25 April, 2011

Alhamdulillah, Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama.

Subhanallah
Sebelum ini terlalu banyak yang hendak dicoretkan macam-macam yang terlintas tapi tak tertulis, hanya mampu dilontarkan di dalam hati dan doa. Saat ini,pada tahun yang lepas aku sedang bergelut meneran untuk melahirkan anak Adam ini. Di sebabkan tidak berapa pandai meneran,maka aku telah mengambil masa lebih kurang 20minit sebelum bayi ini keluar dengan selamat. Tipulah orang kata meneran tu sama macam nak keluarkan sembelit. TIPU! hahaha

        Buat anakanda ummi, Ahmad Rijalluddinn, ummi bersyukur diberi peluang untuk menyusukanmu sehingga ke saat ini, dan ummi akan terus berusaha bersungguh-sungguh agar perjalanan penyususan kita dapat dihabiskan sehingga genap usiamu dua tahun. Ummi juga mendoakan yang terbaik untukmu dan agamamu. Moga bekalan ilmu untukmu lengkap untuk menempuhi perjalanan dunia akhirat. Moga kamu membesar menjadi manusia yang hebat.

        Tepat 6.20pm entri ini akan dikeluarkan. Selamat Ulang Tahun Kelahiran Yang Pertama Sayang!
3rd day.

now. scientist :)



p/s : Even though no birthday cakes; yet. surely we love u unconditionally.

    

6 comments:

afni+hafiz=dani said...

wah happy birthday =)

fizz said...

selamat satu tahun rijal! membesar dgn sehat ye xoxo

CikPuanMiera said...

happy 1 year abg rijal :)

Unknown said...

selamat ulang tahun kelahiran yang pertama rijal
aunty ingat lagi
sebelum dan selepas aunty lahirkan eisya
aunty kerap sms ngan umi rijal
share macam2
tak lama lepas eisya lahir, rijal lak lahir
waktu lebih kurang pulak tu
hospital sama juga..bilik je lain (:

rijal, seperti mana aunty harap eisya akan jadik anak yang baik, dengar kata aunty, dapat tenteramkan aunty.. seperti itulah aunty harapkan rijal. berjasa kat umi dan ayah ye sayang

walau tak berkesempatan bertemu rijal
aunty sayang rijal!!

Dina said...

Happy 1st Birthday Rijal! semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi anak yg soleh :)

Aan Andes said...

Happy Birthday Rijal!! Semoga jadi insan yg soleh dan terbaik.