Isnin lepas Rijal orentasi pra sekolah.
Aku dah ready kalau Rijal nangis or panggil aku suruh duduk dengan dia dalam kelas. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Dia relax je. Yang gelabah dan gemuruh lebih mak dia tak lupa adik dia. Haha.
Fatimah siap nak nangis bila Rijal nak masuk kelas. Mujur la abang tu kaki ngusik, srnyum balik adik. Aku gelabah, siap nak blah awal, Rijal capai tangan aku. Umi, Salam. Tsk..... Aku punya otak pikir, eh dia nak balik ke...rupanya tak. Salam, cium pipi. Dengan abah pon tak payah suruh. Alhamdulillah.
Rijal ni budak tak suka shampoo. So masam agak lebih kat kepala. Pepagi tu aku sapu essential oil yang dah diluted kat badan n kepala. Lavender. Selawat n Fatihah sekali moga tenang jiwa. Alhamdulillah, Tuhan bagi. Mak dia kena mandi lavender pasni bagi tenang lebih. Lulz.
Harini kita cuba blend minyak baru untuk next week.
Lavender+rosemary+Frankincense.
5:7:4
Ni semua untuk future reference. Tulis dalam diary susah nak kelebet.
Semoga Tuhan tunjuk jalan yang lurus, jalan yang Dia redhai. Amin.
No comments:
Post a Comment