25 January, 2013

kasih..

Sedang sedih semalam..

Suami pujuk dengan kata2,
     '' Siapa kejar harta, dapat harta, siapa kejar ilmu, dapat ilmu, ada yang lebih tinggi dari tu...sabar''

Kadang2 susah nak cerna maksud suami..berkias, pusing ikut situ, paham tang tu, corner sini, dapat itu...haish...

#garu ketiak.

23 January, 2013

On the bright side. lol.

Bila mana seorang anak Adam itu jatuh sakit, maka Allah akan hantar 3 malaikat untuk menarik nikmatNya,
  1. Malaikat pertama akan menarik selera makannya
  2. Malaikat kedua akan menarik seri wajahnya
  3. Malaikat ketiga akan menarik dosa2 kecilnya

Sesudah anak Adam itu sihat kembali, maka Allah akan menghantar dua malaikat untuk memulangkan kembali selera makan dan seri wajahnya, tetapi Allah menghapuskan dosa2 hambanya..
-kredit to FB

For me sakit ni Allah bagi chance untuk aku berehat sepenuhnya. Dapat pulak (alhamdulillah) suami yang supportive, tak bagi langsung buat keje rumah, non, yilek. Semua tugas masak, kemas rumah, anak2, diri dia, diri aku, semua suami buat. Kadang geram gak, baring rehat je, baru nak angkat vakum, kena baring lagi..lol.

So, on the bright side, i've been treated like a Queen. Makan minum pon dihantar, tinggal tak suap je. ROFL. Rijal paling suka bagi air jus n vit, muka bangga bila dapat tolong. Pastu puji2 la...bulat matanya gembira. lol. Then, of course, dia pau air jus aku...now, hari2 tanya, ummi, nanti abah buatkan ijan air jus kan? haah rijal...abah buat untuk awak. LOL.

Novel2 beli kat BBW pon dah abis baca...betapalah nikmat dan rahmat yang aku dapat..lama dah ngidam nak baca novel dgn khusyuk... :)

Bila dugaan datang ni, Allah bagi kami kekuatan dan kesabaran disamping mengeratkan kasih sayang kami..I can whine all i can, tapi sapa aku?takde satu apa pon pada diri ini, mahupon anak2 yang aku kandung 10 bulan itu, semua bukan milik aku....Ni semua Dia punya... =_=

.Moga rahmat Allah bersama kita...insyaallah..

21 January, 2013

Natural diet for hyperthyroid

Bismillah....

Baru je sudah appointment untuk check up. LOL. Kalau diikutkan, memang tak nak buat dah test, tapi demi menjaga hati mak dan ayah, pergi saja. :)
Hasilnya, bakal jadi lab rat nanti. kuikui.

So far my progress on hyperthyroid is alhamdulillah, much better than before. No medication taken, as i wanted my breastmilk to be clear from drugs. Tadi doctor ada prescribed ubat for slow my heart rate n for thyroid itself, might also skip it. Kang tak pasal nak lowered my thyroid hormon, anak ku kena hypo. Nauzubillah.

Tak setuju dengan western medication, tapi still respect the doctors profession. Your skills still be needed.

Ok. For the past 1.5months, husband been watching my diets, and been spoon fed me with supplements. lol. Alhamdulillah, dari demam malam, sakit badan, lemah sendi, tak bermaya, jantung berdegup laju, pening semua beransur hilang.

Supplement yang diambil, B complex (untuk tenangkan diri), kelp (redakan degupan jantung) dan Nutri Blend 1000 (untuk baik pulih sel)

My daily routine from am-pm in general would be :
         1. Nutri blend 1000, B complex, susu kambing+madu asli, heavy breakfast
         2. Minum jus, lunch
         3. Minum petang
         4. Minum jus, dinner, b complex, susu kambing+madu asli, vco (virgin coconut oil)

Jus/ buah-buahan yang diambil daily : nenas, buah epal merah, epal hijau, oren, anggur, pisang ( Nenas is a must dalam seminggu mesti 4-5kali, sebab boleh rasa perbezaan kat badan iaitu badan jadi bertenanga dan tenang)

Makanan yang dielak/dikurangkan/diberhentikan seketika : udang, sotong, kerang, telur, daging merah (buat rasa2 boleh la, tapi kalau berlebihan memang badan jadi cepat penat.)
White flour ( badan cepat penat kalau makan, ni makan sikit pon dah boleh rasa beza)
White sugar ( jantung akan suddenly increase and lethargic) instead of white sugar, i replace it with raw honey/brown sugar. Lebih berkhasiat.

Preservatives, coloring in food is a NO. So, no more outside food, no more junk food. Boooo!! haha...

Bagi aku, Allah dah atur cantik sakit ni, dulu memang berniat nak switch white sugar kepada brown sugar/raw honey, so now badan dah adapt dengan cara pemakanan baru. Lebih sihat, so kesan dia pada ahli keluarga ku jua...hihi..

Selagi boleh sihat dengan cara natural, insyaAllah kami akan usahakan. Ubat, simpan je la as a back up. Sian, badan aku selama ni pon dah byk sangat toksin, now Allah nak bersihkan..mungkin nak bersihkan sebelum ke sana? InsyaAllah...Allah Maha Mengetahui...


Kita merancang, Dia merancang, Tapi Allah sebaik2 perancang. Alhamdulillah.
     

17 January, 2013

Dia sayang Aku dan Dia

Alhamdulillah...

Dia uji kami, tanda Dia sayang dan ingat pada kami.

Aku menghidap hyperthyroid, yang mana ia mengganggu gugat kesihatanku, meragut kebebasan. Walaupun begitu, syukur aku ucapkan, dalam pada sakit itu, Allah tunjuk betapa dalamnya kasih suami, ihsan suami, cintanya ibu ayahku padaku.

Dia tahu betapa dalamnya kasihku pada puteri sulungku, Nor Fatimah, maka Dia uji dengan menarik sedikit nikmat dan rahmat dalam penyusuanku pada puteriku nan satu itu. Allahu Rabbi. Betapa Dia mahu aku bergantung sungguh2 padaNya. Betapa luasnya rahmatmu Ya Allah. Hampir 2 bulan, pada setiap malam aku tak mampu untuk menyusukan secara terus Fatimah. Pada awalnya, aku hampir berputus asa, kerana untuk mendapat let down boleh mencecah 15-20min. Belum di lihat pada hasilnya. Subhanallah.

Stok sudah tiada pada ketika kami pulang bercuti dari terengganu. Tiada. Malam ketika perjalanan pulang, Fatimah menyusu denganku, dikala Fatimah tidak berapa sihat, susu pula malu untuk keluar. Ummi pump ya adik. Aku bisik pada puteriku. Selepas 20min, 0.5oz hasil susuku, walhal breast sudah membengkak. Adik tak puas, maka menangis, merengek puteriku ini. Kala ini, aku jatuh. Aku putuskan untuk memberinya susu formula, Karihome.Saat kami sampai di Giant Seri Kembangan, Allah takdirkan untuk susu keluar sebanyak2nya, hingga adik tertidur kekenyangan. Menangis aku semahunya. Mak dan suami memujuk memberi kata semangat.

Syukur pada Allah, memberi keizinan untuk aku menyusukan Nor Fatimah hingga kini.

Betapa aku kerdil. Betapa aku lupa kebergantungan itu tiada yang lain melainkan Mu Allahu Rabbi.

Susu karihome tu sudahnya, 2 tin dah aku minum sebagai supplement untuk memulihkan tenaga dan membaiki hormon thyroid.

Alhamdulillah.