Showing posts with label menceceh. Show all posts
Showing posts with label menceceh. Show all posts

23 May, 2014

hey yo...

Eh....baru nak tulis, tetiba terdengar adik kentut. Lol.

4Thn dan 2thn sudah mereka.
Seorang tu pemikir, sorang tu persistent.
Sorang memilih makannya, sorang tu suka makan.
Sorang lelaki, sorang lagi perempuan.

Bila nak tambah lagi sorang?
Bila ada rezeki, datang la dia, insyaallah.

Tapi dua orang ni memang lasak, cuma minat yang berbeza.
Yang sorang betul2 membawa maksud rijal insyaallah ditambah 'addin hujungnya.
Sorang lagi, ah...penyejuk hati seumpama hari jadinya. Insyaallah.


It is not easy being a modern mom. Should I say dunia akhir zaman's mom?
Temptation is everywhere.
Hanya Dia pemberi ilham.


Suami.
Anak.
Diri.

Kadang I need a break. I'll run free inside this jungle stone.
Perlu motivasi dari alam, dari Tuhan.
Jumpa alam, semangat berkobar.
Jiwa tenang.

Syukur atas apa yang dikurnia.
Ketenangan satu nikmat dari Tuhan.

25 January, 2013

kasih..

Sedang sedih semalam..

Suami pujuk dengan kata2,
     '' Siapa kejar harta, dapat harta, siapa kejar ilmu, dapat ilmu, ada yang lebih tinggi dari tu...sabar''

Kadang2 susah nak cerna maksud suami..berkias, pusing ikut situ, paham tang tu, corner sini, dapat itu...haish...

#garu ketiak.

03 April, 2012

two is enough.

hahaha...yes,that what i said to husband. asal kena amik darah, be it MGTT, hb test,FBC. semua aku  menyampah.

I hate needle. @#$$*&^

Masa mengandungkan Rijal lain cabaran dia. Mengandungkan adik lain pulak. Yang pasti, menguji sejauh mana tahap 'percaya' pada Dia. Sejauh mana fahaman tentang "Tiada daya dan upaya ku melainkan Dia"

Allahuakhbar.

Suami kata, semua itu datang dari Dia, bahagian awak untuk diuji. huhu...sikit je pon...

Bertabah dan berdoalah :)

21 February, 2012

oh kasihan....

sian dia...usang dah,buruk...bersawang sana sini. Nak buat camne, bukan penulis tegar. Anak bujang n baby#2 lagi tegar.

Alhamdulillah dapat kesempatan dan ruang untuk menulis masa rijal tengah morning nap, and i have nothing to do here. Tunggu masa lapar, turun bawah, cari makanan. Heh. kalau tak, bersusun keje rumah n nak melayan tuan raja kecik ni. Masa untuk berehat seketika, hanyalah waktu suami sudah balik keje. Busy mak.

I got the inner peace and redha untuk jadi surirumah baru-baru ni. Thanks to Kak Leen. =))

If not, ikhlas ku akui, susah gak nak terima. Otak ligat nak kerja, nak beat suami dalam bidang masing2. heh, aku ego tahu? Tak boleh kalah, lagi2 dengan suami sendiri. Sebab tu sampai sekarang,kadang2 study gak benda2 yang berkaitan. So that aku tau ape nak debate dengan suami. Oh...oh...ade benda suami sudah tentu kalah, iaitu tentang breasfeeding. HAHAHA

Bercakap pasal breasfeeding, Rijal still breastfeed. just that susu tak melimpah ruah lah macam dulu. Dah takd langsung rasa let down tu. Rinduuuu.... tapi, bila rijal lupa nak bf, mula lah nyut nyut rasa. bila picit cik N, nan ado keluar ape. just boleh nampak susu pekat yang lebih bila lepas rijal bf.  Oh ye, rijal pon dah consume fresh milk bila dia nak. mostly tanak. or bila berjalan je dia nak. or iikut suka dia lah. heh.

Baby adik sudah 28w. =)) so strong. lagi power kicking and smacking ummi dia compared abang Rijal. Adik...adik... Paling happy bila abg rijal tegur/borak2/nyanyi lagu Oh McDonald kat dia. Bukan main dia tendang n siku. Baby adik ni suka tendang pundi kencing ummi. Sakit wok. Abg Rijal dulu suka tendang ribs ummi,tu pon bila dah masuk 9 bln. Ni baru 5bln dah abis satu badan ummi kena -___-'' oh adik. Please ye, bila keluar behave.

Nampak gaya,aku bakal pecah rekod masa mengandungkan rijal which is 63/64kg. baru 7 bln pon sudah 58/59 kilooo.aigoo. kena usaha keras pasni utk dapat figure dulu. Yakin boleh!!! sebab adik n abang ade kan, sumber senaman paling mudah :)

lama tak tepek gambar rijal.

jap cari.

oh...xde....heeeee...

12 November, 2011

memories.

Aku teringat dulu, zaman kanak-kanak..riang sungguh, sampai waktu ini aku teringat, aku pinta pada mak,tidak mahu jadi dewasa.

Dulu,di depan rumah ada pokok jambu air, rendang berbuah. Ada semut hitam yang gemuk sering menyusur di dahan rendangnya. Tapi, semut2 itu adalah kawan aku. :) Kenapa? Sebab aku sering memanjat pokok jambu air  itu untuk belajar,untuk menyorok, untuk mencari ketenangan, untuk berfikir... Semut hitam di pokok jambu air itu tak pernah merayap atas badan aku. Tak percaya? :)

Pokok jambu air yang sering dirindui, kini sudah tiada..

Dulu, kami punya taman kecil di kawasan rumah kecil kami. Ayah tanam rumput karpet. Tahu? Best! Kalau nak bergaduh/berguling memang sesuai. Atas rumput karpet aku sering berbaring di waktu  malam merenung langit malam. Cantik. Bintang terserak di angkasa, bulan terang. Kadang2 macam wayang aku buatnya, bentang tikar getah merah putih, bawak biskut/susu panas, baring. Pelik?

Rumput karpet sudah tiada, diganti laman simen, tempat naungan kereta2...

Aku pernah bela tupai yang tertelan minyak tar, bela sampai gemuk, burung yang di serang hendap kucing sampai ia boleh terbang bebas. Kucing? mestilah.

I love animals.

Rijal nampaknya mewarisi minat aku.

Ah.....rindu sungguh zaman riang.. :)

20 October, 2011

sepi

tujuan asal menulis bukan mahu memuaskan hati sesiapa.
sekadar menulis untuk tatapan diri dan muhasabah diri.

cukuplah Dia bagiku.

Sahabat itu bilamana "sampai" perasaan tanpa di beritahu, kita susah dia "terasa" , kita tetap 

rindu walau jarang bersua - Cik Mailal


persaudaraan yang utuh atas kasih dariNya. Terima Kasih Tuhan.

16 September, 2011

Rezeki

Bila bercakap pasal rezeki, bentuk rezeki yang Tuhan datangkan pada kita dalam pelbagai bentuk. Semua harus disyukuri. Jangan sampai jadi kufur nikmat. 

Sesetengah dari kita dikurnia rezeki dalam bentuk harta yang melimpah, anak-anak yang ramai, kesihatan yang tak tertanding sihatnya. Wajib kita mensyukurinya. Bila datang dari Dia, sekelip mata jugak Dia boleh tarik. 

Guru aku pernah berpesan, jika kita lihat orang lain gembira dengan kejayaan/rezeki yang dia dapat, janganlah cemburu dan hasad dengki, didik hati untuk gembira dengan apa yang mereka peroleh, atas IzinNya harum mewanginya akan terserak pada kita. (dalam erti/pemahaman yang lain, itu salah satu cara kita untuk mendidik hati supaya tidak berhasad dengki pada orang lain)

Moga kita berjaya mendidik hati kita.

p/s: anugerah yang Allah kurnia ini datang pada masa yang sangat cantik. Hari kejadiannya juga teramat istimewa. Kala aku terduka seketika membujuk hati,terfikir hikmahnya, Dia beri aku jawapan. Ya Allah, besar sungguh kurniaanMu. 

six.

06 September, 2011

h.a.m.b.a

hari ini mahu bercakap tentang perempuan,wanita,lady dan yg sewaktu dengannya.

fitrah perempuan dijadikan lembut dan penyayang. Tapi bukan tiket untuk kau sayang lelaki bukan mahram kau membuta tuli. Lagi-lagi boipren/tunang. Tu takde ikatan yang SAH tahu? Aku agak sedih bila kaum aku rela membiarkan diri di bola-sepakkan. Kau pandai, ada rupa, tapi kau tak reti ke nak menilai mana baik mana buruk?

Oh, lupa. Cinta itu buta.

Jangan terlalu sayang pada lelaki (bukan suami) sampai keputusan untuk diri sendiri, kau biar lelaki (bopren) tentukan. Belum kahwin la dik non. Kot ye pon nak belajar patuh, not now.

Kak, saya sayang sangat kat dia.

Belajarlah menyayangi IBU BAPA cukup-cukup sebelum kau sayang lelaki (bopreng). Kau jangan jadikan diri hamba lelaki. Sebab kau HAMBA TUHAN. Bukan manusia.

Jauh lagi perjalanan untuk membiarkan diri dipermain, diperkotak-katik oleh jantan. Lelaki yang beriman tahu menghargai wanita yang menjadi isterinya. Kerana dia faham hukum Tuhan. Apa yang Tuhan letak dia sebagai ketua,sebagai pembimbing sang isteri.

Buka mata,buka hati, jangan sampai cinta membuta tuli.

02 August, 2011

Rijalluddinn

Alhamdulillah..masuk Ramadhan kedua,moga terus diberi kekuatan,ketahanan mental dan fizikal..

Dah lama tak tulis (kot) pasal anak bujang sorang ni. Masih di izinkanNya untuk menyusu. Usia pon dah menginjak 15bulan, tetiba je tinggi secara mendadak. Start perasan tetiba dia dah boleh capai kat sinki dapur. Bahaya betul.

Tahap perkembangan, alhamdulillah. Dah boleh bina ayat dari 2 perkataan. Biasanya nak _____. Yang nak je lah. Yang tak nak, dia main campak/luah/geleng/lari. Dari 1 suku kata dah naik 2 suku kata. Kalau kita tanya siapa nama Ahmad Rijalluddinn? dia angkat tangan. :) Anggota badan pon dah kenal. Kalau aku kata malu je (especially lepas mandi) dia akan cover his P.

One thing i notice, if dia fokus, ajar sekali dua je dah boleh ikut. Masalahnya main je lebih. Budak lelaki. Tang mengemas tengah latih. Kadang ikut, kadang malas. Lepas mandi tau dah mana nak letak baju kotor. Tang menyepah mainan, memang hobi. lepas sepah, bukan nak main, tinggal gitu je. Sabor je la....

Makan still camtu, agak2 dia tanak makan, dia puasa, main je...pastu berak bebanyak. dah tu baru makan. agaknya tank dah kosong baru makan secara dahsyat.

Bulan puasa ni, aku baru nak bgn sahur, dia pon sahur,pastu tidur. buka pon sama. macam dia pulak puasa.. :)

01 August, 2011

Marhaban Ya Ramadhan

 :)
alhamdulillah diberi nafas untuk bertemu sekali lagi di bulan penuh barakah ini..
suami sudah kembali ke pangkuan, sampai je di rumah manis kami sudah mula meminta untuk memasak. rindu katanya. :)

cabaran puasa kali ini kerana masih menyusukan anak sulung, kerana tahun lepas kecundang beberapa kali akibat pitam dan gastrik melampau. moga tahun ini daku dipinjamkan kekuatan dan kesihatan yang baik serta dimurahkan rezeki Ahmad Rijalluddinn.

moga kita mencari ruang untuk menambah amal soleh di bulan yang penuh keberkatan ini.

22 June, 2011

ai het chuuu!!

For the rest of my life, I'll hate u!!

Kau buat aku berdebar-debar,adrenalin rush hingga membuat kepala ku pusing!

Orang tua-tua kata,jangan benci,nanti sayang. Heh,takde maknanya aku nak sayang kau!

Tak patut kau kacau aku waktu aku tidur mahupon memasak. Senang kata,kehadiran kau tak dialu-alukan. Datang tak diundang,pergi tak dihalang. Tapi aku tak akan biarkan pergi bernyawa. Mati akan ku suruh suamiku kau kerjakan.

Ape?aku tak nak kotorkan tanganku yg bersih ni demi kau la Lipas. Bukan takut. Kamonla!

Terlalu banyak memori pahit antara aku dan engkau. Kau banyak menjatuhkan air muka ku yang macho ini. Kau menyebabkan semua temanku tahu 'my other side'. Hei,lipas! Kau tau tak betapa gahnya aku dikalangan temanku. Mereka kata aku wanita besi. Ape ada hal bermain dengan ular, katak? Tapi sebab kau, aku dah jadi wanita agar-agar. Hancur musnah kredebiliti ku!

Takpe lipas. Aku ada bodyguard gagah perkasa. DUA orang kau tau! Jangan memain. Bodyguard kedua akan aku asuh supaya boleh melindungi aku dari serangan kerabat kau yang tak guna.

Kau siapla. Suami ku pulang dari kota, kau akan mati....matiiiii....hahahahaha

p/s: kenapa lipas terbang?busuk plak tu..

17 June, 2011

dengarlah.....

jeritan batinnnkkuuuu...

#nampak bebenau aku dah mereng.
macam2 dalam kepala.
jalan dah nampak.
tapi masih kabur.
mudah-mudahan jelaslah ia.

#how i wish i could just spit it out. tapi sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

#semalam sewaktu serabut,dalam kereta anak manja membawa keluar tafsir Quran dan membukanya. Lalu terjumpa ayat ini.
An-Nisa : 148 : Allah tiada mengasihi mengeraskan perkataan yang jahat,kecuali bagi mereka yang teraniaya. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Tenang jiwa membaca. Dihuraikan oleh suami pada malam hari.

#Moga lapangnya jiwa kita. Moga ucapan seiring dengan perbuatan.

#Maka, berdiam diri lagi elok. Tidak mengapa di kata kerana berdebat dengan orang jahil membawa kita terjerumus ke lembah kejahilan.

sudahlah,sebelum kata yang tak sepatutnya ditulis tertulis.

P/s: anak bujang ''Awooobabarrr!!''= Allahuakhbar =)

16 June, 2011

penambah perisa

adalah masalah dalam hidup.

serabut.

tapi, moga nampak hikmah dan jalan penyelesaiannya.

kerana kau tahu itu adalah ujian.

maka kau harus mencari jalan keluar.

bertenang.



p/s: manusia biasanya nampak kuman diseberang, malah menunding-nunding akan jarinya ke sana. hakikatnya, gajah didepan mata bakal menyerang sebab kau telah jolok sarang tebuan. eh,ape aku merapik????

12 May, 2011

fatty liver

Biasa dengar iklan Fatty Liver di television anda? Masalah kegemukan, kurang berat badan? Sejujurnya aku benci melihat dan mendengar iklan sedemikian. Nampak bebeno menipunya.  Kamon la, mana ada jalan senang nak kurus. Bagi aku semua tu propa je lebih dan banyak mendatangkan kesan buruk di kemudian hari.

Hendak kurus kena usaha.

Pemakanan kena jaga dan jangan lupa bersenam. Sejujurnya, aku sangat susah untuk bersenam sendirian sekarang. Maka, jalan mudah adalah bersenam dengan anak bujang. Menari, berlari bersama-sama si kecil adalah menghiburkan dan mengeluarkan peluh. Yes, I'm health freak. Sebab keluarga sebelah mak dan ayah punya penyakit keturunan iaitu diabetic dan heart attack. Mak sering memomok-momokkan tentang semua jenis penyakit tu. Agak ketakutan jugalah.

But I love food so much.

Takde masalah, selagi piramid makanan di jaga dan bukan semua makanan disumbat seperti tiada hari esok. Kudapan aku adalah coklat dan buah-jika ada buah yang berkenan di hati- malah sebagai ibu yang menyusukan anak, ia adalah bonus kerana kandungan kalori akan terbakar sepanjang proses penyusuan. Air kegemaran adalah air kosong. terima kasih mak. Tipulah aku tak minum air manis; teh tarik, hot choc, nescafe ais, ICE CREAM tu semua all time favorite. Tapi, jarang diambil kecuali jika dine out sahaja dan air kosong akan menjadi penutup setiap hidangan.  

---------oh aku skema plak lepas baca artikel $%^&*((-------------------------------

Tubuh kita hanya pinjaman dari Dia, nanti esok akan di soal bagaimana kita menjaganya. :) Pernah jugak aku kena sekolahkan oleh orang2 yang sedap mulut ni. Tapi, orang yang macam ni nak je aku tayangkan cermin besar suruh cermin diri. haih,geram pon ada. Sendiri cari penyakit, bila penyakit datang mula membebel salahkan itu ini. Susah jugak orang yang tak sedar diri ini. Bala...bala....

Now, mission mahu keluarga kecilku sihat. slowly, xpe...nanti dah biasa akan jadi sedap. Jangan hendak kurus kerana cantik, tapi kerana sihat. sebab dengan kesihatan maka badan boleh beribadah.  :)


p/s : badan cantik bonus, hati cantik lagi bonus. marilah sihat.

04 May, 2011

angin kus-kus

Bolehkah sekiranya aku nak mengatakan yang I Hate PMS? hahaha..memang, menguji betul kesabaran kalau hormon bertempiaran macam habuk-habuk tepi jalan. Macam tak semenggah perasaan ni, oh dugaan sungguh. Memang berbeza keadaan sebelum dan selepas di datangi cik P. Mangsa kegawatan ekonomi adalah suami sendiri, takkan orang lain. Nasib baik dia sudi melayan..kalo tak sudi, agaknya KITA BAKO!!!!

              Semenjak duduk rumah goyang perut ni, dah takde ME time. meggi time mmg dilarang, skali skala boleh la. :) so agak2 tension, btau je la suami "abg, mahu keluar sorang kejap boleh?" "pegi mana?" "rahsia"  so suami yes kan, berdesup la daku membawa kereta pegi ke bakery je pon..HAHAHA.. beli roti n pastry yang sedap2, makan sambil drive balik, selesai.. PATHETIC? Not for me.. sbb utk release tension aku adalah salah satu cara adalah makan selain dari bersenam yang gila. Yes, kalo sewel lagi, marilah berlari laju2, kuarkan peluh, atau pun serah anak pada suami sental bilik air sampai shining2 tak kira masa.

             Di sebabkan angin puting beliung tu lah aku dilanda kemalasan update blog. Sampai satu tahap aku rasa internet ni useless. kuikui. Layan Rijal melukis n membaca lagi bagus. see? aku dah merepek..sblm repekan jadi histeria, baik out dulu, muhasabah diri sat, supaya jadi munasabah. :)

15 April, 2011

recap:confinement period.

****entri yang panjang****


ever since Rijal is going to turn 1 y.o in 10 days, i would like to recap what i had been facing before.
macam2 perasaan rasa, flash back.

            aku diberitahu bahawa mak ayah akan berangkat ke tanah suci sejak kandungan berusia 7 bulan. dah rasa resah gelisah sebab mak bakal tiada masa aku melahirkan.
how come? i need her. she's my mother.
kemudian bila mengenangkan akan dihantar berpantang di kampung, dah rasa sedih kena tinggalkan suami.
how come? he is my other half.
susah rasa.tapi Allah sebaik-baik perancang. tiba saatnya, mak memberitahu tiket penerbangan di lewatkan sehingga 26hb April 2010. oh,masa tu dah gembira,mungkin mak sempat jaga aku kejap sebelum berangkat ke tanah suci. contraction started during the last week of pregnancy. never ever had false contraction before that. jadinya ingatkan akan bersalin before tarikh jangkaan iaitu 23hb. skali lewat. lupa, my beloved sister dah duduk serumah demi menjaga kakak kesayangan since kandungan 36mggu. :) so, urusan rumah banyak adik tolong. aku?dok umah,makan tanggung berak cangkung  tidur baring.

             ditakdirNya, mak sempat menunggu aku bersalin dan duduk menunggu di dewan bersalin temankan suami yang macam ayam berak kapur tgk aku separuh nyawa. HAHA. sampai skarang memang rasa lawak ingat. pucat okeh muka suami. padahal aku tak jerit ape. dah last2 minit baru nangis,rasa nk operate. yang suami cuak sebab dengar jiran bilik sebelah jerit2. sehari lepas tu MIL take turn untuk jaga aku masa confinement. dia volunteer sebab ni cucu pertama side suami.

 it's not feel the same like your own mother.awkward. 


              perkara paling aku takut lepas bersalin adalah buang air besar. ever since masa muda remaja aku dah dengar makcik2 dok cter pasal sakit beranak n after that. so dari situ dah macam2 perkara aku dok bayangkan. pada  aku lepas bersalin takde masalah. aku boleh tahan sakitnya. alhamdulillah. tukar pad,mandi, susukan bayi semua buat sendiri kat hospital. siap mandi lelama sebab basuh rambut peluh.  yang tak boleh handle aku ngeri untuk buang air besar. sanggup tahan 2 hari. bila dah tak tahan nk buang, aku duduk je, ta*ik nak kuar aku takut, takut luka jahit terbukak. azab ok. sebab sakit. sudahnya melalak dalam bilik air, suami masuk tengok dia join the club nangis tgk aku kesakitan.  =)

ubat pelawas aku makan, adalah duphalac. berkesan utk org bermasalah sembelit macam aku. ia tak effect baby.


             adik aku sangat membantu dan adalah sangat lega ada dia semasa mak tiada. macam2 hal aku tanya, MIL tak tau,so terpaksa telefon future MIL adik. (she's a nurse) agak lega di situ. masa tu orang pertama aku tanya pasal hal2 untuk elak sembelit adalah kak Leen. sangat terhutang budi dengan dia. then dayu. sampaikan pasal luka epi tu aku tny kak leen untuk confirmation. HAHA.  memandangkan adik dah tau kerenah kakak dia, dia la dok sental bilik air every weeks, tolong tukarkan cadar, tolong buat lawak masa kakak dia kesedihan rindu kat mak. i owe her.

            two weeks later, mak came home and kami pulang ke segamat. ok, episod sedih berpisah dgn suami bermula. 2 weeks bawah jagaan suami adalah sangat2 terkesan. sudahnya tetiap malam aku melalak before tido. dok sms/call dengan suami until tertido dgn lingangan air mata. *drama queen* tu yang buat suami sanggup tetiap minggu balik segamat n amik cuti untuk jengah kami di kampung. =) oh ye. aku adalah allergic dengan segala jemala jamu/air mandian/air basuhan luka. memang tak pakai. masa memula pakai tu, mcm beruk aku tergaru2. so luka epi adalah lambat baik. sudahnya mak terpaksa merawat dengan biji kani dan bacaannya. mother will always be a mother. no one can replace her. kejap je luka tu baik. ting! berurut, bertungku, barut, jaga baby waktu malam, semua mak buat. even baby nk susu mak tolong angkat n bagi. padahal aku boleh je buat sendiri.

kasihnya ibu membawa ke syurga.


           for me, confinement period is heaven. nampak sangat pemalaskan? HAHA. tapi ape yang aku tak nak tempuh sekali lagi adalah constipation. lepas ni nak beli pil phytonatal NR. so, next baby bila?hahahaha.
          





13 April, 2011

ah..

          bekerja sepenuh masa di rumah memang mencuri masa untuk diri sendir,dan juga blog.tulis diari pon leh sangkut,apetah lagi belog.tapi,aku puas.bila pandang balik waktu2 yg lalu,memang tak pernah terlintas/terfikir akan berada di sini.Allah Maha Mengetahui.

          Tahun sudah,aku tak boleh nak meniarap seperti sekarang.sebab perut buncit menghalang.percaya atau tidak,sehari selepas bersalin aku cepat2 meniarap,saje lepas gian.waktu itu aku dah start cuti tanpa mengetahui akan overdue.sibuk la aku mengganggu kehidupan dayu.sikit2 tanya dayu.HaHAHA. Maaf dayu,member2 lain xde yg mengandung waktu itu.

Malam ni aku menulis guna skrin henpon cokia.tanpa tahu ape kesudahan entry ini.sebab,byk kali jadi,tulis panjang berjela,hilang.

         Tahun ini anak akan berubah tittle,dari bayi kepada toddler(ape ek toddler dlm BM?)alhamdulillah,sebelum menginjak usia setahun sudah mampu berjalan dan bertutur sedikit atas izin Nya. Itu pun dah ade suara sumbang cakap anak aku lambat.kesian.takyah nak berdebat dgn org kurang ilmu.membazir.percaya pada kebolehan anak2,insyAllah mereka akan membesar menjadi insan yang yakin diri.

          Memandangkan tahun ini aku sudah tidak menyandang jawatan bertajuk,maka suara sumbang terus kedengaran. Mereka lupa,aku dan suami yang berhak mencorak kehidupan kami sendiri (tak lupa dgn redha ibu bapa dan guruku) tapi,tak mengapa.mungkin di mata mereka,aku masih budak hingusan yang sering memanjat pokok bila pulang ke kampung. Senyum sudah.

Aku percaya pada janji Tuhan.tapi bila Dia mahu mengujiku,berhalilintar jiwa.terduduk menghela nafas,meminta bantuan. Aku yakin,satu hari nanti apa yang diangan-angankan akan jadi kenyataan,sebagaimana aku tidak menyangka apa yang boleh aku perolehi ketika ini. Yang penting,usaha sungguh2 baru menyerah.

Nah,percutian kami ke kampung halaman suami.sambil menyelam minum air. =)
boifren ai.

06 April, 2011

ketakutan

sebab anak bujang tgh sedap tdo,so boleh la nk merapik bebanyak..
biasa dengar perkataan ni kan.
claustrophobia.
eheh.
dulu aku tak sangka aku ade mendalah ni.
kalo cokelat ok gak.
tapi bukan.

Claustrophobia (from Latin claustrum "a shut in place" and Greek φόβοςphóbos, "fear") is the fear of having no escape and being closed in (opposite: claustrophilia). It is typically classified as an anxiety disorder and often results in panic attack, and can be the result of many situations or stimuli, including elevators crowded to capacity, windowless rooms, and even tight-necked clothing. --wikipedia
tomel...


disebabkan masa kecik2 dulu tdo kat katil double decker
aku slalu mimpi terperangkap dlm kotak (if tdo bwh,if tdo atas pagi sok aku kat lantai)
tapi tade amik pusing pon.
until aku p join outdoor,kena tdo dalam khemah.
suddenly badan jadi sweaty,nafas laju n rasa mcm pening sket
bila kuar dari khemah,OK.
masuk,KO.
masa tu aku realise something wrong.
masuk cave pon sama.

if aku p outdoor,mmg khemah jadi tempat aku tukar baju etc etc.
bukan tmpt tdo.
tmpt tdo aku adelah dalam sleeping beg n merata2.
so kalo ade minatang ke embun ke,aaaa tak kisah...wa tabur belerang.
jgn letak wa dlm khemah ye. tq.
penah kena paksa tdo dlm khemah,end up aku p angkut sleeping beg join the guys borak smp subuh.
aku lepak pangkin,depa dok bawah,last2 aku membuta.
taktik berjaya.
tu tak masuk cter masa lepak nampak hantu-kak-limah-terbang,
tapi tu xkisah. =)

until now,kalo bilik yang aku kena tdo sempit mmg hell la.
susah ok mau tdo.
then again aku ni jenis manusia suka challenge,so blasah la.
hazab pon hazab la.
lawan.
nk sesak napas ke ape ke, lantak.
deep breath,kentut..silap,hembus..
lelama ok.
so tahap kronik tu from 1-10 adalah 2.
tade teruk mana...tapi seboleh2 aku tak avoid tempat sempit.
kalo ade habuk,lagi reject.hahahaha.

lain padang,lain belalang.

i am a loud person.
trust me.
if i don't agree with something n something is wrong(for me),i'll voice out.
so true,my previous bos will send me out to sort out something.heh.
but
sometimes,i tend to just speak inside my head.

ia akan mengikut situasi semasa.
bukan semua tempat aku akan bercakap lantang.
ada masanya malas nak amik kisah.
ada masanya terasa perlu.
sebab manusia dijadikan Tuhan berlainan hati dan perasaan.

bila mahu menegur seelok2nya berhikmah.
jangan sampai mengaibkan/menjatuhkan maruah orang lain.
pandang sesuatu dengan pelbagai perspektif.
jangan sempitkan minda.

sebagai manusia biasa,adalah lumrah bila terlintas sesuatu yang buruk
tapi wajarkah kita memburukan sesuatu yang telah sedia buruk?
semakin usia menginjak dewasa,semakin perangnya warna rambut akibat dihujani uban
seharusnya tahap kematangan meningkat,bukan menurun.
tetapi segeram mana,sebenci mana kita dengan sesuatu
tak usah dilayan hasutan syaitan
nanti kepala runsing,hati pedih,siapa yang sengsara?
tak gitu Dr.Gigi? -aha,aku tau ko baca ni-

31 March, 2011

haaaaa......

rindu nk menulis..
tp kekangan waktu n more important stuff to do..

...abah (FIL) dah takde,alfatihah..
...suami jadi anak yatim sudah..sian..tp,alhamdulillah semua sudah selamat n bertenang...

....few words from rijal: cat,bird,nanak(tanak),nenen,abah(dh lama) mimi(ummi)...
....masih berjalan jatuh,lom jalan betul2....
....soon to be toddler,sodih n gembira....

......bulan March=bulan berjalan non-stop,every week kami tiada di rumah,menginap di luar kawasan =).....

insyaallah,sampai seru update secara cantik.
:)