Tika ini anakku sedang lena diulit mimpi. Tidurnya ditemani ku, dilimpahi peluk ciumku.
Namun, saat ini juga, anak sahabatku tidur sendirian, tiada lagi ibu membelai lena tidurnya.
Apakah Tuhan itu kejam?
Ingatkah engkau rukun iman ke 6, percaya dengan Qada' dan Qadar?
Tahkik kah engkau dengan rukun iman yang enam itu? Pegang dengan sungguh sungguhkah? Atau hanya sekadar lafaz dimulut?
Kita beriman dengan Qada' dan Qadar, tapi pabila datangnya dugaan atau musibah, kita buangkah, kita marahkah, atau kita tunding jari ke sana ke mari? Kau salah, kau silap. Kau lewat. Kau salah perjuangan!!! Tidak. Semua itu sudah tertulis atas garisan yang Tuhan tetapkan.
Aku tidak berilmu, jauh sekali orang alim. Tapi aku tahu untuk bersimpati. Untuk tidak berkata itu ini saat mereka ditimpa dugaan. Aku sedih. Itu sahabat aku yang engkau perkatakan. Yang engkau keji. Yang engkau maki!!!
Sukakah engkau jika engkau ditimpa musibah, datang aku menghakimi mu. Membuat andaian ini dan itu. Bercakap atas dasar kebebasan bersuara. Dunia tanpa sempadan. Ah ah ah. Kata kejian aku pada mu, dibaca oleh anak2mu. Sukakah engkau? Mahukah?
Jika aku dan engkau berbeza pendapat, berbeza cara, aku tahu sukar untuk kita menerima bicara. Tapi aku percaya, kita bertemu bukan sia2. Tuhan Mendidik aku agar aku belajar sabar. Belajar melihat dari semua bahagian. Terpulang pada engkau mahu ke mana, aku doakan yang baik2 saja. Andai engkau belajar menyantuni, aku doakan yang terbaik dunia akhirat.
Andai engkau tidak belajar menjaga jari dan lidahmu, jangan lupa di padang masyar betapa aku dan engkau perlu merangkak memohon kemaafan.
Sekali lagi, Andai kalian membaca tulisan aku, aku pohon, hentikan cara hebat engkau menjadi majisteret.
Maria, I love u and I miss you. Though I cant express it to you anymore, you'll alwaysbe with us.
No comments:
Post a Comment