22 August, 2011

Kau Tahu.

sedikit terkilan.

memujuk diri sendiri kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi.

aku hanya manusia biasa.

sabarlah...

19 August, 2011

:)

lama sungguh aku menyepi..busy...fenat..ecewah..ko ingat ko sorang penat,bz?

bukan ape,tengah melatih diri,hati supaya semua perbuatan itu dikembalikan padaNya. Sebab itu semua atas izin Dia. nak consistent dalam usaha baik sangat mencabar, nak istiqamah bagi aku adalah berat. Selalunya graf tu macam sinusoidal ,tadek nya cantik naik ke atas.

bersyukur sebab punya Guru yang membimbing, mengajar ilmu Tauhid. Ilmu yang memerlukan guru untuk mentafsir bukan boleh baca je. Berat.

Cepat sungguh masa berlalu. dah nak masuk Ramadhan ke 20. Mahu kejar 10 malam terakhir. Tapi, siapalah aku. Kiranya Tuhan izinkan, maka beruntunglah hanbanya itu.

Rindu mahu dengar nasihat dari dia.....

02 August, 2011

Rijalluddinn

Alhamdulillah..masuk Ramadhan kedua,moga terus diberi kekuatan,ketahanan mental dan fizikal..

Dah lama tak tulis (kot) pasal anak bujang sorang ni. Masih di izinkanNya untuk menyusu. Usia pon dah menginjak 15bulan, tetiba je tinggi secara mendadak. Start perasan tetiba dia dah boleh capai kat sinki dapur. Bahaya betul.

Tahap perkembangan, alhamdulillah. Dah boleh bina ayat dari 2 perkataan. Biasanya nak _____. Yang nak je lah. Yang tak nak, dia main campak/luah/geleng/lari. Dari 1 suku kata dah naik 2 suku kata. Kalau kita tanya siapa nama Ahmad Rijalluddinn? dia angkat tangan. :) Anggota badan pon dah kenal. Kalau aku kata malu je (especially lepas mandi) dia akan cover his P.

One thing i notice, if dia fokus, ajar sekali dua je dah boleh ikut. Masalahnya main je lebih. Budak lelaki. Tang mengemas tengah latih. Kadang ikut, kadang malas. Lepas mandi tau dah mana nak letak baju kotor. Tang menyepah mainan, memang hobi. lepas sepah, bukan nak main, tinggal gitu je. Sabor je la....

Makan still camtu, agak2 dia tanak makan, dia puasa, main je...pastu berak bebanyak. dah tu baru makan. agaknya tank dah kosong baru makan secara dahsyat.

Bulan puasa ni, aku baru nak bgn sahur, dia pon sahur,pastu tidur. buka pon sama. macam dia pulak puasa.. :)

01 August, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

 :)
alhamdulillah diberi nafas untuk bertemu sekali lagi di bulan penuh barakah ini..
suami sudah kembali ke pangkuan, sampai je di rumah manis kami sudah mula meminta untuk memasak. rindu katanya. :)

cabaran puasa kali ini kerana masih menyusukan anak sulung, kerana tahun lepas kecundang beberapa kali akibat pitam dan gastrik melampau. moga tahun ini daku dipinjamkan kekuatan dan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki Ahmad Rijalluddinn.

moga kita mencari ruang untuk menambah amal soleh di bulan yang penuh keberkatan ini.