Pada saat ini, kami masih lagi istiqamah untuk mengurangkan penggunaan bahan kimia pada badan dan seisi rumah.
Tak tolak, tapi Kurangkan.
Buat masa sekarang kami dah eliminate deodorant, shampoo dan Sabun badan (occasionally guna on the rack jugak)
Sebenarnya bersebab jugak kami terjebak, dek kerana hyperthyroid ni semua jadi turning point. Tok laki kata kalo perang kebolehan survival dah ada. Haha. Ye la tu.
Body odor ni sebenarnya main contributor dia adalah diet kita. Makin banyak fast food, or processed food kita makan. Ni atas pengalaman sendiri. BUT, sebelum nak dapat yang elok tu, dah tentu banyak hardship akan kita tempuh. Aku sekarang guna essential oil+olive oil or vco sebagai deodorant. Paling best bila guna vco as carrier oil, kulit ketiak akan jadi sekata. Tayah dah nak pakai whitening ke hapa.
Eh, eh, tapi jangan berangan la ye, memula tukar tu, ya ampon, kena withdrawal symptoms mcm nak pakai deodorant biasa jeeee. Badan akan sweaty lebih dari biasa ( merujuk pada bahagian ketiak), berbau lebih dari biasa. So if korang nak cuba, kena mentally prepared. Sila sembur perfume lebih sket. Hahah. Boleh gak sental armpit dengan soda bicarbonate or acv (sila dilute ye). Makan kena jaga, kalo tak berbau. Dalam 2-3 bulan gak la aku kena withdrawal symptoms ni. Solution aku sonang (makan inshaallah dah jaga) aku bawak deodorant EO ni merata. Lulz. Sekarang alhamdulillah. Conventional deodorant free! Yahuuu....
No poo or shampoo free ni pon satu hal gak. Aku rasa memang kena hati kering nak buat benda gini. Ada gak banyak kali aku Cuci dgn shampoo biasa. Menjadi balik withdrawal symptoms dia. Basically aku akan cuci dgn lemon or tea. Seminggu 2-3 kali. Withdrawal symptoms yang aku kena, kelumumur mcm salji, kulit kepala berkeruping (ni lepas 3-4 bulan no poo), excess oil kat rambut, rambut gugur teruk ( mak terpaksa potong rambut). Paling teruk yang keruping tu. Dah macam cradle cap ghupa. Sekarang, alhamdulillah...normal dahhh. Xde bau rambut. Nak wangi, aku bilas dengan EO. Diluted of course.
Pencuci muka, or barang mekap dah dekat 4 tahun tak pakai.
Dek kerana gegatal pakai pas bersalinkan Fatimah. Terus buang dan pakai je la kopi, lemon dan air sajork. Alhamdulillah so far so good. Jerawat bulanan tu standard.
Stok vco pon buat sendiri. Senang. Tipu, renyah. Tapi bila basic skill tu dah ada, kalo rasa vco kat kedai mahal aku buat je. Renyah, tp bila ada tok laki tolong sama, jd mudah.
Harap pasni boleh tukar ubat gigi pulak. And fully guna homemade soap.
Seronok bila anak dah boleh bawak diri, banyak boleh depa tolong, mak boleh buat hobi mak dalam zen. Menjahit, baca buku of course, masak dengan tenang. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment