31 December, 2015

Lebih sudu dari kuah.

Isnin lepas Rijal orentasi pra sekolah.

Aku dah ready kalau Rijal nangis or panggil aku suruh duduk dengan dia dalam kelas. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Dia relax je. Yang gelabah dan gemuruh lebih mak dia tak lupa adik dia. Haha.

Fatimah siap nak nangis bila Rijal nak masuk kelas. Mujur la abang tu kaki ngusik, srnyum balik adik. Aku gelabah, siap nak blah awal, Rijal capai tangan aku. Umi, Salam. Tsk..... Aku punya otak pikir, eh dia nak balik ke...rupanya tak. Salam, cium pipi. Dengan abah pon tak payah suruh. Alhamdulillah.


Rijal ni budak tak suka shampoo. So masam agak lebih kat kepala. Pepagi tu aku sapu essential oil yang dah diluted kat badan n kepala. Lavender. Selawat n Fatihah sekali moga tenang jiwa. Alhamdulillah, Tuhan bagi. Mak dia kena mandi lavender pasni bagi tenang lebih. Lulz.

Harini kita cuba blend minyak baru untuk next week.
Lavender+rosemary+Frankincense.
5:7:4
Ni semua untuk future reference. Tulis dalam diary susah nak kelebet.

Semoga Tuhan tunjuk jalan yang lurus, jalan yang Dia redhai. Amin.

21 December, 2015

Time flies

Dulu rasa macam tak jelas perkembangan atau perubahan anak2 baik dalam fizikal or mental. Sekarang apasal aku rasa macam kilat?

Rijal akan masuk pra sekolah next week. Hai la anak. Excited dia. Tak letak pape batu aras untuk dia. Umi harap rijal boleh tunjuk akhlak yang baik dan kekuatan jati diri. Bagi umi ni macam exam. How far I have shown my example to him and his sister. Berdebar mak.

Sepanjang Rijal besar, tak pernah aku letak tekanan, Rijal kena pandai tulis kena pandai baca atau pape pon.  Kebanyakan tekanan untuk akhlak dan kebersihan. Umi tak boleh tolak ansur kalau dua ni luar tak cecah prestasi. Haha. Saiko.

I have no expectations for him to excel in learning. Lulz. You want to learn do it whole heartedly. Basically I just lay out anything that he comfortable n loves doing it. Umi now know your strengths and weakness same goes with Fatimah.


Bila kita tak mengharap anak itu ini, dan sentiasa bersyukur Tuhan bagi lebih. Aku lihat kekuasaanNya yang Maha Hebat. Alhamdulillah.

Anak umi dah Bujang, bakal mendapat peer pressure but I hope you can stay strong under pressure as diamond shone its best after so much it has to endure.

28 September, 2015

Apa ni?

Aku tatau la apa jadi sebenarnya.
Tak memasal akupon sama terpalit dek tahik ni.

Ni la padah kalo Tuhan dah bagi tau tapi tak nak ikut.
Sekarang ni aku rasa nak pi confront je dengam kau.
Sebab kau, aku plak dipersalah.
Tapi aku serah kat Tuhan.
Dia tak bukak kat sini, esok ni Dia tunjuk la sapa betul sapa salah.


Niat nak tolong, tapi dah mcm melepaskan anjing tersepit.
Kita pulak kena gigit.
Sebaik baik pertolongan adalah dari Allah.

13 August, 2015

Percaya.

Kata itu kota.
Jika kita tak mampu berjanji jangan sesekali berjanji tanpa inshaallah.
Ini kerana ia berkait rapat dengan rasa percaya seorang manusia kepada manusia yang lain.

Ia tidak tertakluk semata-mata kepada manusia dewasa, hatta si kecil jua.
Ibu dan bapa, berhenti berjanji yang tidak mampu ditepati, sebaiknya ajarlah anak untuk memahami.

Sekian, dari insan yang gemar memerhati dan menuntut janji.
Haha.
Suami pon dah faham betapa aku tidak gemar berjanji jika tidak dapat ditepati. Hanya inshaallah pengubat hati.

Apa kau buat?

Aku sedang mengalami fasa malas.
Malas makan, malas mengemas, malas nak layan anak.
Semua malas.

Sekarang, aku sedang duduk memerhati askar kecilku makan.
Hampir setengah jam.
Belum sudah makan, main banyak.
Realitinya aku kerja melambak, tapi kalau dipaksa memang tak menjadi.
Yang buat tenang sekarang, siram pokok.

Look can be deceiving.
Malah, apa yang kita lihat bukanlah 100% jawapan, tidak semestinya benar.



Aih.
Malas.
Pergilah kau cepat.

11 August, 2015

Damai.

Laju sungguh putaran masa.
Masa kecil dulu, berbeza. Semua aku rasa lambat. Lambat tunggu habis kelas, lama sungguh aku menanti mak balik kerja. Asal mak lewat, mula aku resah. Bila resah, aku tunggu depan laman, kuis tanah, Bercakap dengan tanaman dan kucing2 kami. Mohon mereka doakan mak ayah selamat kembali.

Dramatik sungguh.
Tapi itulah aku. Sungguh rindu dan berdebar menanti mereka pulang.

Kini jatuh pada anak-anakku. Heh.
Pantang aku keluar, depa tinggal..menggelupur mencari. Tu belum kira menangis.


Anak lelaki ke perempuan ke zaman hujung ni, dua- dua kena jaga molek. Asas semua bermula dari rumah. Apa yang kita dedahkan pada anak, itulah yang mereka bayangkan. Life is not black and white though. Reality could be harsh on the children.

Sedangkan kita yang dah berusia, dikatakan matang ini sering bertelagah, macam mana kita nak didik anak-anak? Mampukah kita memberi contoh yang baik jika kita sendiri tak mampu melakukannya?

Kita sanggup bertegang leher untuk membuktikan kita yang benar. Aku yang TAHU. AKU...AKU...AKU.

Sifat AKU, bukan sifat manusia.
Manusia tidak punya apa-apa.

What would you do, if you see your children arguing over something?
How do you react?

Good discussion is healthy if we can accept differences in opinion.
Itulah Cantiknya Tuhan jadikan setiap kita.
Belajar untuk menerima dan menghormati yang lain.


Aku sendiri sedang belajar, dan mesti terus belajar. Ilmu Tuhan itu terlalu luas. Jika kita sudah pon belajar dan mengetahui sesuatu, alangkah molek jika kita bijak menyusun kata, menghormati setiap manusia.
Itulah adab.

Tak rugi merendah diri.
Biarlah disisi manusia, mereka pandang kita tiada apa, tapi maqam kau disisi Tuhan menjulang tinggi.


Nak mendidik anak kita sendiri tiada upaya.
Kita boleh usaha, tapi akhirnya Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah yang empunya didikan.
Pernah aku usaha, namun aku kecewa, kerana apa?
Meletakkan diri sebagai yang berusaha dan kerana itu aku akan berjaya.
SALAH.
Bukan aku, tapi Dia.
Dia.
Dia.



Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua.
Melembutkan hati kita dalam menerima hidayah.
Menenangkan emosi kita dikala berbeza pandangan.

06 August, 2015

Tanda.

Tuhan yang Maha Pemurah,
Tak pernah lokek dalam memberi, cuma aku yang hina ini sering alpa.
Dia sediakan molek semua, tapi aku buta.
Dia bentang indah, namun aku sia siakan.

Siap sedia, tapi aku leka.
Nafsu membayangi segalanya.
Rugi.


Diciptakan tanda bagi mereka yang mahu berfikir.

03 August, 2015

Hobi baru.

Boleh masuk dalam buku, kegemaran: menjahit. Haha

😂 
Antara yang best ialah aku boleh buat apa yang aku nak. Sudah tentu kena belajar, utube. Thank you. Tapi nak jugak ke kelas sebab ada sesetengah tu aku tak boleh nak faham sangat.

Nak Membuat blouse ke skirt ke agak mudah, tapinpakain traditional memang rumit. Nak kena berhalus. 

Project pertama aritu, buat dress, pleated box untuk Fatimah, then baju melayu utk Rijal n tok laki. Last sekali baru aku punya blouse. Baju raya aku dah Setel awal.  Then kerjakan baju lama buat baju tidur Fatimah. Si kenit tu sokmo jadi bahan ujikaji. Hihi.

Now seluar tidor untuk seisi keluarga. Seluar Fatimah seperti biasa siap dulu. Hehe.





Banyak lagi yang kena kemaskan maklumlah ni adalah pertama kali aku buat semua ni. Last menjahit, baju Kurung kedah masa form 3 kot? Dalam kelas ert. 


Semoga ini menjadi titik tolak dalam mencapai apa aku impikan. Impian aku bukan berkenaan duit. Terlalu banyak dah dalam dunia ni duit, duit duit. Semoga Tuhan redha.

02 August, 2015

Pancing dan dipancing...

Asal mana lalu kawasan pembinaan mesti rindu. Menguit nguit rasa dipanggil. Cabaran kerja, berlumba dengan kaum Adam, show off dengan depa. Tu dia. Rasa superior. Rasa hebat.

Sekarang, takde.

Kena asah dengan dia jadi tunduk, buang rasa bongkak. Buang sifat berlumba. Humble.

Senang? Tipu.
Aku alpha female. Payah kot. Kalau bukan dia punya kerja, memang tak lama lah. Sebelah mata je ku tengok orang lelaki. Apa, ingat kau je boleh, aku tak boleh?
Gitu.

Sekarang, masih ada, tapi bila mana nafsu itu dilentur, berlumba segala jenis rasa. Akhirnya bila berjaya, manis saja.

Impian aku satu, satu Tuhan bagi. Manis sungguh rasa susah yang dahulu. Rasa benci yang dikupas campak dalam tong sampah itu. Manakan nak dapat sagu kalau tak dipecah ruyung.


Pernah ku bilang, mahu kembali bekerja andai anak semua bersekolah, nah...dia beri sesuatu untuk mengisi masa lapang. Menghidupkan kembali harapan. Mana mungkin kalau bukan atas izin Tuhan.

Hidup dengan serba sederhana banyak mengajar aku erti Syukur berbanding zaman mewah, membeli apa saja yang dimahu. Moga Tuhan pelihara, jaga hati ini hingga mati.
Moga aku diizinkan Tuhan untuk mencapai impian yang belum terzahir, yang masih berdikit mengasah diri sebelum sampai saat untuk ia terdiri.
Moga Tuhan berkati.

20 June, 2015

Kunci rapat.

Terbuntang bijik mata gara2 tidur awal.
Bangun menghantar dari sini.
Surely be miss.


Ada satu bahagian, bukan semua boleh tahu.
Sebab Dia tutup rapat.
Ada orang anggap orang tu tak tahu, sebab Tuhan tutup hijab.
Ada manusia anggap dia rapat, tapi ada yang lebih kenal.
Cuma kau salah anggap.
Ada orang nampak buruk, sebab Tuhan angkat darjat.

Dia kata, kalau nak ke sana, jalan molek dari sini.
Dalam 73 jalan, cuma 1 jalan yang diterima.
Aku pon tatau aku ikut jalan mana.
Jalan sempurna itu, jalan Dia.
Kita hamba takde apa apa.
Bila keliru pusing balik, cari Dia.



Jaga lidah, jaga hati, jaga jari.
Teknologi sekarang boleh mengguris hati.
Takut esok mati susah nanti.

15 June, 2015

None. Zero.

Masuk 3 tahun dah free from facial wash. Kadang2 bila ada majlis baru tepek bedak. So far so good alhamdulillah. Semua punca lepas bersalin Fatimah. Habis salin kulit. Luar dalam agaknya nak bagi bersih.


Pakai pencuci muka biasa, muka gatal, pi amik sample dari yang murah sampai yang mahal. Tak jalan. Akhirnya give up. Tak Cuci muka. Haha....kalo Cuci, gatal, merenyam, kulit mengelupas, jerawat. Sekarang, alhamdulillah...xde dah. Kadang2 scrub dgn kopi minum, or lemon. Segar je rasa.


Shampoo baru setahun lebih. Tengah proses withdrawal symptoms. Pehtu inshaallah ok. Memula tu rambut mcm mak lampir ada, mcm kucing kuyup ada...ada snow, ada kuping...tu dia. Terima kasih kepada bahan kimia. Kau menyedarkan aku betapa toksin banyak terkumpul dlm badan.

Paling penting suami punya pendapat. Abg, wangi ke busuk rambut saya? Mesti tanya. Hehehehe.....


Nak dapat istiqamah makan tahun. Ada org mampu sat je, teruih dapat. Aku dak, merangkak.

So we are replacing all processed food and chemical to natural. Slowly. Still makan n guna, idok ler hardcore. Moderation is the key. Mana yg mampu kami buat. Enjoying simple life.

Less is more.

Bersih itu indah.

04 June, 2015

going 6....

masih banyak yang perlu belajar, masih dalam proses mengenal dan menyesuaikan diri....

Alhamdulillah for this..


Semalam, bawak bebudak join program lawatan ke fire station. Suami hantar ke rumah kawan. We car pool from there. Texting as usual dengan suami. Until program ended. Cadangnya kawan nak hantar. Kami plan nak lepak berborak exchange few tips n stories.

Tengah lepak makan, sekali bunyi hon. Hampehs, ada BLT kat depan rumab member tu. Kelam kelibut aku, tlg kemas. Padahal dah setuju either lunch tu suami makan luar (he usually having lunch at home) or just heat up the food prepared earlier. So pulangla kami dalam keadaan tak puas main dan borak. haha.

Bila tanya why jemput, he blamed me yang sibuk borak, dia msg n.call tak dapat. Talking about beating around the bush. Turn out, bila tanya lagi, "abg tak nak la balik rumah takde awak and anak2...sunyi abg. Takde kawan nak borak2 n sakat"  Auuwwww.....so scheeewttt....


The things with le husband, he is the worst enemy i can get, the best lover of mine, the worst nightmare in the night, the star of darkness. Apa je yang tak pernah dgn dia?

Sunday will be our anni, but i wont be around. Sorry sayang. Kita try be together later ok?


lets waddle the mud together till we find beautiful waterfall.

13 May, 2015

seriously?

Happened this evening at park.

Rijal throwing fit at public. Like really Rijal?
The first serious scene he ever made.


Petang tadi kami pi jalan2 kat taman, bagi tok laki bersenam (titik awal tu dia redha ikut aktiviti riadah). Habis kami pusing taman, memang akan lalu this haunted-i-hate-u-playground ni. Dah siap bagi kata semangat, kata dua, kata akhir kat bebudak berdua ni, so bermain la mereka di situ. Cukup masa, aku pon panggil anak2 itik ni balik.


Tiba-tiba.


"RIJAL TAK NAK BALIKKK!!!!"

Ok, pujuk. Buat kiraan 10 ( biasanya kiraan 10 ni berkesan kat mana2, even kat toy stores. Amalan yang biasa di buat demi ketenangan aku. haha )

Hampir cecah ke no 7, 8........WARGHHHHHHH!!!!! RIJAL TAK NAK BALIKKKK!!!!! (SCREAM)

REALLY SCREAM WHOLE HEARTEDLY.


Aku buat teknik blah dari kawasan. PON TAK JADI. ( Biasa pon jadi ) Dia boleh melekat jadi ju on kat kaki aku.


SCREAM AGAIN.


Aku dah tak fikir orang lain dah. Ada budak dah dok tengok Rijal. haha.


Pujuk again. TAK JALAN. Masih lagi berpaut kat kaki. Seriously Rijal? Mak dah tarik napas bebanyak dah. Nak jadi dinosor tengah orang memang aku tak suka dan cukup allergic.

I hate public humiliation. Sebolehnya aku elak marah anak depan orang. Jatuh maruah anak, jatuh maruah aku. hihihi.


Last resort, angkat, jalan masuk kereta. Percubaan menjadi kucing oleh Rijal. Mak jadi naga kang, (tapi tak guna situasi gitu, buat penat n sakit kepala)


He still continue crying and screaming until nak sampai rumah. Tu pon mak dah warn sesiap. Omi tak suka jangan buat. Sampai rumah berenti sendiri ke nak umi naik hantu. ( yeah, aku manusia biasa, no saint. Kids tau camna aku naik hantu )


When we almost reach home, his crying subsided.

Tu belom aku amik gambaq. Penuh ayaq liuq meleleh (ni saja menjijikkan omi, dia tau i hate saliva) hinguih sikit, ayaq mata kering.


5 minutes that feels like 5 days. Abah hang tengah dizzy, seb baik dia sabaq.

Balik ghumah ( berdokong okeh ) dia demand for bread. Sorry naik lorry. Mandi, baru dia bitau kenapa dia marah. Tak puas main dengan friend. Nanti tak jumpa friend yang best gitu lagi.

Alahai. Takpela anak, ada jodoh, insyaallah jumpa kembali.

I do agree, he seldom meets friend who are nice. Kebanyakan, suka rebut, suka pukoi or sombong dengan dia. Sian. Umi doakan Rijal dapat sahabat yang baik akhlaq dan peribadi. Kawan sampai syurga nanti ye sayang.

This is real story.

I do use rotan, minimally. Bergendang pintu makan rotan or tapak kaki or betis mendapat Rijal. Susah la, tapi ada.
Tantrum Rijal aku malas nak layan. Kang menjadi. What i do, hampa gaduh or naik angin pi masuk bilik. Marah duduk. Marah pi masuk bilik. Dah reda baru keluar. Rijal dah bijak, dah faham apa dia tolak ansur. So bila dia dah cool down, dia automatic akan pi kat aku and peluk. Kadang tak peluk, dok sebelah and story why he get angry.

Malam biasanya kami akan talk heart to heart. Kadang tak talk sbb banyak sangat talk dah. Pi tidoq sana. Heart to heart session Rijal yang buat bila dia sedar dia ada buat salah. Tskkk... (when i write this, i realized and analysed...sayam rijal)

He knows not everything he wants he can get. I always tell him that. U want it, u must save your money or work for it. Nothing can be get freely.


Kadang mak ni pon bukan la kejam, nak makan boleh. Tapi bukan on the dot, pi sana pi sini, make condition. Baru boleh.


The world doesn't revolve around you. Be there in reality.



09 May, 2015

Each of our own.

Has our own struggle.


Ada diuji dgn harta.

Ada ujian dengan anak.

Ada diuji dengan tiada anak.

Ada diuji dengan pangkat.


Hidup mana yang tak perlu usaha.  Eh, adala....ulat dalam batu pon boleh dapat makan.

Kau nampak ke ulat tu dok diam ke? ke dia cari korek2?

Aku sendiri masih belajar untuk didik hati bersyukur. Pujuk hati untuk gembira atas apa yang ada, atas kesenangan mereka yang ada. Ye, kena usaha.

Antara kita semua berbeza, hampir sama mungkin tapi tak serupa. Macam DNA kita. Unik.


Soalan, kenapa kita perlu paksa orang ikut jalan kita?
Kita boleh ketuk gendang, boleh canang cerita, tp akhirnya terpulang pada empunya diri untuk buat keputusan akhir.


Media sosial kita sekarang jadi ruang untuk kita kritik, kutuk mengutuk, pamer aib dan kelemahan. Bukankah elok kiranya medium itu dijadikan bahan positif? Sekurangnya, matinya kita esok adalah saham seciput. Tak banyak, sikit pon jadilah.


Sepanjang hidup kita, kita bawa 3 nama iaitu, ibu bapa dan guru. Ketiga ini lah yang bakal merasa tempias apa perlakuan kita.
Moga Allah jaga kita semua.


07 May, 2015

Yang ketiga

Cliche.

Time ni dok tengok bulan besar yang sangat terang menyimbah cahaya pada pekat malam. layan surge dengan tido-makan-toilet. How time flies.


Si sulung pon dah menginjak 5tahun, makanya mak dia pon semakin berusia. Merekalah racun, merekalah penawar. Besarlah dikau menjadi anak soleh solehah bekal umi abah di akhirat kelak, inshaallah.


Tahun ke 6 kami sebagai satu keluarga. Satu institusi sebelum pergi ke masyarakat. Banyak lagi rompong dan lohong yang perlu belajar, perlu dilihat untuk diperbaiki. Satu keluarga yang saling belajar, saling bekerjasama untuk membina asas yang kukuh.


Pelajaran paling penting sebagai teammate, jangan bukak pekung di dada. Never. No.  Boleh hendak bercerita, tapi lihat siapa pendengarnya. Sebaiknya orang yg bijak dan berhikmah serta tidak menyebelahi mana mana pihak.

Sayang, bila kita ingin meringankan rasa yang terbuku, tapi dek salah ruang, hati kita makin berbuku. Berbulu pon ye. Tuhan mendatangkan  kisah yang pelbagai untuk aku belajar dan ambil iktibar. Tutup dan kambus.


Moga Allah jaga dan pelihara. Inshaallah.

04 January, 2015

Fahami dan selami.

Fear.

Satu perkataan yang memberi impak mendalam. Nampak remeh, tapi kalau tak ditangani dengan betul, bahaya.


Ada terbaca di satu laman sosial, bertanya (aku anggap yang bertanya tu ikhlas tak tau, bukan nak provoke) kenapa orang pilih homebirth.

Banyak faktor. Tapi faktor yang aku nak cerita kat sini adalah berdasarkan diri sendiri. Ni apa yang aku rasa dan alami. Mungkin pada sesetengah orang boleh shut down their feeling, keep it lock deep inside their chest. Bukan aku. Aku kena hadapi, kena atasi.


Sekarang kembali kepada pertanyaan, Why?

Sebab trauma masa proses melahirkan Rijal. Waima sebelum mengandung mahupun kawin, aku memang takut nak bersalin. Rasa takut tu dah tertanam sejak aku sekolah rendah, bila terdengar makcik2 aku cerita betapa sakit dan terseksanya bersalin. Siap makcik aku buat bunyi perineum kena gunting. Zasss....
Pastu masa Rijal, betapa sakitnya kena induce, tak bernafas rasa. Cuma aku takde la buat scene menjerit, nangis sensorang sbb sakit. Datang pulak nurse
yang berniat baik nak tolong. Pi kepak2 kan vjj ku. Tak kira dah time tu tengah peak surge ke tak. Asal boleh. Kalau orang tanya aku contraction lagi sakit or luka kena gunting lagi sakit, aku akan jawab luka gunting lagi parah. Boleh masa nak push, aku nampak bidan nak gunting. Aku jerit, saya taknak kena guntinggggg!!! Oh, tidak, kena nii....sakit gila kau tau! Pakkal kaki aku kena strap, kalau tak, aku terajang dah.

Belum masuk post birth. Betapa aku melalak sampai suami pon nangis tengok aku, nak membuang air besar punya seksa. Sebab apa? Mind set takut luka tertetas. Nak bercinta post birth lagi la. Semua relate dengan sakit. Siap terbayang sakit masa kena gunting.


Pi la shopping doktor. Tak semua doktor kejam dan gila duit.


Errr.....kau nak bagi duit?

Some more, doktor semua dah terikat dengan bayaran hospital. Rate dia bukan dia boleh bagi diskaun 4 5 ribu.

Bukan semua ada privilage nak pi swasta. Duit tu banyak boleh guna utk post birth. Kat sini kau kena guna imaginasi.



Dah tu beranak la kat hospital kerajaan.

Ish....kau faham tak, cuak? Trauma? Alangkan tau ngandung pon aku dah nak melalak bayang beranak. Sekeh nak?



Kau ni tolak perubatan moden? Pegi la duduk hutan sana.

Eh, kau tau ke tak aku tolak ke tak? Yang pegi check up, kau ke aku?
Aku sendiri pergi hospital utk buat check up, sampai la ni la kalau perlu pi jumpa doktor aku pi. Tapi kalau ada ubat alternatif aku amik ubat lain. Hidup ni kan banyak pilihan. Lain la kau jadi ayam dalam reban tak boleh pilih makan. Makan je la apa orang bagi.



Mana boleh bersalin kat rumah.

Eh....dalam buku pink aku dulu tulis boleh. Lagila aku punya sticker kaler putih. Stiker kau kaler apa?

Demi mencapai sebuah impian, aku punyala jaga kesihatan. Pink of health bak kata omputes. Takdenya nak makan cekedis ke minum coke ke makan fast food. Tapi ada sekali hb turun sat, jadi 10.5, salah makan...dah get ready nak bersalin kat hospital sekali alhamdulillah...naik balik jadi 13++



So?

Soya bean. Duhhh....
Kat sini aku nak bitau sapa yang baca, kami yang kebanyakan yang homebirth ni ada pengalaman pahit dengan certain area. So kalau tak faham takpe, cuma mulut and tangan tu jaga. Sesia je jadi bahan bakar nanti.

As for myself, if God permit, maybe next baby will be born anywhere be it at hospital, car, ambulance or home. I have no fear anymore. Insyaallah.


Kalau kita tak faham takpe, tapi jangan buat2 faham. Dont make assumption.


Sudah2 lah rajin komen sana komen sini. ate, kome takde laki n anak nak jaga? Banyak masa free ke?



Renungan buat aku dan kau.

Dalam pada kita nak mendidik anak, diri kita juga perlu didikan dan asuhan. Kita nak anak belajar menghormati, kita perlu terlebih dahulu menghormati.
Kita nak anak berbudi pekerti, kita perlu lebih dahulu menjaga lidah, tangan dan kaki.
Akhir zaman, banyak pertelingkahan, moga kita terpelihara, Insyaallah.





02 January, 2015

Emosi dan simpati

Tika ini anakku sedang lena diulit mimpi. Tidurnya ditemani ku, dilimpahi peluk ciumku.


Namun, saat ini juga, anak sahabatku tidur sendirian, tiada lagi ibu membelai lena tidurnya.


Apakah Tuhan itu kejam?


Ingatkah engkau rukun iman ke 6, percaya dengan Qada' dan Qadar?


Tahkik kah engkau dengan rukun iman yang enam itu? Pegang dengan sungguh sungguhkah? Atau hanya sekadar lafaz dimulut?


Kita beriman dengan Qada' dan Qadar, tapi pabila datangnya dugaan atau musibah, kita buangkah, kita marahkah, atau kita tunding jari ke sana ke mari? Kau salah, kau silap. Kau lewat. Kau salah perjuangan!!! Tidak. Semua itu sudah tertulis atas garisan yang Tuhan tetapkan.


Aku tidak berilmu, jauh sekali orang alim. Tapi aku tahu untuk bersimpati. Untuk tidak berkata itu ini saat mereka ditimpa dugaan. Aku sedih. Itu sahabat aku yang engkau perkatakan. Yang engkau keji. Yang engkau maki!!!


Sukakah engkau jika engkau ditimpa musibah, datang aku menghakimi mu. Membuat andaian ini dan itu. Bercakap atas dasar kebebasan bersuara. Dunia tanpa sempadan. Ah ah ah. Kata kejian aku pada mu, dibaca oleh anak2mu. Sukakah engkau? Mahukah?


Jika aku dan engkau berbeza pendapat, berbeza cara, aku tahu sukar untuk kita menerima bicara. Tapi aku percaya, kita bertemu bukan sia2. Tuhan Mendidik aku agar aku belajar sabar. Belajar melihat dari semua bahagian. Terpulang pada engkau mahu ke mana, aku doakan yang baik2 saja. Andai engkau belajar menyantuni, aku doakan yang terbaik dunia akhirat.


Andai engkau tidak belajar menjaga jari dan lidahmu, jangan lupa di padang masyar betapa aku dan engkau perlu merangkak memohon kemaafan.


Sekali lagi, Andai kalian membaca tulisan aku, aku pohon, hentikan cara hebat engkau menjadi majisteret.


Maria, I love u and I miss you. Though I cant express it to you anymore, you'll alwaysbe with us.