Has our own struggle.
Ada diuji dgn harta.
Ada ujian dengan anak.
Ada diuji dengan tiada anak.
Ada diuji dengan pangkat.
Hidup mana yang tak perlu usaha. Eh, adala....ulat dalam batu pon boleh dapat makan.
Kau nampak ke ulat tu dok diam ke? ke dia cari korek2?
Aku sendiri masih belajar untuk didik hati bersyukur. Pujuk hati untuk gembira atas apa yang ada, atas kesenangan mereka yang ada. Ye, kena usaha.
Antara kita semua berbeza, hampir sama mungkin tapi tak serupa. Macam DNA kita. Unik.
Soalan, kenapa kita perlu paksa orang ikut jalan kita?
Kita boleh ketuk gendang, boleh canang cerita, tp akhirnya terpulang pada empunya diri untuk buat keputusan akhir.
Media sosial kita sekarang jadi ruang untuk kita kritik, kutuk mengutuk, pamer aib dan kelemahan. Bukankah elok kiranya medium itu dijadikan bahan positif? Sekurangnya, matinya kita esok adalah saham seciput. Tak banyak, sikit pon jadilah.
Sepanjang hidup kita, kita bawa 3 nama iaitu, ibu bapa dan guru. Ketiga ini lah yang bakal merasa tempias apa perlakuan kita.
Moga Allah jaga kita semua.
No comments:
Post a Comment