06 September, 2011

h.a.m.b.a

hari ini mahu bercakap tentang perempuan,wanita,lady dan yg sewaktu dengannya.

fitrah perempuan dijadikan lembut dan penyayang. Tapi bukan tiket untuk kau sayang lelaki bukan mahram kau membuta tuli. Lagi-lagi boipren/tunang. Tu takde ikatan yang SAH tahu? Aku agak sedih bila kaum aku rela membiarkan diri di bola-sepakkan. Kau pandai, ada rupa, tapi kau tak reti ke nak menilai mana baik mana buruk?

Oh, lupa. Cinta itu buta.

Jangan terlalu sayang pada lelaki (bukan suami) sampai keputusan untuk diri sendiri, kau biar lelaki (bopren) tentukan. Belum kahwin la dik non. Kot ye pon nak belajar patuh, not now.

Kak, saya sayang sangat kat dia.

Belajarlah menyayangi IBU BAPA cukup-cukup sebelum kau sayang lelaki (bopreng). Kau jangan jadikan diri hamba lelaki. Sebab kau HAMBA TUHAN. Bukan manusia.

Jauh lagi perjalanan untuk membiarkan diri dipermain, diperkotak-katik oleh jantan. Lelaki yang beriman tahu menghargai wanita yang menjadi isterinya. Kerana dia faham hukum Tuhan. Apa yang Tuhan letak dia sebagai ketua,sebagai pembimbing sang isteri.

Buka mata,buka hati, jangan sampai cinta membuta tuli.

2 comments:

FAD RMLN said...

baiklah kakak, saya faham. =P

ummi said...

baguih dik...hahahah =P