25 March, 2011

anak susuanku

Moga rezeki yang sedikit ini apabila dikongsi bersama dilimpahkan keberkatan dariNya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
agak beremosi kali ini pabila mencoret di sini.
tak pernah terlintas di dalam benakku akan dikurniakan nikmat ini.
biarpun sedikit,namun ia mencukupi.

"Hasbiallahu la ilahailla hu, 'alai hi tawakkaltu, wa hua rabbul 'arsyil 'azim".            Cukuplah Allah bagiku (untuk menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan DIA; kepadaNYA aku berserah diri, dan Dia lah pemilik Arasy yang agung.
Tiada aku tanpaNya. Tiada aku denganMu.
Tersuratnya di Luh Mahfuz,maka terjadilah ia.
ketahuilah wahai anak-anakku.. Ahmad Rijalluddinn Bin Harzawardi dan Cyrus Dzulqarnanin bin Adi Herman
bahawa kamu berdua merupakan adik beradik susuan.
Peliharalah hubungan yang terjalin.
Wahai anak2 sulungku...
Ditakdirkan Allah ummi melahirkan adik beradikmu yang lain,maka ingatkanlah mereka bahawa mereka saudara.
Haram bagi mu berkahwin sesama saudara susuan mu iaitu Cyrus Dzulqarnanin.
Kerana dalam dirinya mengalir darah ummimu.

Tiada yang utama bagi seorang ibu dari melihat anak-anaknya berjaya.
Ummi doakan anak-anak ummi diberi kesihatan yang cemerlang,jasmani rohaninya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Timbalah ilmu yang bermanfaat..jadilah kamu khalifah yang hebat.
Ummi di sini mendoakan yang baik-baik sahaja.

Di sini ummi coretkan nama ummi dan abah.
Nama ibu dan ayahmu.
Seandainya kami pergi dulu sebelum kamu,jangan putus kasih saudara.

 Harzawardi Hasim & Azriyani Md Yusoff

 Adi Herman Ab Basir & Nur Ana Baharudin

cyrus anak ummi & ibu..hahaha-nk jgk mira-

5 comments:

CikPuanMiera said...

tacing ah bace.
ish saje je kan.
wei, apsal ko bold + italic nama aku?
saje je kan?

tunggu entry aku plak.

apepon, alhamdullilah dan syukur atas nikmat kurniaanMu Ya Allah.

Aan Andes said...

Wahhh..Alhamdulillah..congrats u jadi ibu susuan. Hope this entry will open more eyes and mind that we still have option to find ibu susuan kalau nak teruskan susu ibu.

All the best to both mommies, Rijal and Cyrus. Yakin lah dengan kuasa Allah.. Susu ibu mmg terbaik :)

Unknown said...

tahniahh massss :)

da ade anak susuan! bangga sama kamu! :) kipidap! Alhamdulillah...

Unknown said...

As salam. Akak dari My Sleeping Angel Contest. Angel anda telahpun diumumkan sebagai penerima hadiah saguhati pada 22/3 yang lalu. Akak masih ternanti-nantikan respond dari anda. Sila emailkan nama penuh, alamat surat-menyurat dan no. telefon ke bluebelluv@yahoo.com dengan seberapa segera bagi memudahkan penghataran hadiah.

p/s: Akak akan mula mengirim semua hadiah pada 31/3/2011.

ct said...

hopefully belog ni wujud lagi sampai anak2 besar nanti ye masss:) proud of u:)