Setiap yang bermula pasti akan berakhir.
Setiap yang bernyawa pasti mati.
Cumanya cara dan bagaimana.
Apakah kita ketahui setiap tanda yang Tuhan hadirkan untuk kita?
Adakah kita pasti tanda itu dari Tuhan atau mainan nafsu?
Wanita yang mengandung pasti akan melahirkan, adakah setiap wanita itu tahu tanda dia akan melahirkan?
Itu hanyalah contoh.
Maka, jika yang begitu, bagaimana kita mahu tahu yang jalan kita lalui adalah benar dan menuju Tuhan?
Adakah setiap cara kita itu tepat dan benar belaka?
Jika kita rasakan jalan yang dipilih itu benar, adakah ia membenarkan kita untuk mengeji/ mencaci/ mengata jika jalan orang lain itu berbeza dengan kita?
Manusia yang paling mulia, paling indah bukan kerana ilmu atau pangkat atau harta.
Tetapi adalah adab dan akhlaknya.
Rugi, sungguh rugi jika semuanya kita ada, tetapi akhlak dan adab tiada, malang sekali.
Moga kita dikurnia taufik dan hidayah.
Dipelihara lidah dan tiap anggota badan dari melakukan perkara yang sia-sia.
Amin..
No comments:
Post a Comment