Alhamdulillah...
Dia uji kami, tanda Dia sayang dan ingat pada kami.
Aku menghidap hyperthyroid, yang mana ia mengganggu gugat kesihatanku, meragut kebebasan. Walaupun begitu, syukur aku ucapkan, dalam pada sakit itu, Allah tunjuk betapa dalamnya kasih suami, ihsan suami, cintanya ibu ayahku padaku.
Dia tahu betapa dalamnya kasihku pada puteri sulungku, Nor Fatimah, maka Dia uji dengan menarik sedikit nikmat dan rahmat dalam penyusuanku pada puteriku nan satu itu. Allahu Rabbi. Betapa Dia mahu aku bergantung sungguh2 padaNya. Betapa luasnya rahmatmu Ya Allah. Hampir 2 bulan, pada setiap malam aku tak mampu untuk menyusukan secara terus Fatimah. Pada awalnya, aku hampir berputus asa, kerana untuk mendapat let down boleh mencecah 15-20min. Belum di lihat pada hasilnya. Subhanallah.
Stok sudah tiada pada ketika kami pulang bercuti dari terengganu. Tiada. Malam ketika perjalanan pulang, Fatimah menyusu denganku, dikala Fatimah tidak berapa sihat, susu pula malu untuk keluar. Ummi pump ya adik. Aku bisik pada puteriku. Selepas 20min, 0.5oz hasil susuku, walhal breast sudah membengkak. Adik tak puas, maka menangis, merengek puteriku ini. Kala ini, aku jatuh. Aku putuskan untuk memberinya susu formula, Karihome.Saat kami sampai di Giant Seri Kembangan, Allah takdirkan untuk susu keluar sebanyak2nya, hingga adik tertidur kekenyangan. Menangis aku semahunya. Mak dan suami memujuk memberi kata semangat.
Syukur pada Allah, memberi keizinan untuk aku menyusukan Nor Fatimah hingga kini.
Betapa aku kerdil. Betapa aku lupa kebergantungan itu tiada yang lain melainkan Mu Allahu Rabbi.
Susu karihome tu sudahnya, 2 tin dah aku minum sebagai supplement untuk memulihkan tenaga dan membaiki hormon thyroid.
Alhamdulillah.
3 comments:
ko ade tiroid?MIL aku pon ada...
ko ni mmg tabah la. aku respek habis. bab ko homebirth Fatimah pn aku tak habis lg respek. bangga ade kawan mcm ko =)
tabahnya sis. hang on! :)
bestnye baca. kuasa Allah kan. Yakin nya kita tu utk kita juga. Allahu rabbi. tahniah yg. menangis ai baca.
Post a Comment