22 December, 2014

makin dekat

Soon to be 5.

Makin jelas walau rasa goyah.

Standard la.

Baru nak merangkak.

Insyaallah bila akar dah teguh, tak goyang dek tiupan angin.

Plan dalam mental. Aku ni kalau tulis visi dia bukan jadi jelas, kabur dan terpadam terus. Saiko.

Blessing in disguise.

Moga terus teguh dan diberi petunjuk.

25 November, 2014

Gelabah

Ni lah nama dia takde penyakit cari penyakit.

Curiosity kill the cat.

Takpelah, perkara belum pasti kita rilek...esok baru dah jadi baru fikir.

Ianya berkaitan dengan proses pembelajaran Rijal. Bujang yang paling menyampah menulis, pegang pen or pensil. Menconteng takpe. Lagi satu, tak minat langsung nak belajar baca. Dia rela suruh aku baca dari dia belajar mengeja. Huhuhu.....the thing is, I am ok with it. Why? Sebab Rijal hafazan laju..alhamdulillah kat situ.

Hati kuat nak homeschool, tapi tu lah...kalau ke sana dengarnya Wajib p sekolah. Kena paksa belajar baca pulak tu. Bab paksa tu kureng sket, sbb mati minat budak. Paksa which is ada time frame ye...ada workbook....

Aku yang emo...sebab aku paling hangin org paksa2 ni. Memang boleh keluar naga. Second language rijal dah boleh sikit2...still on progress. Baja pokok....nak buah bila, belakang kira.

I dont mind with others, because that made u beautiful. I dont oppose school or teaching your kids with stuff or your baby can finish a whole work book in an hour. Instead I adore it.

Saiko betul sekarang.

Let it gooooo......let it gooooooo

Insyaallah ada jalan..

14 November, 2014

Pergi takkan kembali.

Setiap yang hidup pasti akan merasa mati.

Apa yang membezakan kita ialah macam mana kita menghargai orang yang kita sayang. Adakah cukup kita meluahkan dan menunjukan betapa kasihnya kita pada mereka?

Atau

Kita hanya melontarkan ucapan kita ketika insan itu telah tiada di Alan yang fana ini?

Seumur hidupku aku telah Pelajari Beberapa perkara penting yang mana peristiwa ini terjadi di depan mata dan sekeliling aku. Betapa kita hanya mampu menyesal, meratap insan yang teristimewa itu setelah mereka tiada. Yang mana tika hayat mereka, tak terfikir untuk kita menyantuni dia secantik adab sepatutnya.

Cukupkah dengan hamburan kata kata manis di muka buku? Untuk siapa yang membacanya? Insan yang pergi tu takkan log in untuk baca kot?

U fight hard, u love with your whole heart.

Takde istilah makan dalam untuk diri aku. Tak suka, confront. Sit down for the better future.

Kalau tak mampu, jangan jadi talam dua muka.

Mati banyak mengajar aku erti hidup. U only live once. So? (fill in the blank)

Almost sebelah tangan penuh dengan kematian bulan ini. Aku jadi numb. Tapi bersyukur diberi kesempatan berbuat sesuatu kepada mereka sebelum usai hayat. Maka,  tiada yang perlu dikesali, insyaallah.

27 October, 2014

Fatimah, cerai susu.

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar.

*deep breath*

Such an emotional post. Fikir banyak kali jugak nak tulis, sebab aku rasa emosi, bercampur baur. Officially Fatimah dah cerai susu at 29m. 2 tahun 5 bulan. Kurang sebulan dari Rijal.

Alhamdulillah, smooth transition.

Yang mencabar sebelum transition tu. Makan 3-4 bulan jugak untuk bagi dia ready. Kali ni yang berbeza ialah cara untuk tackle Fatimah untuk wean off. Macam Rijal dia kena pesan masa tidur and he accept it. Adik, opposite. Dia punya otak lain macam sikit.

She can interact during her deep sleep. Aku tanya, adik sayang ummi? Dia boleh angguk. Ada few more pesanan and soalan siap cakap I love u adik, Fatimah boleh jawab, eyu mi (I love u mi). Tapi bila sampai nanti adik berhenti nenen ok? Dia geleng. Esoknya dia akan belasah breastfeed sebanyak mungkin. So suami cadangkan jgn pesan masa tidur, pesan masa dia sedar.

One time dia tgh nenen, aku tanya bila adik nak stop nenen? Tuhan kata 2tahun je nenen, nak kuat badan nak sihat nak bijak kena nenen sampai 2tahun je. Pastu dah kena stop. Fatimah nak bijak? Nak kuat? ---Angguk.
So bila adik nak stop nenen?----angkat tangan tunjuk no1.
Sebulan lagi boleh? Adik nenen sebulan lagi, harini 22.9, 22.10 adik stop nenen, boleh? -----Fatimah tenung je aku, and senyum. Boleh. Katanya.

So every week aku pesan, ingatkan janji yang dah dibuat, a week before 22.10 she slept without breastfeed. Then continue everyday dgn hati yang berdebar. She'll kiss, ask for her nen. Aku just bagi dia cium, and say goodbye. She's ok with that. Alhamdulillah. Till now, still nak tidur muka hadap nenen. Kiss nenen.

Quite clingy, tamau abah, sensetif lately. Takpelah, as long tak melalak nak nenen umi layankan. Umi proud of u sayang...


26 September, 2014

Easy.

Alhamdulillah semalam diberi peluang menenangkan diri dan melepaskan tenaga yang terpendam.

We had so much fun. Horse riding, walking through the field bare footed, play with dirt, etc etc.
It's good to be out. No confined space. No shopping mall especially.

Rijal dapat regu dengan Hassan, such a sweet boy.
Aku dapat teman in tune, yang faham erti kebebasan pada anak.
Bermain dengan mereka, aku tak risau kalau anak2 aku yang suka melasak main kotor bersama, main lecak, main pasir, golek atas rumput, not filthy to them. Susah sebenarnya nak jumpa this kind of parenting like this nowadays.

Too much cleanliness. Too freak out. No this, don't that.
Argh...
I really don't care about it. As long as you are not in your best gear lah. Hahhaha...

Children should be given freedom to explore, learn everything. We as a parent just need to keep the eye glue on them. Let them made mistakes. They' ll learn.
Just ensure the safe measure.

Ni nak panjat tak boleh, nak main lecak kotor, nak main pasir nanti melekit, abih anak nak buat ape? Kurung je lah camtu. Kesian aku tengok kadang2 kat bebudak, lagi la kalo jumpa orang yang jenis opposite dari kami. Terkebil2 anak aku mintak penjelasan. Kalau fikir dari sudut yang berbeza, ia bagus untuk pembelajaran anak2. To understand others.

What make u different doesn't hurt u.
It colors you.
Make you shine above all.

25 September, 2014

Overwhelmed

I guess im just mentally and physically exhausted.

Everything seems so wrong.
I need fresh air.
For that I need nature surrounding me.

Alhamdulillah for the understanding husband.
The caring son.
The cheeky daughter.
Though im not the perfect wife and mother, you still stand by me.

Small mistakes annoy me.
Harsh words made me mad.

Calm down, throw the feet in the dirt.
The cooling effect is real.
For now, it feels too good by just imagining it.
Cant wait to touch my bare feet in the grass.
Play like the children play.
Not thinking for the world problem.
Bless........

24 September, 2014

Dark.


Dont come and search for me again, and again, and again, if u ever in trouble.



Yours truly.
Ugly me.

12 September, 2014

Masa yang tak dapat diundurkan.

My little popcorn. Ahmad Rijalluddinn.
Menjangkau 4tahun 5 bulan. Sepanjang usia dia, Rijal tak pernah show interest bila diajak membaca, belajar. Boys. Tapi....kalau aku kata, pi la main rijal...berdesup laju. Hilang terus masuk bilik mainan, punggah sana sini, lompat sana sini. Bercakap tak payah suruh. Diam je kena suruh. Tetiba satu hari tahun ini 2014, exact month tak ingat, dia bawak buku ajak baca, mintak ajar itu, ajar ini. Takde paksa. Alhamdulillah.

Sebenarnya, as a mother cuak n goyang jugak la bila tengok kawan2 sebaya dia dah boleh membaca, mengaji bagai. Dia lepak, main sana sini. Tapi aku pujuk diri sendiri supaya let him be. Let him enjoy his childhood. Walaupun sebenarnya, kami dah bayar duit muka untuk kindergarten dia tapi tak hantar2. Aku masih berat hati nak sumbat segala jenis pelajaran kat dia. So biar je lah...bawak dia keluar main sana sini, swimming ke, horse riding ke, waima main tanah n main lopak air pon aku biarkan.

Aktiviti dia kat rumah ialah main semedang. Tablet n phone restricted. Cuma ada sebulan tu terbagi n nampak dia jadi gian. So, apalagi, kasik simpan la. Apa yang aku buat sekarang, pagi aktiviti seni n fun diorg, melukis dalam bilik air je la..senang keje mak nak bersihkan. Tengahari bebas, sebab umi nak masak. Petang after lunch, one on one. Dah macam ada satu invisible timetable, bebudak pon dah tau bila time diorg. Lepas asar gitu, main kat luar either ajak playdate or kami je.

Selama ni kalau nak hafaz ke membaca ke semua aku buat sensorang, depa berdua bergolek sana sini, kadang2 Fatimah join duduk (yang sorang ni memang agak beza). Jadilah umi dia mcm cakap dengan dinding, tapi tu lah buat je. Sekarang baru aku nampak sikit2 Tuhan tunjuk. Tetiba dia dah hafal, tetiba Rijal dah kenal, tetiba Rijal dah faham konsep. Ya Rabbi. Syukur.

This is a long winding road. Aku masih simpan hasrat nak homeschool anak2 tapi kita relax dulu. Tengah perhati kekuatan dan kekurangan masing2. For sure bila aku cakap nak homeschool kat atuk2 bebudak ni, confirm kena bash.  Heheheh...I have bigger picture for them. Maklumla, mak diorg pon suka menongkah arus and it suits me well. Tapi this is not about me, it's about them, our children.

Papepon nak buat sesuatu keputusan besar dan mustahak insyaallah, istikharah dulu. Mohon diberi petunjuk jalan yg terbaik....

08 September, 2014

Teori dan Praktikal.

Dulu masa belajar selalu fikir, ape ke semua yang aku belajar ni boleh diguna pakai? Biasala, jiwa aku bukan jiwa menurut semata. Jiwa rebel. Questions these and that. Tapi bila dah masuk alam kerja, ternyata hypothesis aku benar.

Tak semua boleh hentam teori yang sama. Again, tak semua boleh pukul rata. Sama lah dengan parenting and how you raise your children. Takde manual boleh kata itu ini sama saja. Dulu beria2 study here and that, tapi tak banyak yg applicable utk anak, aku jadi buntu. Sudahnya, doa mintak Allah ilham apa cara terbaik.

Ada anak yang nature dia sopan santun. Tak berkutik pon kalau letak kat satu tempat. Not my children. Ia jatuh on how you handle the situation. Tipu la aku ni penyabar, aku ialah mak singa. Singa how? U can always assume. Trick and treat utk setiap anak adalah berbeza. Contoh, Rijal dia punya ransangan adalah mulut. Kau kena always be a story teller and a good listener, and he will open up. Ada budak kena jual mahal baru dia rasa tercabar n open up. So, who is the best teacher? The world of course.

Tuhan jadikan segala jenis keadaan dan benda untuk kita berfikir dan belajar. Kalau kita suka spoon fed, susah la. Tak ke mana.

I hope He will always guide us for making the right and the best decision. Insyaallah.

06 September, 2014

pulang pulih seperti sedia kala

Tuhan bagi sakit, Tuhan juga Maha Penyembuh.

Hyperthyroid dah completely gone. Alhamdulillah, syukur. Tapi bleum boleh horeh2 sangat. Baru masuk sebulan xde pantang makan. Still moderate intake.

How?
No medicine taken.
Why?
Didn't want to risk my beloved child who still breastfeed.
How again?
Jaga makan, homeopati and jamu.

Tak percaya? Suka hati.
Last year masa aku kawal food intake i.e berpantang,  simptom palpapition and moody still ada kalau salah makan and overdo works. So kena hati2 kat situ.

Awal tahun hari tu, suami cadangkan untuk guna homopaty dan pantau. Agak menangis la sepanjang ambil ubat homeopati. NO. Bukan sebab tak bagus, cuma kena faham mcm mana homeopati berfungsi. Totally opposite dgn ubat hospital. Aku bukan tolak perubatan moden ok, cuma aku bab ubat aku akan pilih dan baca. Sapa pepandai kata aku tolak modern medicine, mmg mintak penampar.

Cara ubat hospital dia akan hilangkan simptom sementara manakala homeopati akan merawat gejala ke akar umbi. Maka kau kena expect segala rasa sakit yang pernah hilang tu akan naik balik sebab dia keluarkan lahar2 yang panas tu dari meledak dan memakan diri. Paham ke? Tak paham, boleh baca. Jangan kata doktor gugel. Korang cari info kalau buat thesis guna buku semata ke?

Bila habis ubat homeopati tu aku continue dgn jamu. Which is the best combination so fat. Alhamdulillah. Dulu kalau tidur mesti berpeluh, now makan jamu aku rasa sejukkkk je. Haaa....yang ni aku mmg beza dgn org lain. Dari kecik mmg gini, org rasa susah, aku rasa senang keje tu. Yang orang kata elok kat depa belum tentu serasi dengan aku. Makanya, kenallah diri rata2 baru kenal tuhan yang nyata.

To those yang ada hyperthyroidism cuba check balik diet anda mcm mana. Sila ubah lifestyle. Time sakit ni la tuhan nak bagi peluang kita belajar dan mengenal tuhan. Moga bermanfaat perkongsian yang ciput ni.

pandangan manusia


Alhamdulillah dua minggu rumah kami dikunjungi tetamu yg tak putus tiba. Suka. Seronok.

Dalam pada seronok tu, ada juga yang aku stress sensorang. Pasai apa? Bila mana aku terasa perlu untuk achieve people's expectation. Blerghhh. Buat penat badan n emosi je. Lain la kalo kerja, ada KPI ada jugak imbuhan hujung tahun. Hahaha

Belajar tak pernah habis. Never. Soalan yang selalu orang lemparkan pada aku, tak nak kerja balik ke? Sayangnya dulu kerja best sekarang surirumah JER. Like...hello. JER waklu. As for me, kerja la paling best in term of ur time alone. Ko ada 2 life. Tapi.......kau hilang sesuatu dalam pada seronok tu, iaitu masa yang x boleh diundur balik untuk bersama anak2.

Aku sanggup. Tapi bila kau diasak persoalan yang sama, tepu otak. Heh. Mulut manusia ni takde insurans.  Main sedap lontar je. Apeke susah nak fikir sebelum bercakap? Priority setiap family berbeza, tak bolehla nak samakan orang lain dengan kau. Kau pakai range rover evoque, then kau expect org lain pakai kereta yg sama? Nonsense.  Ada orang rela hidup dalam hutan dikelilingi air sungai dan rimba, ada orang nak duduk hutan batu. Tak boleh pukul rata.

Bila dah jadi parents, kita sepatutnya lebih empati pada orang sekeliling. If not, mcm mana nak mendidik anak supaya belajar memahami?  Your children is learning from us, parents. Hakikatnya, sifat dan perangai ibu bapa sedikit sebanyak akan terlukis pada anak2.

Logic akal perlu diguna bukan hanya sekadar mengikut macam lembu kena cucuk hidung. Belajar untuk memahami.  Adab kena jaga waima dengan orang lebih muda, apatah lagi dgn yg lebih tua. Aku ni pon, banyak je leaking, tapi kita ni selagi belum tutup mata kena usaha habis baik untuk berubah. Belum cerita bab jujur. Bab hormat.

Dasar emak2, membebel saja non stop. Maka dapatlah Rijal yang mulut mcm popcorn. Berhenti bila tidur. Hehe.

28 August, 2014

keep up

Last 4 day is one of my happy day.

Sahabat datang tidur at our humble house. Parents yang suka datang tetiap bulan eventho anak dia ni bukan la tahap yg dia expect.

Aku rindu hubungan persahabatan kami. Saat kami mudah bercerita untuk Saling menasihati dan mengingati. Sungguh rindu.

I learnt a lot from my parents. They taught me a lot. If not them, I wont be who I am.

We tend to put high expectations to our children, till we didnt realize we give a huge burden to them. Why must a child be a top student? Why must child meet our goals not theirs? Why cant they be what they want? What is the parents role? Shaping them? Nurturing them?

I hate to compare but I will do secretly. For me to know my children strengths n weaknesses. For me to concentrate on their bright sight rather than the downside.

This, I did not learn in years of schooling time. This is the on going process.

Why must be bound to the mainstream? I choose to waddle differently. U, can choose your path. We may across each other, but rather we argue, I choose to agree to disagree.

Ilmu tuhan terlalu banyak untuk kita kata kita tahu semuanya. Kami adalah pakar, anda tidak tahu apa2. Science will evolve, someday the latest technology will no longer valid. Someday your research will be revealed to be wrong. What will we do then?

Makin banyak belajar makin Bodoh, makin banyak tahu makin tidak tahu.
Tahu tidak bermakna faham. Faham hendaklah mahir.

20 August, 2014

mengigau?

Rijal bangun tidu,

R: Umi, ijal nak tertucin, nanti ijan tido balik, totis td dia tgh bunang (berenang)

Umi, kerut dahi.

Ragam anak.

14 July, 2014

opposite

Harum mewangi
Bagai langit dan bumi.
Kau dan aku.


5 years and counting
Through up and down
Good time and bad time


Kau mudah mengeksperasi diri dan kasih sayangmu
Aku, si kaku yang kayu.
Sempurna di mataku


My heart flutters seing you
My mouth cant stop talking to you
I can smile at the small gesture and your teasing.


How can I tell you how much I love you.
My heart going to burst just thinking of you.


O Allah, please protect my love one.

23 May, 2014

hey yo...

Eh....baru nak tulis, tetiba terdengar adik kentut. Lol.

4Thn dan 2thn sudah mereka.
Seorang tu pemikir, sorang tu persistent.
Sorang memilih makannya, sorang tu suka makan.
Sorang lelaki, sorang lagi perempuan.

Bila nak tambah lagi sorang?
Bila ada rezeki, datang la dia, insyaallah.

Tapi dua orang ni memang lasak, cuma minat yang berbeza.
Yang sorang betul2 membawa maksud rijal insyaallah ditambah 'addin hujungnya.
Sorang lagi, ah...penyejuk hati seumpama hari jadinya. Insyaallah.


It is not easy being a modern mom. Should I say dunia akhir zaman's mom?
Temptation is everywhere.
Hanya Dia pemberi ilham.


Suami.
Anak.
Diri.

Kadang I need a break. I'll run free inside this jungle stone.
Perlu motivasi dari alam, dari Tuhan.
Jumpa alam, semangat berkobar.
Jiwa tenang.

Syukur atas apa yang dikurnia.
Ketenangan satu nikmat dari Tuhan.

26 February, 2014

pantun

Pen merah, pen biru,
u marah, I love u.

Haha..

Lagi marah, lagi suka suami sakat.
In fact, not even a day will pass by without his teasing.
Only when he is sick. Masa tu sunyi rasa, rindu sangat.


I miss newborn smell. oxytocin rush after birthing. I miss all of that. Tapi suami belum ready n yakin yang kondisi badan aku untuk mengandung. Macam2 dia risaukan. :)

My bff, my sparring partner, my enemy, my love, my soulmate, my imam.



Counting my blessings.

Thank you Allah.

10 January, 2014

2014

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar..

Dipanjangkan umur untuk meniti tahun Masihi yang seterusnya...

2013, tahun yg dimulakan dengan ujian, disudahi dgn ujian, tengah manis..hekhek.. Alhamdulillah dgn ujian, tanda Tuhan asih sayang.
2013, bulan 1, worst health-hyperthyroid. This month marks my journey free with it, alhamdulillah.
Penutup tahun 2013, suami kena chicken pox, which is severe. Tak penah aku Tengok dia sakit mcm tu, smp tak boleh bangun. Almost 3w mc, oh..oh..terbiasa suami depan mata. Bila dia masuk keje, rindunya.... :) then rijal pulak kena.

Dalam pada nak homeschool rijal, tak menjadi kenyataan, sebab he's eager to to school. Takpe, kita follow minat dia. Insyaallah kita tak pressure dia untuk excel. Persuit your dream, not us.

As a parent, it is our responsibility to teach children how to respect others. Such a shame, when we cannot get it done first. Walk the talk beb. Kita ni kena byk muhasabah diri, nak anak jadi baik, itu ini, tp Tengok diri yg jadi contoh ni, camna? Media sosial boleh jd bad thing, kalo tak pandai kawal. Imagine, anak jumpa fb, Twitter or inta mak pak, dok maki sana sini, jd keyboard warrior. Rasa2 reaksi anak camna?
Ilmu Allah ni luas, besar mana pon pangkat, pengetahuan kita, kita ni tetap hamba Tuhan. Be humble. Respect each other.

Agree to disagree. Sebolehnya, hindarkan perdebatan.

Moga Allah yunjuk kita jalan yg lurus, jalan yang Dia redhai.