18 July, 2017

Mana yang di dahulukan?

I believe parents nowadays showing concern on their children school syllabus?  Setakat hari ini, rata2 memang macam2 pandangan yang aku baca. Ye lah, mak pak mana tak risau? Bohong la kalau aku kata aku tak risau. Ye. I am.

Tapi tidaklah risau melampau. Aku buat mana yang aku boleh bahagian aku, yang luar kawalan, aku serah kat Allah.

Berbalik pada sistem sekolah, i am never a fan of school nowadays.  Lol. Ni aku sendiri la. Tapi hantar tetap hantar ( setakat hari ini) lol lagi. Kenapa? Saje, tengok flow.

Rijal masuk sekolah tak reti membaca. Skala 1-10, 1 je ok. Tak tipu. Umi tulis ni pon supaya umi tak lupa, utk rujukan masa depan. Sendiri. Tapi logical thinking,  creative thinking, maths dia skala 1-10, 8. Itu kelebihan dia. Masa test, masuk la ko kelas hujung sebab tak score penulisan. Math full mark. Lol. Never mind, tak jadi masalah pon.

His happy going to school. Dapat pulak cikgu yang passionate.  MasyaAllah, Alhamdulillah. 1st impression yang baik untuk Rijal. Then tibalah masa untuk peperiksaan penggal 1. Sepanjang minggu exam, apa dia buat? Main. Tengok tv. Revision?  Xde.

No. 3 dalam kelas, keseluruhan darjah, beat budak kelas kedua. Kira bebudak ni layak naik kelas. Abah dia kata kat cikgu, tak pe cikgu. Saya mohon kekalkan Rijal kelas ni. Lol. Cikgu pon akur.

Sains n math ni makanan kira macam makanan ruji dia. Dia minat so dia ada effort sendiri untuk berfikir dan bermain dgn benda2 tu. Reading? Bm out, tapi dapat jugak A, English dia senang grasp, we'll see later.


Mana sekolah tak boleh buat, kami buat sendiri, eg, memanah, berkuda. Trekking.  Nak extra co, cari...kelas banyak. Tapi so far, aku still X untuk kelas tuesyen. Too young for that. Kelas robot xpe. Dia minat. Kelas sains luar dari cara sekolah, xpe...dia mintak. Latih tubi, membaca nanti dulu. Elok budak tu baru nak minat baca, mati terus kang minat.


Bila tengok syllabus sekolah, aku lebih risaukan si Fatimah. Dia critical thinking kurang. Otak kanan. But it's ok adik. Adik main puas2 dulu. Nanti tiba masa, adik ready inshaallah mudah.

22 April, 2017

Pantas

Dunia sekarang ni apa saja yang tidak mahu cepat? Pergerakan kena cepat, fast result, fast action. Semua nak cepat. Sampaikan perkembangan anak pon kita nak bantai cepat. Hujungnya, sapa yang sengsara?


Berbual dengan suami, perkara yang sama diulang² oleh prof yang mengajar. Pelajar sekarang semua nak cepat, result semua nak betul, kalau salah nak troubleshoot tak reti. Nak jawapan aje kejenya. Where did we do wrong? 


I see where and why. Spoon feed, not able to think out of the box. Haih. Belum cerita bab empathy lagi. Semua ke laut. It's hard eh? Too hard till we succumb to the eternal misery.


Habis. Bebel.


Haritu pegi endau-rompin, ya ampun...Sampai harini teringat meloncat² rasa happy. Anak apatah lagi. The ability to interact with others be it the same age or older, different gender don't need to teach, it's ingrained in them. 


Semakin yakin diri, macam biasa la, nk warm up tu kejap, lepas tu byeee umiiiii 🙄


Budak ni competitive, sebut je nama, meluru pergi nak lawan. Lawan sapa? Abg dia la. Sudahnya acara budak, dia berdua je yang bolot. 

Diorang ni homeschool saje, pra sekolah overall 3 bulan je, tu pon melalak tak nak pegi. So interaction diorg basically hanya family, jiran dan certain friends yang jumpa sekali sekala. So that beats all the people says duduk rumah tak reti interact bla bla bla.

Everything starts from home, and we still far from perfect and never will be. Semua manusia boleh menjadi pandai dengan syarat, USAHA hingga berjaya. Tidak boleh putus asa. And that's we taught them. Zikir harian. 😂 

Setakat ni, Rijal OK di sekolah, malah gembira dan sayangkan cikgu² di sini, tunggu feedback dia bila kami pulang ke Putrajaya. Jika environment tidak sesuai, Tuhan mengizinkan, maka kami akan full force untuk homeschool. Nak dapat guru yang mampu menghargai setiap bakat murid susah. So jalan kan banyak. Kita pilih saja mana yg sesuai. 

Kami rancang, Tuhan merancang, terapi Tuhan sebaik² perancang.





12 March, 2017

Berkembang

Nak post betapa kecewanya dengan sikap seseorang yang berpura², baik di depan, huduhnya di dalam. Tapi cancel lah. Tak kuasa la, walaupon sedih tapi ianya expected so relaxlah.


Bila anak yang makin besar pandai menghargai, tak lokek dengan penghargaan, apa yang kita rasa? Syukur sudah tentu. Dalam pada hari² dok membebel, gaduh, tapi bila sampai masa yang manis, alahai...Anak.


Bukan mudah nak mendidik anak di akhir zaman ni, sama ada kita akan terikut², menjadi lalang atau kekal dengan pendirian diri. Macam mana sesetengah kita yang gembira dengan berniaga, bekerjaya, punya hobi tersendiri, itulah kepuasan kita yang berbeza² begitu juga dengan aku.


Kepuasan yang tak terungkap bila mampu memberi sumbangan kepada masyarakat. Bila anak melihat dan berbuat. Walk the talk. Maka, bukan aku yang berbuat melainkan Tuhan.