Happened this evening at park.
Rijal throwing fit at public. Like really Rijal?
The first serious scene he ever made.
Petang tadi kami pi jalan2 kat taman, bagi tok laki bersenam (titik awal tu dia redha ikut aktiviti riadah). Habis kami pusing taman, memang akan lalu this haunted-i-hate-u-playground ni. Dah siap bagi kata semangat, kata dua, kata akhir kat bebudak berdua ni, so bermain la mereka di situ. Cukup masa, aku pon panggil anak2 itik ni balik.
Tiba-tiba.
"RIJAL TAK NAK BALIKKK!!!!"
Ok, pujuk. Buat kiraan 10 ( biasanya kiraan 10 ni berkesan kat mana2, even kat toy stores. Amalan yang biasa di buat demi ketenangan aku. haha )
Hampir cecah ke no 7, 8........WARGHHHHHHH!!!!! RIJAL TAK NAK BALIKKKK!!!!! (SCREAM)
REALLY SCREAM WHOLE HEARTEDLY.
Aku buat teknik blah dari kawasan. PON TAK JADI. ( Biasa pon jadi ) Dia boleh melekat jadi ju on kat kaki aku.
SCREAM AGAIN.
Aku dah tak fikir orang lain dah. Ada budak dah dok tengok Rijal. haha.
Pujuk again. TAK JALAN. Masih lagi berpaut kat kaki. Seriously Rijal? Mak dah tarik napas bebanyak dah. Nak jadi dinosor tengah orang memang aku tak suka dan cukup allergic.
I hate public humiliation. Sebolehnya aku elak marah anak depan orang. Jatuh maruah anak, jatuh maruah aku. hihihi.
Last resort, angkat, jalan masuk kereta. Percubaan menjadi kucing oleh Rijal. Mak jadi naga kang, (tapi tak guna situasi gitu, buat penat n sakit kepala)
He still continue crying and screaming until nak sampai rumah. Tu pon mak dah warn sesiap. Omi tak suka jangan buat. Sampai rumah berenti sendiri ke nak umi naik hantu. ( yeah, aku manusia biasa, no saint. Kids tau camna aku naik hantu )
When we almost reach home, his crying subsided.
Tu belom aku amik gambaq. Penuh ayaq liuq meleleh (ni saja menjijikkan omi, dia tau i hate saliva) hinguih sikit, ayaq mata kering.
5 minutes that feels like 5 days. Abah hang tengah dizzy, seb baik dia sabaq.
Balik ghumah ( berdokong okeh ) dia demand for bread. Sorry naik lorry. Mandi, baru dia bitau kenapa dia marah. Tak puas main dengan friend. Nanti tak jumpa friend yang best gitu lagi.
Alahai. Takpela anak, ada jodoh, insyaallah jumpa kembali.
I do agree, he seldom meets friend who are nice. Kebanyakan, suka rebut, suka pukoi or sombong dengan dia. Sian. Umi doakan Rijal dapat sahabat yang baik akhlaq dan peribadi. Kawan sampai syurga nanti ye sayang.
This is real story.
I do use rotan, minimally. Bergendang pintu makan rotan or tapak kaki or betis mendapat Rijal. Susah la, tapi ada.
Tantrum Rijal aku malas nak layan. Kang menjadi. What i do, hampa gaduh or naik angin pi masuk bilik. Marah duduk. Marah pi masuk bilik. Dah reda baru keluar. Rijal dah bijak, dah faham apa dia tolak ansur. So bila dia dah cool down, dia automatic akan pi kat aku and peluk. Kadang tak peluk, dok sebelah and story why he get angry.
Malam biasanya kami akan talk heart to heart. Kadang tak talk sbb banyak sangat talk dah. Pi tidoq sana. Heart to heart session Rijal yang buat bila dia sedar dia ada buat salah. Tskkk... (when i write this, i realized and analysed...sayam rijal)
He knows not everything he wants he can get. I always tell him that. U want it, u must save your money or work for it. Nothing can be get freely.
Kadang mak ni pon bukan la kejam, nak makan boleh. Tapi bukan on the dot, pi sana pi sini, make condition. Baru boleh.
The world doesn't revolve around you. Be there in reality.
1 comment:
Eh budak sebaya rijal mmg perangai mcm tuh agaknya...aisya ada jgk perangai mcm tuh... mmg tak suka marah anak depan orang ramai kan...adeh penat...
Post a Comment