****entri yang panjang****
ever since Rijal is going to turn 1 y.o in 10 days, i would like to recap what i had been facing before.
macam2 perasaan rasa, flash back.
aku diberitahu bahawa mak ayah akan berangkat ke tanah suci sejak kandungan berusia 7 bulan. dah rasa resah gelisah sebab mak bakal tiada masa aku melahirkan.
how come? i need her. she's my mother.
kemudian bila mengenangkan akan dihantar berpantang di kampung, dah rasa sedih kena tinggalkan suami.
how come? he is my other half.
susah rasa.tapi Allah sebaik-baik perancang. tiba saatnya, mak memberitahu tiket penerbangan di lewatkan sehingga 26hb April 2010. oh,masa tu dah gembira,mungkin mak sempat jaga aku kejap sebelum berangkat ke tanah suci. contraction started during the last week of pregnancy. never ever had false contraction before that. jadinya ingatkan akan bersalin before tarikh jangkaan iaitu 23hb. skali lewat. lupa, my beloved sister dah duduk serumah demi menjaga kakak kesayangan since kandungan 36mggu. :) so, urusan rumah banyak adik tolong. aku?dok umah,makan tanggung
berak cangkung tidur baring.
ditakdirNya, mak sempat menunggu aku bersalin dan duduk menunggu di dewan bersalin temankan suami yang macam ayam berak kapur tgk aku separuh nyawa. HAHA. sampai skarang memang rasa lawak ingat. pucat okeh muka suami. padahal aku tak jerit ape. dah last2 minit baru nangis,rasa nk operate. yang suami cuak sebab dengar jiran bilik sebelah jerit2. sehari lepas tu MIL take turn untuk jaga aku masa confinement. dia volunteer sebab ni cucu pertama side suami.
it's not feel the same like your own mother.
awkward.
perkara paling aku takut lepas bersalin adalah buang air besar. ever since masa muda remaja aku dah dengar makcik2 dok cter pasal sakit beranak n after that. so dari situ dah macam2 perkara aku dok bayangkan. pada aku lepas bersalin takde masalah. aku boleh tahan sakitnya. alhamdulillah. tukar pad,mandi, susukan bayi semua buat sendiri kat hospital. siap mandi lelama sebab basuh rambut peluh. yang tak boleh handle aku ngeri untuk buang air besar. sanggup tahan 2 hari. bila dah tak tahan nk buang, aku duduk je, ta*ik nak kuar aku takut, takut luka jahit terbukak. azab ok. sebab sakit. sudahnya melalak dalam bilik air, suami masuk tengok dia join the club nangis tgk aku kesakitan. =)
ubat pelawas aku makan, adalah duphalac. berkesan utk org bermasalah sembelit macam aku. ia tak effect baby.
adik aku sangat membantu dan adalah sangat lega ada dia semasa mak tiada. macam2 hal aku tanya, MIL tak tau,so terpaksa telefon future MIL adik. (she's a nurse) agak lega di situ. masa tu orang pertama aku tanya pasal hal2 untuk elak sembelit adalah
kak Leen. sangat terhutang budi dengan dia. then
dayu. sampaikan pasal luka epi tu aku tny kak leen untuk confirmation. HAHA. memandangkan adik dah tau kerenah kakak dia, dia la dok sental bilik air every weeks, tolong tukarkan cadar, tolong buat lawak masa kakak dia kesedihan rindu kat mak. i owe her.
two weeks later, mak came home and kami pulang ke segamat. ok, episod sedih berpisah dgn suami bermula. 2 weeks bawah jagaan suami adalah sangat2 terkesan. sudahnya tetiap malam aku melalak before tido. dok sms/call dengan suami until tertido dgn lingangan air mata. *drama queen* tu yang buat suami sanggup tetiap minggu balik segamat n amik cuti untuk jengah kami di kampung. =) oh ye. aku adalah allergic dengan segala jemala jamu/air mandian/air basuhan luka. memang tak pakai. masa memula pakai tu, mcm beruk aku tergaru2. so luka epi adalah lambat baik. sudahnya mak terpaksa merawat dengan biji kani dan bacaannya.
mother will always be a mother. no one can replace her. kejap je luka tu baik. ting! berurut, bertungku, barut, jaga baby waktu malam, semua mak buat. even baby nk susu mak tolong angkat n bagi. padahal aku boleh je buat sendiri.
kasihnya ibu membawa ke syurga.
for me, confinement period is heaven. nampak sangat pemalaskan? HAHA. tapi ape yang aku tak nak tempuh sekali lagi adalah constipation. lepas ni nak beli pil phytonatal NR. so, next baby bila?hahahaha.