Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

02 January, 2015

Emosi dan simpati

Tika ini anakku sedang lena diulit mimpi. Tidurnya ditemani ku, dilimpahi peluk ciumku.


Namun, saat ini juga, anak sahabatku tidur sendirian, tiada lagi ibu membelai lena tidurnya.


Apakah Tuhan itu kejam?


Ingatkah engkau rukun iman ke 6, percaya dengan Qada' dan Qadar?


Tahkik kah engkau dengan rukun iman yang enam itu? Pegang dengan sungguh sungguhkah? Atau hanya sekadar lafaz dimulut?


Kita beriman dengan Qada' dan Qadar, tapi pabila datangnya dugaan atau musibah, kita buangkah, kita marahkah, atau kita tunding jari ke sana ke mari? Kau salah, kau silap. Kau lewat. Kau salah perjuangan!!! Tidak. Semua itu sudah tertulis atas garisan yang Tuhan tetapkan.


Aku tidak berilmu, jauh sekali orang alim. Tapi aku tahu untuk bersimpati. Untuk tidak berkata itu ini saat mereka ditimpa dugaan. Aku sedih. Itu sahabat aku yang engkau perkatakan. Yang engkau keji. Yang engkau maki!!!


Sukakah engkau jika engkau ditimpa musibah, datang aku menghakimi mu. Membuat andaian ini dan itu. Bercakap atas dasar kebebasan bersuara. Dunia tanpa sempadan. Ah ah ah. Kata kejian aku pada mu, dibaca oleh anak2mu. Sukakah engkau? Mahukah?


Jika aku dan engkau berbeza pendapat, berbeza cara, aku tahu sukar untuk kita menerima bicara. Tapi aku percaya, kita bertemu bukan sia2. Tuhan Mendidik aku agar aku belajar sabar. Belajar melihat dari semua bahagian. Terpulang pada engkau mahu ke mana, aku doakan yang baik2 saja. Andai engkau belajar menyantuni, aku doakan yang terbaik dunia akhirat.


Andai engkau tidak belajar menjaga jari dan lidahmu, jangan lupa di padang masyar betapa aku dan engkau perlu merangkak memohon kemaafan.


Sekali lagi, Andai kalian membaca tulisan aku, aku pohon, hentikan cara hebat engkau menjadi majisteret.


Maria, I love u and I miss you. Though I cant express it to you anymore, you'll alwaysbe with us.

12 November, 2011

memories.

Aku teringat dulu, zaman kanak-kanak..riang sungguh, sampai waktu ini aku teringat, aku pinta pada mak,tidak mahu jadi dewasa.

Dulu,di depan rumah ada pokok jambu air, rendang berbuah. Ada semut hitam yang gemuk sering menyusur di dahan rendangnya. Tapi, semut2 itu adalah kawan aku. :) Kenapa? Sebab aku sering memanjat pokok jambu air  itu untuk belajar,untuk menyorok, untuk mencari ketenangan, untuk berfikir... Semut hitam di pokok jambu air itu tak pernah merayap atas badan aku. Tak percaya? :)

Pokok jambu air yang sering dirindui, kini sudah tiada..

Dulu, kami punya taman kecil di kawasan rumah kecil kami. Ayah tanam rumput karpet. Tahu? Best! Kalau nak bergaduh/berguling memang sesuai. Atas rumput karpet aku sering berbaring di waktu  malam merenung langit malam. Cantik. Bintang terserak di angkasa, bulan terang. Kadang2 macam wayang aku buatnya, bentang tikar getah merah putih, bawak biskut/susu panas, baring. Pelik?

Rumput karpet sudah tiada, diganti laman simen, tempat naungan kereta2...

Aku pernah bela tupai yang tertelan minyak tar, bela sampai gemuk, burung yang di serang hendap kucing sampai ia boleh terbang bebas. Kucing? mestilah.

I love animals.

Rijal nampaknya mewarisi minat aku.

Ah.....rindu sungguh zaman riang.. :)

11 February, 2011

kenangan

zaman aku belajar kat unibersiti aku kira lama mcm tok janggut
dip+deg=6thn stgh (sbb aku xpandai, aku sukarela extand kan diri)
last semester utk tamatkan deg. ade tesis
oh,kajian aku stat awal sbb dpt lecturer super detail,sakit jiwa aku.
so,suppose xde masalah la kan..
aku pon dah dok relax masa tu,sbb masa cuti dah 90% keje siap
data dah siap masuk dlm komputer
TAPI
aku sangat bijak,tak back up dlm pendrive
SEBAB
pendrive byk virus akibat slalu p cc.

one month before submission date
tetengah malam baru nk bukak utk update slide show
TETIBA
aku xleh bukak semua keja2 tesis aku
try balik on off pc
sama.
jantung dah berdebar
cecepat msg somi (eh masa tu fren lagi)
dia ajar itu ini utk recover,
SAMA.
after semalaman xtdo utk carik file
aku dh stat nak give up
dah jadi BiOL
pegi la melangkah ke fakulti menaiki JDR ku
bawak slow2 tapi ke tengah jalan
mcm orang mabuk
cter ngn BFF, semua terkejut
rock,ghib,adeq,fiza semua gelabah
aku relax
diorg cecepat p library
search kat internet
aku balik umah,TIDO.
bgn tido bwk moto pegi tasik
nganga.

at this moment aku dah LOST track.
nak nangis pon xboleh,
sbb aku tau silap sendiri.
part paling best, balik dari fakulti.
aku bwk moto turun bukit, LEPAS TANGAN
dalam hati langgar la aku wahai kereta.
Sewel sudah.
almost lost hope.
macam LOST IN TAMBUN,cewah.
tapi mmg aku lost.
asal bwk moto,harapan dlm hati "langgar la aku wahai kenderaan"
tapi cecepat istighfar.

"Bersahabat denganku bukan dengan MEMBENAR & MENYOKONG apa segala dariku..tetapi MEMBENAR & MENYOKONG apa segala yang BENAR dariku..yang benar tetap benar..yang salah tetap salah"-Firdaus MRH

tapi!
kenkawan n mr.wadi papah aku.
suami dari kejauhan cari macam2 bahan.
BFF semua bg bahan 2 baru.
tak tdo malam semua berjaga
online yahoo messanger utk support aku
once aku letih,baru diorg tdo.
aku p fac carik bahan,diorg pon tolong.
walhal diorg semua pon tgh buat tesis.
sampai sekarang aku terhutang budi dgn mereka.
if not,im sure i'll fail dlm FYP.
pastu extand,pastu silap2 aku malas nk bljr.
hahahaha

akhirnya,
berjaya jugak siap,tho amat simple.
simulation xde dah yg gempak2.
data semua so-so.
tapi manage jgk la dpt A-
uwaaaa!!!
aku ingat C sudah.
prof zul,garang2 pon baik hati..
terharu.

sbnrnya kat sini tuhan dah awal2 tunjuk.
kebergantungan hanya dengan Dia.
=)