Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

15 March, 2016

Bukan aku tetapi AKU.

" Tugas kita tanam, siram, baja. Nak tumbuh, berbuah tu bukan kerja kita. Mungkin hasilnya sekarang kita tak dapat, tapi anak cucu kita yang dapat " Guru ku.


Kalau dibaca sekali maksud tersurat amatlah senang, dua kali, tiga kali, empat kali, berbeza- beza maksud dan penyampaiannya.

Silat Cekak amatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Inshaallah mendapat faedah.

Petikan pantun Silat Cekak Pusaka Hanafi.

Cerita bab tersurat je lah, mudah.
Aku ni gemar bercucuk tanam sejak kecil. Kalau diimbau, pokok2, semut, binatang, langit tu semua jadi teman aku untuk aku bercerita dan berfikir. Banyak persoalan yang aku lontarkan dulu kini terjawab sedikit Demi sedikit. Tinggal di hutan batu buat aku rindu bau tanah dan daun. Makanya, aku mula bercucuk tanam di beranda rumah. Kurang sesuai kerana berebutkan cahaya matahari dengan baju yang perlu dikeringkan.

Mulanya suami yang bercucuk tanam, tapi mungkin "tangan panas" ia Kurang menjadi. Entah mana silapnya. Aku kesiankan tanah yang terabai, aku lemparkan sebiji tomato. Berimbun naiknya. Aku bahagi bahagi anak benih pada mak, adik2 dan teman2. Bunda punya pokok berbuah rimbun di kampung, adik dan teman tidak menjadi. Aku, berimbum daun dan bunganya. Namun apa silapnya, tidak berbuah, acap kali gugur setelah kembang mekar bunganya.

Aku syak angkara si benah. Puas dibaja, dipotong, namun yang mampu hidup dan matikan bukan aku. " AKU yang mematikan dan menghidupkannya".  Lalu aku biarkan dia hidup bersama pohon2 yang lain, dapat ku tuai cekur, daun kesum. Alhamdulillah. Si lemon dan capsicum belum membesar sihat.

Tadi, Tuhan memberiku lihat, pohon tomato yang hampir tua, kering walau disiram, berbuah besar, walau pun buahnya sebiji, namun besar pelajaran yang aku dapat. Maha suci Allah yang Maha berkehendak lagi Maha Berkuasa. Sering kali apa yang kita usahakan tidak berjaya, namun Tuhan lorongkan jalan yang lain, dipermudahkan ia lagi. Tapi dek kerana nafsu, kita butakan mata, mahukan apa yang kita mahu. Sedangkan hadiah dari Tuhan itu lagi hebat lagi tiada tandingan.

Pabila Tuhan tidak menitipkan hajat kita, kita membentak, sedik malah kecewa mahu berputus asa, sedangkan ia boleh membinasakan Maka Tuhan pelihara kita.

Moga kita sentiasa bersyukur atas pemberiannya.
Dari aku yang sering alpa. -.-

08 March, 2016

Kembali ke asal.

Pada saat ini, kami masih lagi istiqamah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia pada badan dan seisi rumah.
Tak tolak, tapi Kurangkan.
Buat masa sekarang kami dah eliminate deodorant, shampoo dan Sabun badan (occasionally guna on the rack jugak)

Sebenarnya bersebab jugak kami terjebak, dek kerana hyperthyroid ni semua jadi turning point. Tok laki kata kalo perang kebolehan survival dah ada. Haha. Ye la tu.

Body odor ni sebenarnya main contributor dia adalah diet kita. Makin banyak fast food, or processed food kita makan. Ni atas pengalaman sendiri. BUT, sebelum nak dapat yang elok tu, dah tentu banyak hardship akan kita tempuh. Aku sekarang guna essential oil+olive oil or vco sebagai deodorant. Paling best bila guna vco as carrier oil, kulit ketiak akan jadi sekata. Tayah dah nak pakai whitening ke hapa.

 Eh, eh, tapi jangan berangan la ye, memula tukar tu, ya ampon, kena withdrawal symptoms mcm nak pakai deodorant biasa jeeee.  Badan akan sweaty lebih dari biasa ( merujuk pada bahagian ketiak),  berbau lebih dari biasa. So if korang nak cuba, kena mentally prepared. Sila sembur perfume lebih sket. Hahah. Boleh gak sental armpit dengan soda bicarbonate or acv (sila dilute ye). Makan kena jaga, kalo tak berbau. Dalam 2-3 bulan gak la aku kena withdrawal symptoms ni. Solution aku sonang (makan inshaallah dah jaga) aku bawak deodorant EO ni merata. Lulz. Sekarang alhamdulillah. Conventional deodorant free! Yahuuu....

No poo or shampoo free ni pon satu hal gak. Aku rasa memang kena hati kering nak buat benda gini. Ada gak banyak kali aku Cuci dgn shampoo biasa. Menjadi balik withdrawal symptoms dia. Basically aku akan cuci dgn lemon or tea. Seminggu 2-3 kali. Withdrawal symptoms yang aku kena, kelumumur mcm salji, kulit kepala berkeruping (ni lepas 3-4 bulan no poo), excess oil kat rambut, rambut gugur teruk ( mak terpaksa potong rambut). Paling teruk yang keruping tu. Dah macam cradle cap ghupa. Sekarang, alhamdulillah...normal dahhh. Xde bau rambut. Nak wangi, aku bilas dengan EO. Diluted of course.

Pencuci muka, or barang mekap dah dekat 4 tahun tak pakai.
Dek kerana gegatal pakai pas bersalinkan Fatimah. Terus buang dan pakai je la kopi, lemon dan air sajork. Alhamdulillah so far so good. Jerawat bulanan tu standard.

Stok vco pon buat sendiri. Senang. Tipu, renyah. Tapi bila basic skill tu dah ada, kalo rasa vco kat kedai mahal aku buat je. Renyah, tp bila ada tok laki tolong sama, jd mudah.

Harap pasni boleh tukar ubat gigi pulak. And fully guna homemade soap.


Seronok bila anak dah boleh bawak diri, banyak boleh depa tolong, mak boleh buat hobi mak dalam zen. Menjahit, baca buku of course, masak dengan tenang. Alhamdulillah.

27 February, 2016

Rutin.

Sejak rijal pergi sekolah ni, aku dah stuck dengan rutin. 
Which i dislike.
I don't hate it, it just not me.
Aku boleh ikut rutin tapi lama2 aku akan bosan dan rasa terkongkong. Otak rasa tak berkembang.
I need constant challenge, for i have so much energy inside me.

Reading journal or books can tired or put my subconscious mind into something i can't describes. I just love it.

Aku boleh nampak, sekolah tak boleh bagi sesuatu yang Rijal nak. Tapi sekolah boleh guide Rijal untuk sesuatu yg asas.
Benda lain kita akan usahakan yang lain.
Dulu aku tak dapat, malah takde orang boleh nurture my way of thinking.
Agak lewat aku sedar kemampuan aku.
Moga ini akan jadi guideline dalam aku mendidik dan membimbing anak2.

Moga Allah perkenan.

12 September, 2014

Masa yang tak dapat diundurkan.

My little popcorn. Ahmad Rijalluddinn.
Menjangkau 4tahun 5 bulan. Sepanjang usia dia, Rijal tak pernah show interest bila diajak membaca, belajar. Boys. Tapi....kalau aku kata, pi la main rijal...berdesup laju. Hilang terus masuk bilik mainan, punggah sana sini, lompat sana sini. Bercakap tak payah suruh. Diam je kena suruh. Tetiba satu hari tahun ini 2014, exact month tak ingat, dia bawak buku ajak baca, mintak ajar itu, ajar ini. Takde paksa. Alhamdulillah.

Sebenarnya, as a mother cuak n goyang jugak la bila tengok kawan2 sebaya dia dah boleh membaca, mengaji bagai. Dia lepak, main sana sini. Tapi aku pujuk diri sendiri supaya let him be. Let him enjoy his childhood. Walaupun sebenarnya, kami dah bayar duit muka untuk kindergarten dia tapi tak hantar2. Aku masih berat hati nak sumbat segala jenis pelajaran kat dia. So biar je lah...bawak dia keluar main sana sini, swimming ke, horse riding ke, waima main tanah n main lopak air pon aku biarkan.

Aktiviti dia kat rumah ialah main semedang. Tablet n phone restricted. Cuma ada sebulan tu terbagi n nampak dia jadi gian. So, apalagi, kasik simpan la. Apa yang aku buat sekarang, pagi aktiviti seni n fun diorg, melukis dalam bilik air je la..senang keje mak nak bersihkan. Tengahari bebas, sebab umi nak masak. Petang after lunch, one on one. Dah macam ada satu invisible timetable, bebudak pon dah tau bila time diorg. Lepas asar gitu, main kat luar either ajak playdate or kami je.

Selama ni kalau nak hafaz ke membaca ke semua aku buat sensorang, depa berdua bergolek sana sini, kadang2 Fatimah join duduk (yang sorang ni memang agak beza). Jadilah umi dia mcm cakap dengan dinding, tapi tu lah buat je. Sekarang baru aku nampak sikit2 Tuhan tunjuk. Tetiba dia dah hafal, tetiba Rijal dah kenal, tetiba Rijal dah faham konsep. Ya Rabbi. Syukur.

This is a long winding road. Aku masih simpan hasrat nak homeschool anak2 tapi kita relax dulu. Tengah perhati kekuatan dan kekurangan masing2. For sure bila aku cakap nak homeschool kat atuk2 bebudak ni, confirm kena bash.  Heheheh...I have bigger picture for them. Maklumla, mak diorg pon suka menongkah arus and it suits me well. Tapi this is not about me, it's about them, our children.

Papepon nak buat sesuatu keputusan besar dan mustahak insyaallah, istikharah dulu. Mohon diberi petunjuk jalan yg terbaik....

13 May, 2012

kelahiran adik..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Sebelum aku bercerita, aku harap sesiapa yang membaca kisah kelahiran adik ini mampu berfikir jauh dan terbuka. Kalau agak2 tak mampu, bolehlah klik tanda pangkah di hujung atas kanan blog ini. Cerita ni panjang berjela.

Let me phrase it in one sentence. This is a planned homebirth.

Sejak aku mengetahui yang aku membawa nyawa di dalam perut, perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah ''Aku tak nak kena usik.(no vaginal examination, no drugs, no vaginal swabs, no vaginal streching and NO EPISIOTOMY) semua ni aku dah rasa dgn Rijal. Agak menakutkan dan boleh dikata aku trauma. Gila.

Atas izin Dia, aku terjumpa dengan satu group di Facebook. The Gentle Birthing Group  Dari sini, aku mula membuat research dan cuba mempelajari sesuatu yang asing. Sesuatu yang sering aku tertanya. Syukur, Dia memberi jawapan sedikit demi sedikit. Kemudian, aku approach hypnobirthing instructor Nadine yang telah membuka jalan kepada homebirth.


Tujuan utama homebirth, mahu auratku terjaga ketika bersalin. Ya, ada doctor perempuan. Tapi, suami(dahulunya) prefer hospital kerajaan yang rata2 tahu kebarangkalian untuk menjadi bahan ujikaji dan tontonan adalah sangat tinggi. Di sini, aku mula mencari dan terjumpa sesuatu yang sering kita ungkapkan





"tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Tapi, bukanlah aku membuat secara membuta tuli. I do my own research and understand the autonomy, physiology & psychology of my own body.


Homebirth adalah satu ujian bagiku untuk menguji sejauh mana kebergantungan hati ini pada Dia.


Ok, terus pada detik kelahiran adik.


Sebenarnya, aku sudah merasai kontraksi yang manja semenjak kandungan mencecah 37-38w. Tapi mengetahui ia adalah satu cara badan menyediakan diri untuk melahirkan, aku bertenang dan buat aktiviti seperti biasa. Surges yang kuat telah bermula pada hari Ahad,6 Mei 2012 but it still bearable. Isnin, 8am, 7 Mei bloody mucus plug telah memberi salam :)  Surges masih boleh ditanggung dengan bergerak dan bersenam dengan gymball/birthball. Memang membantu mengurangkan rasa sakit. Masa ni, suami dah dalam perjalanan pergi kerja. Aku terpaksa call suami dan pinta dia pulang sebab I do need my support. 


Seharian contraction datang dan pergi dengan interval yang agak regular. Malangnya baby belum mahu muncul. hehe. Suami mengambil keputusan untuk menyuruh aku berehat. Tenaga extra akan diperlukan untuk hari mendatang. Kak Ira buat random guess, mungkin baby nk keluar jam 4am hari Selasa kot? hahaa... Malam 7hb aku cuba tidur dalam keadaan contraction yang sama. 8hb Mei, jam 4 pagi, aku terjaga dan berasa segar. The surges become more intense and i need to wake up my husband. He did counter pressure around my hips and back. Then I asked him to sleep cos i will need him tomorrow. Maternal instinct told me so :)


Went to kicthen and made light breakfast. Im eating like, A LOT. hahaha..kurma,susu,benjo, cereal.
Makan, surfing and recite a few surah. Perjalanan rohani kini bermula.


Surges becomes intense,each time the waves came, i can't smile. Just concentrating on my breathing. Nafas dalam nafas yang pernah di ajar oleh YM. :) Husband reminds me to concentrate on breathing each time he saw me losing track. We dance together each surges. Saat ini, aku jatuh cinta sekali lagi dengan suami. Sangat cinta.  


730am, Rijal woke up and join me riding my gymball. It's challenging to entertain a toddler and at the same time u are riding ur surges. I can't scold him, if not he'll feel left out. Husband took bath together with Rijal and fed him. Rijal will check on me time to time. Give kisses on my cheek,hugs & even smack me down. T__________T


I do breastfeed him till now. And u know what? i breastfed him during my surges. It is like...hm.....having comfort and felt like stabbing ur body at the same time. haha...
1045am (if im not mistaken) i already in transition phase where i suddenly cried,cried and cried during surges while breastfed Rijal. Rijal sweep my tears and stare at me '' Ummi, No No nangis" and hug me. So touching this moment. Husband constantly do counterpressure/light massage. Never left my side. Love.Love.Love.


I lost track of time this moment. From bed, i move to my birth nest. In all fours, suddenly we heard a burst "swoosh..." I broke my water! Suami tak berhenti mengucapkan takbir "Allahuakhbar, Allahuakhbar" . My pillar of strength. He reminds me His Mercy. His Grace. 


Suddenly i tried to stand up. Husband helped me. I want to poop. (in my head) hahahah... Done my #1. Suddenly i asked husband to get ready with towels. I am ready to birth. In.Toilet. haha. Tenaga dah hampir habis dah. Kalau ultraman, rasanya dah berkelip lampu merah. Bip....bip... ye,itu lah yang ada dalam kepala masa tu. Half standing and half squatting. 


I felt the ring of fire. Deep breath. I feel the stretching.  Head in, head out.kahkah...but i know, my body know its job. Baby head emerged! Anterior position. Rijal, posterior. kali ni, aku punya breathing teknik  dah ke laut bila sampai mahu keluarkan bahu adik. Tak sabar dah nak tau gender adik, another surges datang, aku push. Kahkah..selamat,elok2 tak koyak jadi koyak.Tu la tak sabar. Syukur Alhamdulillah. Rijal nampak abah dia sambut adik dengan takbir (dalam bilik air????) He shouted " Ummi yak kuar adik" haha.. he didnt saw my vjj ok? i wore an oversize t-shirt covering my ass. :P


Thanks to Maria & Najwa who helped & guide us. Lepas je adik keluar, terus breastfeed dalam bilik selepas adik di iqamahkan. Tak lama, dalam 10-15min kemudian, placenta keluar. pon dalam toilet. Nampak sangat aku suka toilet. Scrubbing toilet adalah hobi aku.hehe....


Done Stage 3, and resting. I did tore, but didnt go for stiching. it feel much better and syukur alhamdulillah projek #2 berjalan lancar. Takde dah aksi menangis2 dalam toilet macam masa Rijal. Luka dah almost heal. Naturally. Subhanallah....Alhamdulillah. Tak perlu ubat lembut najis. Takde rasa sakit menyengat macam dulu. Ya Allah....syukur. 


Yang lain akan cerita lain. But, anyone who read this, please dont share it on FB. thanks :)



15 April, 2011

recap:confinement period.

****entri yang panjang****


ever since Rijal is going to turn 1 y.o in 10 days, i would like to recap what i had been facing before.
macam2 perasaan rasa, flash back.

            aku diberitahu bahawa mak ayah akan berangkat ke tanah suci sejak kandungan berusia 7 bulan. dah rasa resah gelisah sebab mak bakal tiada masa aku melahirkan.
how come? i need her. she's my mother.
kemudian bila mengenangkan akan dihantar berpantang di kampung, dah rasa sedih kena tinggalkan suami.
how come? he is my other half.
susah rasa.tapi Allah sebaik-baik perancang. tiba saatnya, mak memberitahu tiket penerbangan di lewatkan sehingga 26hb April 2010. oh,masa tu dah gembira,mungkin mak sempat jaga aku kejap sebelum berangkat ke tanah suci. contraction started during the last week of pregnancy. never ever had false contraction before that. jadinya ingatkan akan bersalin before tarikh jangkaan iaitu 23hb. skali lewat. lupa, my beloved sister dah duduk serumah demi menjaga kakak kesayangan since kandungan 36mggu. :) so, urusan rumah banyak adik tolong. aku?dok umah,makan tanggung berak cangkung  tidur baring.

             ditakdirNya, mak sempat menunggu aku bersalin dan duduk menunggu di dewan bersalin temankan suami yang macam ayam berak kapur tgk aku separuh nyawa. HAHA. sampai skarang memang rasa lawak ingat. pucat okeh muka suami. padahal aku tak jerit ape. dah last2 minit baru nangis,rasa nk operate. yang suami cuak sebab dengar jiran bilik sebelah jerit2. sehari lepas tu MIL take turn untuk jaga aku masa confinement. dia volunteer sebab ni cucu pertama side suami.

 it's not feel the same like your own mother.awkward. 


              perkara paling aku takut lepas bersalin adalah buang air besar. ever since masa muda remaja aku dah dengar makcik2 dok cter pasal sakit beranak n after that. so dari situ dah macam2 perkara aku dok bayangkan. pada  aku lepas bersalin takde masalah. aku boleh tahan sakitnya. alhamdulillah. tukar pad,mandi, susukan bayi semua buat sendiri kat hospital. siap mandi lelama sebab basuh rambut peluh.  yang tak boleh handle aku ngeri untuk buang air besar. sanggup tahan 2 hari. bila dah tak tahan nk buang, aku duduk je, ta*ik nak kuar aku takut, takut luka jahit terbukak. azab ok. sebab sakit. sudahnya melalak dalam bilik air, suami masuk tengok dia join the club nangis tgk aku kesakitan.  =)

ubat pelawas aku makan, adalah duphalac. berkesan utk org bermasalah sembelit macam aku. ia tak effect baby.


             adik aku sangat membantu dan adalah sangat lega ada dia semasa mak tiada. macam2 hal aku tanya, MIL tak tau,so terpaksa telefon future MIL adik. (she's a nurse) agak lega di situ. masa tu orang pertama aku tanya pasal hal2 untuk elak sembelit adalah kak Leen. sangat terhutang budi dengan dia. then dayu. sampaikan pasal luka epi tu aku tny kak leen untuk confirmation. HAHA.  memandangkan adik dah tau kerenah kakak dia, dia la dok sental bilik air every weeks, tolong tukarkan cadar, tolong buat lawak masa kakak dia kesedihan rindu kat mak. i owe her.

            two weeks later, mak came home and kami pulang ke segamat. ok, episod sedih berpisah dgn suami bermula. 2 weeks bawah jagaan suami adalah sangat2 terkesan. sudahnya tetiap malam aku melalak before tido. dok sms/call dengan suami until tertido dgn lingangan air mata. *drama queen* tu yang buat suami sanggup tetiap minggu balik segamat n amik cuti untuk jengah kami di kampung. =) oh ye. aku adalah allergic dengan segala jemala jamu/air mandian/air basuhan luka. memang tak pakai. masa memula pakai tu, mcm beruk aku tergaru2. so luka epi adalah lambat baik. sudahnya mak terpaksa merawat dengan biji kani dan bacaannya. mother will always be a mother. no one can replace her. kejap je luka tu baik. ting! berurut, bertungku, barut, jaga baby waktu malam, semua mak buat. even baby nk susu mak tolong angkat n bagi. padahal aku boleh je buat sendiri.

kasihnya ibu membawa ke syurga.


           for me, confinement period is heaven. nampak sangat pemalaskan? HAHA. tapi ape yang aku tak nak tempuh sekali lagi adalah constipation. lepas ni nak beli pil phytonatal NR. so, next baby bila?hahahaha.
          





04 March, 2011

ingat 5 perkara

sebelum 5 perkara..
:)
memandangkan saat ini,tika ini sedang beringat
sebab masa senang singgang lapang kan,
tu yang tetibe ade.
ai know akan datang satu masa yg amat bz,yang buat rindu masa ini
itu adalah sesuatu yang biasa
sebab Allah takkan bagi kita senang selamanya
maka akan diuji kita supaya kita hampir dgnNya
selesai ujian,tika itu betapa lapangnya,betapa kita hargai nikmat yang Dia kurniakn :)

nak citer satu benda,
ai kawen masa tu ai keje,suami sedang belajar, tahun akhir
ihiks,nak buat camne,org soh blaja terus p keje pastu org habis blaja dia br nk smbg blaja..
kan dah?
see?ai kawen ngn student T________T
merasala hidup dgn gaji+duit Jp*a muahahahaha
tapi masa tu tidak susah, dan tidak senang
tapi sangat lapang masa.
p keje balik keje ade tukang anta,
ade org sedia berkhidmat..kihkihkih
boleh pegi mana2..(oh,masa tu dh bawak rijal dlm perut)
then abis blaja,suami teros dpt keje alhamdulillah
bermula saat getir,
laki keje kilang je,merasalah kalau ade shutdown/breakdown dia kena attend
merasalah si buncit ni dok umah sensorang smp kol 4am
kang baru smp umah ade call masuk,ade breakdown
repeated everyday. (tp bkn la setiap hari)
mencik tol.
seb bek sok pagi blh msk lewat. *evil*
then tukar keje lain,rezeki anak.alhamdulillah

now ai nak conclude,
ai can feel yg ni semua temporary saje,
when the time come,hectic life awaits.
so,for now rasalah ape nak rasa.
sebab semua org ade bahagian masing2.

terpulang bagai mana kita mentafsir dan menerima.
senjata mukmin adalah Doa.
kita boleh jadi ape sahaja,melainkan Nabi-MRH



22 February, 2011

maknanya dulu

first of all, ai nk tengs kat khai@mrs.zach bg ai masuk top 5...
macam jaman skola plak...asik dpt top 5..susah bebeno nk dpt no.1..
macam besa la,ai redo je...tho ai sedih,(TIPULA XSEDIH) tapi ai dh senyum :)
btw, aku suka kawan ngn ko mrs.zach...hari2 skodeng tgu entri ko...
TAMAT.

cter aku.
aku ade adik laki bongsu yang hamat manja,azab.
ngade dari kecik.
semua benda dapat.
mintak ape jua.
sure dapat.macam sekelip mata je.
cube kalau kitorg,jgnla harap!
yes,dulu memang ade unsur2 dengki n cemburu.
sampaikan ade ketika,kami 3 beradik sangatlah menyampah dgn perangai ngade2 adik bongsu,so aku ngn abg pakat.sorang pegang tgn,sorg pegang kaki,kitorg lempar adik bongsu ke tengah laman.
YES.LEMPAR ok? tahap tu.tapi idok le campak melambung,sbb dulu rumah kami ade laman,yg mana rumput karpet tebal tu menghiasi laman kecil.
ape lagi,meluncur la adik bongsu ke tengah laman tersentak ke pasu bunga.dia bangun,kibas2 bdn,nangis2...kitorg tutup pintu rumah. KEJAM? yes.sangat kejam.
tapi,bertitik tolak dari situ adik bongsu ade perubahan kecil.

sekarang,adik bongsu masih dapat ape jua yang dikehendaki, tapi aku dah xde feeling.
ia lebih kepada unsur menasihati.
ape yang aku jadi sekarang,adalah hasil ihsan dari Tuhan,didikan mak ayah dan persekitaran (idokla baik pon aku)
cuma, kesinambungan dari betapa payahnya aku nak dapat ape yang aku hendak,aku sedikit sebanyak belajar menghargai. belajar erti kesusahan.
agak berbeza dgn adik bongsu.
tapi sekarang,kak ngah yang garang ni sentiasa jadi tempat dia mengadu,mintak jd org tengah,mintak duit kadang2


masa zaman belajar,aku suka cabar diri
pergi mana2 sorang diri.
pernah buat mak menangis sebab risaukan aku.(baru tau bulan doblas lepas)
pernah,pulang masa hari raya tiada tiket,terpaksa naik bas loncat dari kl(pudu)-seremban-kuala pilah-gemas-segamat. tiba di gemas sudah rembang senja. berhenti maghrib. usai maghrib ke segamat. sepanjang perjalanan mak tak henti2 call.tanya keadaan. aku?tawakkal. di tangan terselit siap pisau lipat.
di sapa dgn mat2 motor/stanger byk kali.siap offer naik kete/moto.
tapi,kenangan tu melekat smp skrg.
betapa ia menjadi pemangkin semangat supaya tabah.
supaya tak lupa tika senang.
suami sering berpesan,kita tak akan sentiasa senang.
hendak hidup senang kemudian,mencapai impian,kena bersedia untuk susah dan diuji.
baru rasa betapa manisnya nikmat yg bakal kita syukuri.

ujian hidup aku baru sedikit,tak sehebat mana.
tak sekuat yang lain.
sebab Tuhan takkan uji hambaNya melainkan dengan apa yang mampu ditanggungnya.

kena ingat.
sihat sebelum sakit.
kaya sebelum miskin.
muda sebelum tua.
lapang sebelum sempit.
hidup sebelum mati.

p/s/s::sesiapa yang mengenali adik bongsu,usah disampai apa dicerita,kerana tugas menasihati ini perlu masa,perlu kelembutan.adik bongsu manja.

26 January, 2011

kenali sahabat

pernah aku ditinggalkan dengan pesanan
sebelum melangkah masuk alam lebih mencabar
jika anda mahu mengenali sebenar-benar sahabat
ajaklah 'sahabat'mu itu untuk bermusafir
tidur bersama dan makan bersama
seandainya kamu berasa lapang hati sewaktu bermusafir dengannya
maka dia adalah sahabat yang patut kamu hargai
 =)
alhamdulillah

alhamdulillah

alhamdulillah

aku bertemu sahabat-sahabat itu
sangatlah melapangkan dada
moga kamu bertebaran menjadi sahabat yang cemerlang
doaku mengiringi kamu

SAYANG KAMU!

03 March, 2010

pecah rumah n ragut

last 2 days (isnin) housemate adik aku kena pecah umah.....
actually yg aku xphm....
dia dok dlm uma,
then si penyangak ni pecahkn tingkap, theennnnnnnnn.....
boleh la plak bdk ni bukak either bukak pintu/penyangak ni berjaya memasukkan diri dlm uma....
haishhh....
if this happen la....b4 dia msk tu,bek ko p amik pisau kat dapur yg 2 3 jengkal je dr bilik...
tikam kan aje pencuri tu....
sian bdk ni....kena jahit kepala n tangan...
tangan siap kena tikam ngn gunting.....
too panic i think....
dlu...
time2 study, mmg aku p mn2 if sorg, kat tgn jgn ckp la....
ade pisau lipat aku sisip skali....hahahahha......
ko rapat la....mmg aku siku....
dlu,ade sipiiii je lagi nk kena libas mamat endon ni.....
mmg pengalaman.....
pengalaman wat aku yg lemah lembut ni choiiiiiii jd tabah wakakakakk
so.....
pengajaran dari citer ini,
jgn panik...bertenang.....