04 January, 2015

Fahami dan selami.

Fear.

Satu perkataan yang memberi impak mendalam. Nampak remeh, tapi kalau tak ditangani dengan betul, bahaya.


Ada terbaca di satu laman sosial, bertanya (aku anggap yang bertanya tu ikhlas tak tau, bukan nak provoke) kenapa orang pilih homebirth.

Banyak faktor. Tapi faktor yang aku nak cerita kat sini adalah berdasarkan diri sendiri. Ni apa yang aku rasa dan alami. Mungkin pada sesetengah orang boleh shut down their feeling, keep it lock deep inside their chest. Bukan aku. Aku kena hadapi, kena atasi.


Sekarang kembali kepada pertanyaan, Why?

Sebab trauma masa proses melahirkan Rijal. Waima sebelum mengandung mahupun kawin, aku memang takut nak bersalin. Rasa takut tu dah tertanam sejak aku sekolah rendah, bila terdengar makcik2 aku cerita betapa sakit dan terseksanya bersalin. Siap makcik aku buat bunyi perineum kena gunting. Zasss....
Pastu masa Rijal, betapa sakitnya kena induce, tak bernafas rasa. Cuma aku takde la buat scene menjerit, nangis sensorang sbb sakit. Datang pulak nurse
yang berniat baik nak tolong. Pi kepak2 kan vjj ku. Tak kira dah time tu tengah peak surge ke tak. Asal boleh. Kalau orang tanya aku contraction lagi sakit or luka kena gunting lagi sakit, aku akan jawab luka gunting lagi parah. Boleh masa nak push, aku nampak bidan nak gunting. Aku jerit, saya taknak kena guntinggggg!!! Oh, tidak, kena nii....sakit gila kau tau! Pakkal kaki aku kena strap, kalau tak, aku terajang dah.

Belum masuk post birth. Betapa aku melalak sampai suami pon nangis tengok aku, nak membuang air besar punya seksa. Sebab apa? Mind set takut luka tertetas. Nak bercinta post birth lagi la. Semua relate dengan sakit. Siap terbayang sakit masa kena gunting.


Pi la shopping doktor. Tak semua doktor kejam dan gila duit.


Errr.....kau nak bagi duit?

Some more, doktor semua dah terikat dengan bayaran hospital. Rate dia bukan dia boleh bagi diskaun 4 5 ribu.

Bukan semua ada privilage nak pi swasta. Duit tu banyak boleh guna utk post birth. Kat sini kau kena guna imaginasi.



Dah tu beranak la kat hospital kerajaan.

Ish....kau faham tak, cuak? Trauma? Alangkan tau ngandung pon aku dah nak melalak bayang beranak. Sekeh nak?



Kau ni tolak perubatan moden? Pegi la duduk hutan sana.

Eh, kau tau ke tak aku tolak ke tak? Yang pegi check up, kau ke aku?
Aku sendiri pergi hospital utk buat check up, sampai la ni la kalau perlu pi jumpa doktor aku pi. Tapi kalau ada ubat alternatif aku amik ubat lain. Hidup ni kan banyak pilihan. Lain la kau jadi ayam dalam reban tak boleh pilih makan. Makan je la apa orang bagi.



Mana boleh bersalin kat rumah.

Eh....dalam buku pink aku dulu tulis boleh. Lagila aku punya sticker kaler putih. Stiker kau kaler apa?

Demi mencapai sebuah impian, aku punyala jaga kesihatan. Pink of health bak kata omputes. Takdenya nak makan cekedis ke minum coke ke makan fast food. Tapi ada sekali hb turun sat, jadi 10.5, salah makan...dah get ready nak bersalin kat hospital sekali alhamdulillah...naik balik jadi 13++



So?

Soya bean. Duhhh....
Kat sini aku nak bitau sapa yang baca, kami yang kebanyakan yang homebirth ni ada pengalaman pahit dengan certain area. So kalau tak faham takpe, cuma mulut and tangan tu jaga. Sesia je jadi bahan bakar nanti.

As for myself, if God permit, maybe next baby will be born anywhere be it at hospital, car, ambulance or home. I have no fear anymore. Insyaallah.


Kalau kita tak faham takpe, tapi jangan buat2 faham. Dont make assumption.


Sudah2 lah rajin komen sana komen sini. ate, kome takde laki n anak nak jaga? Banyak masa free ke?



Renungan buat aku dan kau.

Dalam pada kita nak mendidik anak, diri kita juga perlu didikan dan asuhan. Kita nak anak belajar menghormati, kita perlu terlebih dahulu menghormati.
Kita nak anak berbudi pekerti, kita perlu lebih dahulu menjaga lidah, tangan dan kaki.
Akhir zaman, banyak pertelingkahan, moga kita terpelihara, Insyaallah.





1 comment:

tenku butang said...

teman tahu bersalin tu sakit.. tapi teman nak jugak ada zuriat.. cuma belum kesampaian..