09 June, 2011

on diet

not mine. my baby boy.
Semenjak dah setahun, alhamdulillah, selera makan Rijal bertambah baik. Boleh kata nasi pon dia dah sebat sekarang. Penat agaknya jadi mat saleh.

Ummi duduk rumah, otak ligat buat homemade food utk my boys. Abah Rijal sekali sekala makan luar bolehlah. Kalau selalu, dia akan jadi pengkritik makanan. heuheuheu.

Nak kongsi resipi utk anak. Buat sendiri, puas hati, anak makan bertambah, bersih, penuh kasih sayang :)

Sup Bebola Udang. 


Udang 4-5 ekor
Lada sulah
Garam
Lobak merah
Tepung gandum

Cara:
1.Hancurkan udang yang dah dibuang kulit (tumbuk je senang)
2.Rebus lobak sampai lembut dan lumatkan
3.Gaulkan udang+lobak dengan garam n lada sulah sedikitttt sahaja (nak bagi rasa)
4.Setelah sebati baru gaul tepung dgn air. (jgn banyak sangat,cukup sekadar dia melekat)

Tumis bawang putih,bawang merah,halia dan ikan bilis dengan minyak zaitun sedikit sahaja. masukkan air.
Apabila air menggelegak masukkan udang yang telah dibulatkan. bila bebola masak, dia akan timbul.

boleh makan dengan nasi tanpa risau sekiranya bayi tiada gigi,sebab isi udang tadi sememangnya hancur lumat :) Nak letak sayur lagi pon boleh. Memang elok letak sayur banyak. I like..

p/s: bebola udang tu takkan smooth macam fish ball yang kita beli sebab nisbah tepung lagi tinggi compare yang dibuat sendiri.
p/s/s : sila jaga api ketika memasak bagi mengelakkan zat/vitamin pada sayur larut/hilang.

mak reka cipta prawn ball ni mcm reka begedil. samo jooo...

4 comments:

monstorious wife said...

macam sedap je resepi nih...
Thanks nanti nak try kat tekak sendiri dulu, anak belom boleh makan udang..

ღnFashyaღ said...

best..best.best.. pagi2 bila nak masak makanan untuk husna mesti cangkung dulu depan aisbox. apela nak masak untuk anak dara arini...

arini ai masakkan ikan stim you, slamba masuk sos tiram dalam ikan stim dia tu. boleh ke tak eh.hihihi

FAD RMLN said...

yay! home made food. nak cubalah nanti.

ct said...

weehuuu:) cm sdp je ni mas. buatla utk aku;)