Bolehkah sekiranya aku nak mengatakan yang I Hate PMS? hahaha..memang, menguji betul kesabaran kalau hormon bertempiaran macam habuk-habuk tepi jalan. Macam tak semenggah perasaan ni, oh dugaan sungguh. Memang berbeza keadaan sebelum dan selepas di datangi cik P. Mangsa kegawatan ekonomi adalah suami sendiri, takkan orang lain. Nasib baik dia sudi melayan..kalo tak sudi, agaknya KITA BAKO!!!!
Semenjak duduk rumah goyang perut ni, dah takde ME time. meggi time mmg dilarang, skali skala boleh la. :) so agak2 tension, btau je la suami "abg, mahu keluar sorang kejap boleh?" "pegi mana?" "rahsia" so suami yes kan, berdesup la daku membawa kereta pegi ke bakery je pon..HAHAHA.. beli roti n pastry yang sedap2, makan sambil drive balik, selesai.. PATHETIC? Not for me.. sbb utk release tension aku adalah salah satu cara adalah makan selain dari bersenam yang gila. Yes, kalo sewel lagi, marilah berlari laju2, kuarkan peluh, atau pun serah anak pada suami sental bilik air sampai shining2 tak kira masa.
Di sebabkan angin puting beliung tu lah aku dilanda kemalasan update blog. Sampai satu tahap aku rasa internet ni useless. kuikui. Layan Rijal melukis n membaca lagi bagus. see? aku dah merepek..sblm repekan jadi histeria, baik out dulu, muhasabah diri sat, supaya jadi munasabah. :)
2 comments:
sabar jelah! lucu gila akak membacanya. tp mmg. kita dok rumah, mmg sometimes tercari-cari me time. kan... huhuhu.
akak lak, tak hingin drive sendiri. tu sebab klo akak tensen pun hubby yg kena bawakkan akak klua. :P
mas. cer try histeria skali. nak nengok. hahaha
ceh..ceh...kak leen ni...mas histeria mas p uma akak...pastu buat muke sposen nak makan mcm2...orait??hahaha
Post a Comment