25 May, 2011

13 months & 1st cut

genap tigabelasbulan hari ini. Sudah bertambah pandai dan cerdik. Makin banyak vocab yang dilontarkan. Boleh menerima arahan dgn jelas tapi standard la budak, selagi boleh break the rules, langgar je. Oh ye, selain menonggeng, boleh jalan mengundur jgk. Haha.

Ada waktu tertentu Rijal boleh bina ayat. Macam aritu, dia pi teriak ''mi, nak t3t3k!'' wakakaka..haus sangat lepas tawaf sunway. Tapi aku rasa dia dalam proses untuk absorb banyak benda untuk communicate. Selagi mana dia tunjuk sesuatu, maka ulanglah, sampai dia puas ati then dia akan ulang balik. Bird, bear, adik, kakak etc etc..

Memandangkan anak bujang ni lasak, if jatuh pon ek ek ek maka potensi untuk be a leader to his siblings telah pon dilancarkan. So, sekarang tgh pupuk kasih sayang, empathy pada others. Makan masa. Bear sebagai bahan ujikaji. Aku ajar dia untuk berkongsi, kasihkan bear. So far, tidurkan,tepuk2 bear takde masalah. He has soft spot we can nurture. TAPI, jangan la nak kongsi nenen. Even dah kenyang pon, dia tarik bear n campak pastu dia plak nenen. @___@ kena usaha training lagi. Acceptance.

Ape ke hei nya bau tahik kucing ni?uma aku tingkat 2. Takde kucin kat sini. Spoil betul.

Mark today, 13th months, he got his first cut when playing outside at the playground. Tak nangis, ek ek ek tunjuk tmpt sakit sahaja. Aku baca basmallah,selawat n tiup, terus diam n sambung main. Errr,tough eyh? Nnt nak ajar, if u sad/hurt it's ok to cry. :)


luka pertama

video

                                            cubaan menangkap burung merpati untuk dipanggang.

24 May, 2011

kasih...

....an perut aku sebab terbau nasi ayam tengah malam buta ni.
Ni makcik bawah la ni. Makcik nak saya ketuk pintu makcik malam2 buta ke? Makcik buat nafsu saya lapar tau,sedangkan saya ada 2 medium pizza yg tak di makan lagi. Stress sendiri.

Kasihan dengan diri sendiri macam melukut tepi gantang sebab anak kongker katil macam kongkang pulak bunyi. Tau ke apa kongkang? Itu adik beradik monyet.

Kasihkan suami yang sering menenangkan jiwa yg kadangkala dilanda shrek. Langit tak selalu cerah. Tapi aku suka hujan, tak panas. Agak tak sesuai peribahasa tu dengan aku.

Kasihkan anak yang suka menyusu sambil tertonggeng di muka. Naseb bahek dia kangkang, kalo tutup? Aku terpaksa inhale hancing diapers. Kerana anak kasihkan ummi, dia akan menampar sedas dua untuk memastikan ummi dia berjaga dan bersenam sentiasa. Wuwuwuw.

Kasihan, sebab banyak kali buat entry lepas tu hilang begitu sahaja. Hoi, cari pasal ke??? *sinsing seluar, eh, lengan*

12 May, 2011

fatty liver

Biasa dengar iklan Fatty Liver di television anda? Masalah kegemukan, kurang berat badan? Sejujurnya aku benci melihat dan mendengar iklan sedemikian. Nampak bebeno menipunya.  Kamon la, mana ada jalan senang nak kurus. Bagi aku semua tu propa je lebih dan banyak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

Hendak kurus kena usaha.

Pemakanan kena jaga dan jangan lupa bersenam. Sejujurnya, aku sangat susah untuk bersenam sendirian sekarang. Maka, jalan mudah adalah bersenam dengan anak bujang. Menari, berlari bersama-sama si kecil adalah menghiburkan dan mengeluarkan peluh. Yes, I'm health freak. Sebab keluarga sebelah mak dan ayah punya penyakit keturunan iaitu diabetic dan heart attack. Mak sering memomok-momokkan tentang semua jenis penyakit tu. Agak ketakutan jugalah.

But I love food so much.

Takde masalah, selagi piramid makanan di jaga dan bukan semua makanan disumbat seperti tiada hari esok. Kudapan aku adalah coklat dan buah-jika ada buah yang berkenan di hati- malah sebagai ibu yang menyusukan anak, ia adalah bonus kerana kandungan kalori akan terbakar sepanjang proses penyusuan. Air kegemaran adalah air kosong. terima kasih mak. Tipulah aku tak minum air manis; teh tarik, hot choc, nescafe ais, ICE CREAM tu semua all time favorite. Tapi, jarang diambil kecuali jika dine out sahaja dan air kosong akan menjadi penutup setiap hidangan.  

---------oh aku skema plak lepas baca artikel $%^&*((-------------------------------

Tubuh kita hanya pinjaman dari Dia, nanti esok akan di soal bagaimana kita menjaganya. :) Pernah jugak aku kena sekolahkan oleh orang2 yang sedap mulut ni. Tapi, orang yang macam ni nak je aku tayangkan cermin besar suruh cermin diri. haih,geram pon ada. Sendiri cari penyakit, bila penyakit datang mula membebel salahkan itu ini. Susah jugak orang yang tak sedar diri ini. Bala...bala....

Now, mission mahu keluarga kecilku sihat. slowly, xpe...nanti dah biasa akan jadi sedap. Jangan hendak kurus kerana cantik, tapi kerana sihat. sebab dengan kesihatan maka badan boleh beribadah.  :)


p/s : badan cantik bonus, hati cantik lagi bonus. marilah sihat.

05 May, 2011

on him

Punya seorang hero kecil di rumah memang mampu membuatkan aku tidur lena setiap malam. Hakikatnya tidak. Hero ku ini sangat demanding dalam penyusuan. Sejak lahir hingga setahun 10 hari ini dia masih berjaga malam setiap sejam/dua sekali untuk menghilangkan dahaga. I don't foresee him sleeping like an adult in a year. Tapi aku bersyukur sebab apabila dia create a demand like that it will send a signal to my brain to continue produce more milk for him, InsyaAllah.

I never gave him something sweet like ice-cream, choc etc. But, where does the energy came from? :)

             On his eating routine, he'll ate let say for couple of weeks then he'll fasting for a week. No food, only milky,milky. Pening ok nak suruh dia makan. Makan nak cheese,macaroni,bread n cheese, nasi tamau. Lahir kat mana budak ni? So bila dia tak makan, maka perutnya akan leper sedikit apabila berbaring hinggakan aku boleh bermain gitar di tulang2nya sehingga dia ketawa terkekek2 macam ikan kekek. Sabar je lah. Dah besar harapnya nafsu makan akan membesar tapi jangan pula badan turut besar ye :)

             He hates clapping his hand, before this. Tak tahu kenapa. Recently he loves to do so. Tak paham haku. Tengah minum susu pon tepuk tangan.

My little hero is coming, got to go. :)

04 May, 2011

angin kus-kus

Bolehkah sekiranya aku nak mengatakan yang I Hate PMS? hahaha..memang, menguji betul kesabaran kalau hormon bertempiaran macam habuk-habuk tepi jalan. Macam tak semenggah perasaan ni, oh dugaan sungguh. Memang berbeza keadaan sebelum dan selepas di datangi cik P. Mangsa kegawatan ekonomi adalah suami sendiri, takkan orang lain. Nasib baik dia sudi melayan..kalo tak sudi, agaknya KITA BAKO!!!!

              Semenjak duduk rumah goyang perut ni, dah takde ME time. meggi time mmg dilarang, skali skala boleh la. :) so agak2 tension, btau je la suami "abg, mahu keluar sorang kejap boleh?" "pegi mana?" "rahsia"  so suami yes kan, berdesup la daku membawa kereta pegi ke bakery je pon..HAHAHA.. beli roti n pastry yang sedap2, makan sambil drive balik, selesai.. PATHETIC? Not for me.. sbb utk release tension aku adalah salah satu cara adalah makan selain dari bersenam yang gila. Yes, kalo sewel lagi, marilah berlari laju2, kuarkan peluh, atau pun serah anak pada suami sental bilik air sampai shining2 tak kira masa.

             Di sebabkan angin puting beliung tu lah aku dilanda kemalasan update blog. Sampai satu tahap aku rasa internet ni useless. kuikui. Layan Rijal melukis n membaca lagi bagus. see? aku dah merepek..sblm repekan jadi histeria, baik out dulu, muhasabah diri sat, supaya jadi munasabah. :)