12 November, 2011

memories.

Aku teringat dulu, zaman kanak-kanak..riang sungguh, sampai waktu ini aku teringat, aku pinta pada mak,tidak mahu jadi dewasa.

Dulu,di depan rumah ada pokok jambu air, rendang berbuah. Ada semut hitam yang gemuk sering menyusur di dahan rendangnya. Tapi, semut2 itu adalah kawan aku. :) Kenapa? Sebab aku sering memanjat pokok jambu air  itu untuk belajar,untuk menyorok, untuk mencari ketenangan, untuk berfikir... Semut hitam di pokok jambu air itu tak pernah merayap atas badan aku. Tak percaya? :)

Pokok jambu air yang sering dirindui, kini sudah tiada..

Dulu, kami punya taman kecil di kawasan rumah kecil kami. Ayah tanam rumput karpet. Tahu? Best! Kalau nak bergaduh/berguling memang sesuai. Atas rumput karpet aku sering berbaring di waktu  malam merenung langit malam. Cantik. Bintang terserak di angkasa, bulan terang. Kadang2 macam wayang aku buatnya, bentang tikar getah merah putih, bawak biskut/susu panas, baring. Pelik?

Rumput karpet sudah tiada, diganti laman simen, tempat naungan kereta2...

Aku pernah bela tupai yang tertelan minyak tar, bela sampai gemuk, burung yang di serang hendap kucing sampai ia boleh terbang bebas. Kucing? mestilah.

I love animals.

Rijal nampaknya mewarisi minat aku.

Ah.....rindu sungguh zaman riang.. :)

1 comment:

Nurul aziyana said...

kalau teringt zaman kanak-kanak memng seronok kan..dulu bebas, nk masuk hutan ke nk lalu jalan short cut dalm semak samun ke tak takut pun, tp sekarang yg semak samun tu la penjahat boleh muncul