23 November, 2011

lima belas dan menghampiri sembilan belas

Bulan yang mengambil masa suami saya dan abah anak saya. Terlalu sibuk sampai Rijal tahu protes abah balik lewat. Nak buat camno, kijo. Pasni sebulan cuti,kita holiday ye abg?ekekeke

At 15w, baru dapat buat buku pink. Hehe. Asyik delay + suami dok sibuk sana sini. Later on scan pulak, kita tengok baby ye. Nanti jangan memalu.. :) Still takde appetite. Berat pon turun, kesian..time Rijal, loya+muntah tapii selera besar..tak pernah tak naik berat. Now, at 15w 48kg je..tapi as long kami sihat,alhamdulillah..Kadang2 boleh rasa baby golek2 dalam perut, Rijal suka sangat pegang perut n kiss. Tah paham tah tidak.

Rijal.

Makin keletah. Banyak words yang dia sebut then simpan. Depan orang jangan harap la nak bercakap, melainkan menyoal, ni ape?nape? Once in a blue moon tetiba dia baca abc,a ba ta, nine tennnn...ikot mood.
Tantrum alhamdulillah dah hilang. Cuma perangai suka melepuk orang ada lagi. I wonder, apa dia nak buat sebenarnya.

Alhamdulillah, still breastfeeding. Tandem i guess. Kadang tu bukan nak susu sangat pon, just seeking for comfort. Disebabkan itulah, dah bape kali kena plugged duct. Luka dah 2x. Nangis. Rasa nak tercabut je N.
Harapan dan doa,moga dapat menyusukan Rijal until 2y.o. Pastu,doa2 moga dia stop dengan sendiri. By time adik keluar dah lepas 2thn pon. :)

Hm...i pray for the smooth journey and healthy body for all...

12 November, 2011

memories.

Aku teringat dulu, zaman kanak-kanak..riang sungguh, sampai waktu ini aku teringat, aku pinta pada mak,tidak mahu jadi dewasa.

Dulu,di depan rumah ada pokok jambu air, rendang berbuah. Ada semut hitam yang gemuk sering menyusur di dahan rendangnya. Tapi, semut2 itu adalah kawan aku. :) Kenapa? Sebab aku sering memanjat pokok jambu air  itu untuk belajar,untuk menyorok, untuk mencari ketenangan, untuk berfikir... Semut hitam di pokok jambu air itu tak pernah merayap atas badan aku. Tak percaya? :)

Pokok jambu air yang sering dirindui, kini sudah tiada..

Dulu, kami punya taman kecil di kawasan rumah kecil kami. Ayah tanam rumput karpet. Tahu? Best! Kalau nak bergaduh/berguling memang sesuai. Atas rumput karpet aku sering berbaring di waktu  malam merenung langit malam. Cantik. Bintang terserak di angkasa, bulan terang. Kadang2 macam wayang aku buatnya, bentang tikar getah merah putih, bawak biskut/susu panas, baring. Pelik?

Rumput karpet sudah tiada, diganti laman simen, tempat naungan kereta2...

Aku pernah bela tupai yang tertelan minyak tar, bela sampai gemuk, burung yang di serang hendap kucing sampai ia boleh terbang bebas. Kucing? mestilah.

I love animals.

Rijal nampaknya mewarisi minat aku.

Ah.....rindu sungguh zaman riang.. :)