anak, itulah yang mereka bayangkan. Life is not black and white though. Reality could be harsh on the children.

Sedangkan kita yang dah berusia, dikatakan matang ini sering bertelagah, macam mana kita nak didik anak-anak? Mampukah kita memberi contoh yang baik jika kita sendiri tak mampu melakukannya?

Kita sanggup bertegang leher untuk membuktikan kita yang benar. Aku yang TAHU. AKU...AKU...AKU.

Sifat AKU, bukan sifat manusia.
Manusia tidak punya apa-apa.

What would you do, if you see your children arguing over something?
How do you react?

Good discussion is healthy if we can accept differences in opinion.
Itulah Cantiknya Tuhan jadikan setiap kita.
Belajar untuk menerima dan menghormati yang lain.


Aku sendiri sedang belajar, dan mesti terus belajar. Ilmu Tuhan itu terlalu luas. Jika kita sudah pon belajar dan mengetahui sesuatu, alangkah molek jika kita bijak menyusun kata, menghormati setiap manusia.
Itulah adab.

Tak rugi merendah diri.
Biarlah disisi manusia, mereka pandang kita tiada apa, tapi maqam kau disisi Tuhan menjulang tinggi.


Nak mendidik anak kita sendiri tiada upaya.
Kita boleh usaha, tapi akhirnya Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah yang empunya didikan.
Pernah aku usaha, namun aku kecewa, kerana apa?
Meletakkan diri sebagai yang berusaha dan kerana itu aku akan berjaya.
SALAH.
Bukan aku, tapi Dia.
Dia.
Dia.



Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua.
Melembutkan hati kita dalam menerima hidayah.
Menenangkan emosi kita dikala berbeza pandangan.

06 August, 2015

Tanda.

Tuhan yang Maha Pemurah,
Tak pernah lokek dalam memberi, cuma aku yang hina ini sering alpa.
Dia sediakan molek semua, tapi aku buta.
Dia bentang indah, namun aku sia siakan.

Siap sedia, tapi aku leka.
Nafsu membayangi segalanya.
Rugi.


Diciptakan tanda bagi mereka yang mahu berfikir.

03 August, 2015

Hobi baru.

Boleh masuk dalam buku, kegemaran: menjahit. Haha

😂 
Antara yang best ialah aku boleh buat apa yang aku nak. Sudah tentu kena belajar, utube. Thank you. Tapi nak jugak ke kelas sebab ada sesetengah tu aku tak boleh nak faham sangat.

Nak Membuat blouse ke skirt ke agak mudah, tapinpakain traditional memang rumit. Nak kena berhalus. 

Project pertama aritu, buat dress, pleated box untuk Fatimah, then baju melayu utk Rijal n tok laki. Last sekali baru aku punya blouse. Baju raya aku dah Setel awal.  Then kerjakan baju lama buat baju tidur Fatimah. Si kenit tu sokmo jadi bahan ujikaji. Hihi.

Now seluar tidor untuk seisi keluarga. Seluar Fatimah seperti biasa siap dulu. Hehe.





Banyak lagi yang kena kemaskan maklumlah ni adalah pertama kali aku buat semua ni. Last menjahit, baju Kurung kedah masa form 3 kot? Dalam kelas ert. 


Semoga ini menjadi titik tolak dalam mencapai apa aku impikan. Impian aku bukan berkenaan duit. Terlalu banyak dah dalam dunia ni duit, duit duit. Semoga Tuhan redha.

02 August, 2015

Pancing dan dipancing...

Asal mana lalu kawasan pembinaan mesti rindu. Menguit nguit rasa dipanggil. Cabaran kerja, berlumba dengan kaum Adam, show off dengan depa. Tu dia. Rasa superior. Rasa hebat.

Sekarang, takde.

Kena asah dengan dia jadi tunduk, buang rasa bongkak. Buang sifat berlumba. Humble.

Senang? Tipu.
Aku alpha female. Payah kot. Kalau bukan dia punya kerja, memang tak lama lah. Sebelah mata je ku tengok orang lelaki. Apa, ingat kau je boleh, aku tak boleh?
Gitu.

Sekarang, masih ada, tapi bila mana nafsu itu dilentur, berlumba segala jenis rasa. Akhirnya bila berjaya, manis saja.

Impian aku satu, satu Tuhan bagi. Manis sungguh rasa susah yang dahulu. Rasa benci yang dikupas campak dalam tong sampah itu. Manakan nak dapat sagu kalau tak dipecah ruyung.


Pernah ku bilang, mahu kembali bekerja andai anak semua bersekolah, nah...dia beri sesuatu untuk mengisi masa lapang. Menghidupkan kembali harapan. Mana mungkin kalau bukan atas izin Tuhan.

Hidup dengan serba sederhana banyak mengajar aku erti Syukur berbanding zaman mewah, membeli apa saja yang dimahu. Moga Tuhan pelihara, jaga hati ini hingga mati.
Moga aku diizinkan Tuhan untuk mencapai impian yang belum terzahir, yang masih berdikit mengasah diri sebelum sampai saat untuk ia terdiri.
Moga Tuhan berkati.

20 June, 2015

Kunci rapat.

Terbuntang bijik mata gara2 tidur awal.
Bangun menghantar dari sini.
Surely be miss.


Ada satu bahagian, bukan semua boleh tahu.
Sebab Dia tutup rapat.
Ada orang anggap orang tu tak tahu, sebab Tuhan tutup hijab.
Ada manusia anggap dia rapat, tapi ada yang lebih kenal.
Cuma kau salah anggap.
Ada orang nampak buruk, sebab Tuhan angkat darjat.

Dia kata, kalau nak ke sana, jalan molek dari sini.
Dalam 73 jalan, cuma 1 jalan yang diterima.
Aku pon tatau aku ikut jalan mana.
Jalan sempurna itu, jalan Dia.
Kita hamba takde apa apa.
Bila keliru pusing balik, cari Dia.



Jaga lidah, jaga hati, jaga jari.
Teknologi sekarang boleh mengguris hati.
Takut esok mati susah nanti.