15 March, 2016

Bukan aku tetapi AKU.

" Tugas kita tanam, siram, baja. Nak tumbuh, berbuah tu bukan kerja kita. Mungkin hasilnya sekarang kita tak dapat, tapi anak cucu kita yang dapat " Guru ku.


Kalau dibaca sekali maksud tersurat amatlah senang, dua kali, tiga kali, empat kali, berbeza- beza maksud dan penyampaiannya.

Silat Cekak amatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Inshaallah mendapat faedah.

Petikan pantun Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Cerita bab tersurat je lah, mudah.
Aku ni gemar bercucuk tanam sejak kecil. Kalau diimbau, pokok2, semut, binatang, langit tu semua jadi teman aku untuk aku bercerita dan berfikir. Banyak persoalan yang aku lontarkan dulu kini terjawab sedikit Demi sedikit. Tinggal di hutan batu buat aku rindu bau tanah dan daun. Makanya, aku mula bercucuk tanam di beranda rumah. Kurang sesuai kerana berebutkan cahaya matahari dengan baju yang perlu dikeringkan.

Mulanya suami yang bercucuk tanam, tapi mungkin "tangan panas" ia Kurang menjadi. Entah mana silapnya. Aku kesiankan tanah yang terabai, aku lemparkan sebiji tomato. Berimbun naiknya. Aku bahagi bahagi anak benih pada mak, adik2 dan teman2. Bunda punya pokok berbuah rimbun di kampung, adik dan teman tidak menjadi. Aku, berimbum daun dan bunganya. Namun apa silapnya, tidak berbuah, acap kali gugur setelah kembang mekar bunganya.

Aku syak angkara si benah. Puas dibaja, dipotong, namun yang mampu hidup dan matikan bukan aku. " AKU yang mematikan dan menghidupkannya".  Lalu aku biarkan dia hidup bersama pohon2 yang lain, dapat ku tuai cekur, daun kesum. Alhamdulillah. Si lemon dan capsicum belum membesar sihat.

Tadi, Tuhan memberiku lihat, pohon tomato yang hampir tua, kering walau disiram, berbuah besar, walau pun buahnya sebiji, namun besar pelajaran yang aku dapat. Maha suci Allah yang Maha berkehendak lagi Maha Berkuasa. Sering kali apa yang kita usahakan tidak berjaya, namun Tuhan lorongkan jalan yang lain, dipermudahkan ia lagi. Tapi dek kerana nafsu, kita butakan mata, mahukan apa yang kita mahu. Sedangkan hadiah dari Tuhan itu lagi hebat lagi tiada tandingan.

Pabila Tuhan tidak menitipkan hajat kita, kita membentak, sedik malah kecewa mahu berputus asa, sedangkan ia boleh membinasakan Maka Tuhan pelihara kita.

Moga kita sentiasa bersyukur atas pemberiannya.
Dari aku yang sering alpa. -.-

08 March, 2016

Kembali ke asal.

Pada saat ini, kami masih lagi istiqamah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia pada badan dan seisi rumah.
Tak tolak, tapi Kurangkan.
Buat masa sekarang kami dah eliminate deodorant, shampoo dan Sabun badan (occasionally guna on the rack jugak)

Sebenarnya bersebab jugak kami terjebak, dek kerana hyperthyroid ni semua jadi turning point. Tok laki kata kalo perang kebolehan survival dah ada. Haha. Ye la tu.

Body odor ni sebenarnya main contributor dia adalah diet kita. Makin banyak fast food, or processed food kita makan. Ni atas pengalaman sendiri. BUT, sebelum nak dapat yang elok tu, dah tentu banyak hardship akan kita tempuh. Aku sekarang guna essential oil+olive oil or vco sebagai deodorant. Paling best bila guna vco as carrier oil, kulit ketiak akan jadi sekata. Tayah dah nak pakai whitening ke hapa.

 Eh, eh, tapi jangan berangan la ye, memula tukar tu, ya ampon, kena withdrawal symptoms mcm nak pakai deodorant biasa jeeee.  Badan akan sweaty lebih dari biasa ( merujuk pada bahagian ketiak),  berbau lebih dari biasa. So if korang nak cuba, kena mentally prepared. Sila sembur perfume lebih sket. Hahah. Boleh gak sental armpit dengan soda bicarbonate or acv (sila dilute ye). Makan kena jaga, kalo tak berbau. Dalam 2-3 bulan gak la aku kena withdrawal symptoms ni. Solution aku sonang (makan inshaallah dah jaga) aku bawak deodorant EO ni merata. Lulz. Sekarang alhamdulillah. Conventional deodorant free! Yahuuu....

No poo or shampoo free ni pon satu hal gak. Aku rasa memang kena hati kering nak buat benda gini. Ada gak banyak kali aku Cuci dgn shampoo biasa. Menjadi balik withdrawal symptoms dia. Basically aku akan cuci dgn lemon or tea. Seminggu 2-3 kali. Withdrawal symptoms yang aku kena, kelumumur mcm salji, kulit kepala berkeruping (ni lepas 3-4 bulan no poo), excess oil kat rambut, rambut gugur teruk ( mak terpaksa potong rambut). Paling teruk yang keruping tu. Dah macam cradle cap ghupa. Sekarang, alhamdulillah...normal dahhh. Xde bau rambut. Nak wangi, aku bilas dengan EO. Diluted of course.

Pencuci muka, or barang mekap dah dekat 4 tahun tak pakai.
Dek kerana gegatal pakai pas bersalinkan Fatimah. Terus buang dan pakai je la kopi, lemon dan air sajork. Alhamdulillah so far so good. Jerawat bulanan tu standard.

Stok vco pon buat sendiri. Senang. Tipu, renyah. Tapi bila basic skill tu dah ada, kalo rasa vco kat kedai mahal aku buat je. Renyah, tp bila ada tok laki tolong sama, jd mudah.

Harap pasni boleh tukar ubat gigi pulak. And fully guna homemade soap.


Seronok bila anak dah boleh bawak diri, banyak boleh depa tolong, mak boleh buat hobi mak dalam zen. Menjahit, baca buku of course, masak dengan tenang. Alhamdulillah.