16 September, 2011

Rezeki

Bila bercakap pasal rezeki, bentuk rezeki yang Tuhan datangkan pada kita dalam pelbagai bentuk. Semua harus disyukuri. Jangan sampai jadi kufur nikmat. 

Sesetengah dari kita dikurnia rezeki dalam bentuk harta yang melimpah, anak-anak yang ramai, kesihatan yang tak tertanding sihatnya. Wajib kita mensyukurinya. Bila datang dari Dia, sekelip mata jugak Dia boleh tarik. 

Guru aku pernah berpesan, jika kita lihat orang lain gembira dengan kejayaan/rezeki yang dia dapat, janganlah cemburu dan hasad dengki, didik hati untuk gembira dengan apa yang mereka peroleh, atas IzinNya harum mewanginya akan terserak pada kita. (dalam erti/pemahaman yang lain, itu salah satu cara kita untuk mendidik hati supaya tidak berhasad dengki pada orang lain)

Moga kita berjaya mendidik hati kita.

p/s: anugerah yang Allah kurnia ini datang pada masa yang sangat cantik. Hari kejadiannya juga teramat istimewa. Kala aku terduka seketika membujuk hati,terfikir hikmahnya, Dia beri aku jawapan. Ya Allah, besar sungguh kurniaanMu. 

six.

No comments: