" Tugas kita tanam, siram, baja. Nak tumbuh, berbuah tu bukan kerja kita. Mungkin hasilnya sekarang kita tak dapat, tapi anak cucu kita yang dapat " Guru ku.
Kalau dibaca sekali maksud tersurat amatlah senang, dua kali, tiga kali, empat kali, berbeza- beza maksud dan penyampaiannya.
Silat Cekak amatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
Inshaallah mendapat faedah.
Petikan pantun Silat Cekak Pusaka Hanafi.
Cerita bab tersurat je lah, mudah.
Aku ni gemar bercucuk tanam sejak kecil. Kalau diimbau, pokok2, semut, binatang, langit tu semua jadi teman aku untuk aku bercerita dan berfikir. Banyak persoalan yang aku lontarkan dulu kini terjawab sedikit Demi sedikit. Tinggal di hutan batu buat aku rindu bau tanah dan daun. Makanya, aku mula bercucuk tanam di beranda rumah. Kurang sesuai kerana berebutkan cahaya matahari dengan baju yang perlu dikeringkan.
Mulanya suami yang bercucuk tanam, tapi mungkin "tangan panas" ia Kurang menjadi. Entah mana silapnya. Aku kesiankan tanah yang terabai, aku lemparkan sebiji tomato. Berimbun naiknya. Aku bahagi bahagi anak benih pada mak, adik2 dan teman2. Bunda punya pokok berbuah rimbun di kampung, adik dan teman tidak menjadi. Aku, berimbum daun dan bunganya. Namun apa silapnya, tidak berbuah, acap kali gugur setelah kembang mekar bunganya.
Aku syak angkara si benah. Puas dibaja, dipotong, namun yang mampu hidup dan matikan bukan aku. " AKU yang mematikan dan menghidupkannya". Lalu aku biarkan dia hidup bersama pohon2 yang lain, dapat ku tuai cekur, daun kesum. Alhamdulillah. Si lemon dan capsicum belum membesar sihat.
Tadi, Tuhan memberiku lihat, pohon tomato yang hampir tua, kering walau disiram, berbuah besar, walau pun buahnya sebiji, namun besar pelajaran yang aku dapat. Maha suci Allah yang Maha berkehendak lagi Maha Berkuasa. Sering kali apa yang kita usahakan tidak berjaya, namun Tuhan lorongkan jalan yang lain, dipermudahkan ia lagi. Tapi dek kerana nafsu, kita butakan mata, mahukan apa yang kita mahu. Sedangkan hadiah dari Tuhan itu lagi hebat lagi tiada tandingan.
Pabila Tuhan tidak menitipkan hajat kita, kita membentak, sedik malah kecewa mahu berputus asa, sedangkan ia boleh membinasakan Maka Tuhan pelihara kita.
Moga kita sentiasa bersyukur atas pemberiannya.
Dari aku yang sering alpa. -.-
No comments:
Post a Comment