Showing posts with label anak susuan. Show all posts
Showing posts with label anak susuan. Show all posts

25 March, 2011

anak susuanku

Moga rezeki yang sedikit ini apabila dikongsi bersama dilimpahkan keberkatan dariNya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
agak beremosi kali ini pabila mencoret di sini.
tak pernah terlintas di dalam benakku akan dikurniakan nikmat ini.
biarpun sedikit,namun ia mencukupi.

"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim".            Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepadaNYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung.
Tiada aku tanpaNya. Tiada aku denganMu.
Tersuratnya di Luh Mahfuz,maka terjadilah ia.
ketahuilah wahai anak-anakku.. Ahmad Rijalluddinn Bin Harzawardi dan Cyrus Dzulqarnanin bin Adi Herman
bahawa kamu berdua merupakan adik beradik susuan.
Peliharalah hubungan yang terjalin.
Wahai anak2 sulungku...
Ditakdirkan Allah ummi melahirkan adik beradikmu yang lain,maka ingatkanlah mereka bahawa mereka saudara.
Haram bagi mu berkahwin sesama saudara susuan mu iaitu Cyrus Dzulqarnanin.
Kerana dalam dirinya mengalir darah ummimu.

Tiada yang utama bagi seorang ibu dari melihat anak-anaknya berjaya.
Ummi doakan anak-anak ummi diberi kesihatan yang cemerlang,jasmani rohaninya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Timbalah ilmu yang bermanfaat..jadilah kamu khalifah yang hebat.
Ummi di sini mendoakan yang baik-baik sahaja.

Di sini ummi coretkan nama ummi dan abah.
Nama ibu dan ayahmu.
Seandainya kami pergi dulu sebelum kamu,jangan putus kasih saudara.

 Harzawardi Hasim & Azriyani Md Yusoff

 Adi Herman Ab Basir & Nur Ana Baharudin

cyrus anak ummi & ibu..hahaha-nk jgk mira-