21 October, 2010

KUANTITI VS KUALITI AIR SUSU IBU & RAHSIA PEMBENIHAN ZURIAT


( Entri ni dikopi pes dari susuibu.com dari norhafiza...entri pemangkin semangat untuk terus menggali ilmu)

**Mohon maaf kerana membuka thread baru, hanya benar dan ikhlas untuk berkongsi dengan kalian semua rahsia ilmu ALLAH yang sangat luar biasa luasnya...untuk memudahkan penyemakan dan pencarian dilakukan...moga diberkati-NYA usaha secebis ini untuk kemaslahatan dan kebahagiaan umum...


---------------------------------------

Dengan nama ALLAH Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

Pastinya ramai yang tertanya-tanya, apakah episod cerita yang sedang berlaku pada seorang ibu bernama Norhafiza di sini dahulu yang begitu ingin menyusukan anaknya 2 tahun penuh tanpa solid food itu...? :)

Untuk pengetahuan semua, sewaktu sehingga sekarang usia anak saya yang sudah mencecah 16bulan++, alhamdulillah dalam kehendak PENCIPTA, susu uminya masih lagi setakat ini adalah makanan utamanya... :)

Pernah dalam 2 minggu lepas dalam masa 2 hari saya langsung tak makan apa2, cuma sekadar minum air masak (air tapis) sahaja (sulit untuk diceritakan sebabnya), tapi alhamdulillah bekalan susu (direct feeding) cukup untuk keperluan anak saya dalam masa 2 hari itu walau anak saya dalam masa 2 hari itu langsung tidak menyentuh apa-apa makanan lain...

Sedangkan kalau dilihat secara mata kasarnya, air susu saya pada waktu itu dan sekarang ini sudah memang terlampau sangat sedikit, tetapi dibukakan-NYA lagi pencerahan kepada saya bahawa yang penting bukanlah KUANTITI susu, tetapi KUALITI susu yang terjana...

Contoh mudah, jika kita letakkan segelas setiap satu air zam-zam, air tapis RX-Water, air tapis Dr Sukida, air masak, air paip, dan air mata air, jika kita check, setiap jenis air itu punya gelombang tenaga yang sangat berbeza WALAU SECARA MATA KASARNYA semuanya adalah DALAM BENTUK FIZIK/RUPA YANG SAMA dan DALAM JUMLAH KUANTITI YANG SAMA...

Perbezaan tenaga yang sangat nyata akan dapat dikesan bila perbandingan tenaga dibuat antara contohnya air zam-zam dan air paip...WALAU RUPA DAN AMAUNNYA SAMA tapi tenaga yang terhasil dari air zam-zam walau diambil secawan kecil langsung tidak boleh diukur dengan air paip kebolehtenagaan positifnya itu...

Jadi secara asasnya, begitu juga air susu kita, tenaga yang terhasil pada air susu si ibu A contohnya mungkin sangat berbeza dengan tenaga yang terhasil dari air susu si ibu B...

Point penting yang saya nak berkongsi di sini adalah janganlah kalian semua terlampau fokus cuma untuk memperbanyakkan jumlah KUANTITI air susu sahaja, tapi terlampau pentingnya juga untuk kalian semua fokus pada usaha untuk MENINGKATKAN KUALITI AIR SUSU YANG DIHASILKAN jika benar kalian ingin memberikan yang terbaik buat si permata hati...

Asasnya melalui pemerhatian dan kajian yang telah dibuat (terlampau panjang ruang yang diperlukan kiranya untuk bercerita bagaimana asas ini dibentuk), secara mudah, KUALITI TENAGA pada air susu kita boleh ditingkatkan (dan sebaliknya juga akan sangat merudum ketiadaan tenaganya jika faktor ini diabaikan) melalui 4 cara,

1) pemakanan ibu (bersih, halal dan suci) = 10%
2) akhlak ibu (tenang, sabar, dan lain-lain akhlak terpuji) = 65%
3) gaya hidup, persekitaran kerja dan tempat tinggal ibu = 18%
4) lain-lain (perlu ruang banyak untuk dihuraikan) = 7%

Jadi, pengkhususan sepatutnya yang perlu kita fokuskan bukanlah semata-mata pada makanan apa yg sepatutnya diambil oleh ibu yang menyusu, tetapi apa yang sangat ramai dari kita yang terlepas pandang adalah dari segi penjagaan emosi dan penjanaan akhlak yang baik dari ibu yang menyusu...sangat besar rahsianya bila Rasulullah SAW mengajar kita, "JANGAN BERIKAN ANAK KAMU MENYUSU DENGAN PEREMPUAN GILA KERANA AIR SUSUNYA BERACUN"

Kerana gila itu adalah sejenis dari bentuk akhlak yang negatif...lagi sangat indah hadis Rasulullah SAW yang lain, "SESUNGGUHNYA AKU DIUTUSKAN UNTUK MENYEMPURNAKAN AKHLAK YANG MULIA"...ada rahsia sangat luar biasa di sebalik mereka yang mulia dan hebat akhlaknya dari segi kesihatan dan juga kebolehmampuan merasai ketenangan yang sangat mendamaikan sewaktu sementara berada di dunia yang pastinya akan binasa ini...

Telah diberikan-NYA sedikit pencerahan kepada saya dalam kebolehmampuan untuk menghuraikan secara saintifik kaitan antara 4 cara di atas serta peratusan tenaga yang terhasil atau tersusut pada sistem tubuh melalui kaedah penjelasan dalam bentuk gelombang (kerana tenaga boleh diukur melalui bentuk gelombang), tapi di sini saya takkan panjang lebarkan penjelasannya kerana memerlukan ruang yang sangat besar pula...

Cuma sekadar untuk pengetahuan, beberapa orang pensyarah berpangkat PHD dan ramai orang-orang terpelajar telah didatangkan-NYA untuk berjumpa dengan saya (dalam kehendak ALLAH) untuk hal ini dan telah kita terangkan kepada mereka pembongkaran ilmu ALLAH ini setakat mana yang dalam kehendaK ALLAH.

Satu lagi pembongkaran kecil berkaitan "kaedah" penghasilan zuriat, bagaimana faktor akhlak dan adab suami isteri sewaktu hubungan kelamin dilakukan yang dalam kehendak ALLAH pada waktu itu terjadinya pembentukan zuriat, sangat punya kaitannya dengan bagaimana terprosesnya DNA yang sungguh unik pada benih yang tercipta yang mana akan bagi pengaruh yang sangat besar pada pembawakan anak yang akan terhasil..

Pernah tak kalian terfikir kenapa budak-budak sekarang ini terlampau hyper aktif? tak dengar kata? tak boleh ditegur? Inilah sebenarnya hasil daripada hubungan kelamin yang dilakukan penuh dengan nafsu serakah semata-mata...lambakan video lucah di internet dan macam-macam lagi faktor penyumbang yang mempengaruhi kepada penghasilan akhlak dan adab yang buruk suami isteri sewaktu hubungan kelamin yang halal itu berlaku...kerana keinginan untuk meniru apa yang dilihat dan lain-lain yang sewaktu dengannya...

Contoh paling mudah, nasi goreng, halalkan untuk dimakan...tapi kalu kita makan nasi goreng itu tanpa baca bismillah, makan dengan gelojoh, ikut nafsu terlampau, maka kita makan dengan syaitan bukan? begitu jugalah hubungan kelamin, benar ianya halal, tetapi dengan akhlak dan adab yang teruk, maka hubungan bersama kita itu juga SAMA-SAMA "disertai" syaitan, dan sangat malanglah kalau sekiranya pada waktu itu dalam kehendak ALLAH terjadinya pembenihan zuriat; kerana banyak "akhlak syaitan" biasanya akan "terekod" dalam rahsia DNA zuriat yang terbentuk...

Jika benih yang terhasil itu tidak elok, jadi walau ianya "ditanam" di tanah yang subur / persekitaran tempat tinggal yang baik pun kebarangkalian untuk ianya ditimpa "penyakit" sangat tinggi, apatah lagi jika benih yang tak elok diletakkan di tanah yang tandus / persekitaran yang tak baik...?

Dan ingat kita tidak tahu bila akan terjadinya pembenihan, maka sentiasalah berakhlak dan beradab sewaktu melakukan hubungan kelamin...pelajarilah adab sebagaimana yang telah diajarkan Rasulullah SAW tentang hal ini...lakukanlah hubungan bersama itu dengan penuh kasih sayang kerana ALLAH...

Cukuplah setakat ini dahulu dan saya mohon maaf sangat-sangat kerana kebarangkalian untuk saya membalas komen-komen di sini sangat tipis kerana banyak tugas yang terpikul di bahu ini yang harus dilaksanakan...cuma insyaALLAH kiranya dilapangkan-NYA ruang dan waktu, saya akan menulis lagi di sini pembongkaran-pembongkaran rahsia ilmu ALLAH yang tersangatlah luar biasa luasnya itu...


Catatan tambahan: insyaALLAH minggu hadapan kami sekeluarga akan ke Tanah Suci mengerjakan umrah (mohon doa kalian), dan untuk memudahkan urusan ibadat, kami bersepakat untuk menyunatkan anak teruna kami ini...dan alhamdulillah, minggu lepas di usianya 16bulan, anak teruna kami ini telah dikhatankan di sebuah poliklinik di sini dengan kaedah biasa (injection bius yang tahan setengah jam)...ramai yang mengatakan bila anak lelaki dah boleh berjalan, jangan khatankan sebab dah sangat susah untuk dijaga, tapi alhamdulillah pada hari pertama dia dikhatankan lagi, dia dah berlari-lari anak bermain dan pada hari itu sahaja dia dah main air / mandi tiga kali...kami ini sangat lemah tapi kami sangat berharap dan sangat bergantung harap pada YANG MAHA HEBAT...maka YANG MAHA HEBAT lah yang akan memberikan kemudahan...jadi bergantung harap dan bersangka baiklah pada YANG MAHA PENCIPTA...insyaALLAH kita semua akan mendapat keberkatan...aamiiin...

No comments: