20 June, 2011

suami,sahabat dan dot dot dot

kami tak pandai menyambut Hari Bapa & Hari Ibu. Hari Raya kami sambut. Sebab tak sambut,so boleh la menjalankan aktiviti pau kacang,pau kek Red Velvet,pau itu pau ini. Nampak sangat unsur makanan ditekankan.

Kenapa saya sayang suami saya? Sebab dia beeessstttt! *intonasi iklan petronas, saya syg rumah saya*

Dia merupakan teman,sahabat baik,kawan berdebat,tempat mengadu malah teman seperjuangan. Tiada rahsia antara kami. Tiada istilah biarlah rahsia. Tapi, biarlah pahit,tapi benar.

Komunikasi.

Antara hikmah sebuah perkahwinan,melengkapi setiap kekurangan sang suami dan sang kelembai eh,isteri.

Gemar melontarkan pelbagai pertanyaan dan memeningkan suami situasi 'killer'. Tapi sangat seronok mendengar penjelasan yang tenang keluar dari mulut suami. Hikmah.

Terima kasih abang atas segalanya. Selamat hari Raya.*pang!!*

1 comment:

Puan Jiha said...

hehe mas mas..... lawak pulak ko ni