Kata itu kota.
Jika kita tak mampu berjanji jangan sesekali berjanji tanpa inshaallah.
Ini kerana ia berkait rapat dengan rasa percaya seorang manusia kepada manusia yang lain.
Ia tidak tertakluk semata-mata kepada manusia dewasa, hatta si kecil jua.
Ibu dan bapa, berhenti berjanji yang tidak mampu ditepati, sebaiknya ajarlah anak untuk memahami.
Sekian, dari insan yang gemar memerhati dan menuntut janji.
Haha.
Suami pon dah faham betapa aku tidak gemar berjanji jika tidak dapat ditepati. Hanya inshaallah pengubat hati.
13 August, 2015
Apa kau buat?
Aku sedang mengalami fasa malas.
Malas makan, malas mengemas, malas nak layan anak.
Semua malas.
Sekarang, aku sedang duduk memerhati askar kecilku makan.
Hampir setengah jam.
Belum sudah makan, main banyak.
Realitinya aku kerja melambak, tapi kalau dipaksa memang tak menjadi.
Yang buat tenang sekarang, siram pokok.
Look can be deceiving.
Malah, apa yang kita lihat bukanlah 100% jawapan, tidak semestinya benar.
Aih.
Malas.
Pergilah kau cepat.

11 August, 2015
Damai.
Laju sungguh putaran masa.
Masa kecil dulu, berbeza. Semua aku rasa lambat. Lambat tunggu habis kelas, lama sungguh aku menanti mak balik kerja. Asal mak lewat, mula aku resah. Bila resah, aku tunggu depan laman, kuis tanah, Bercakap dengan tanaman dan kucing2 kami. Mohon mereka doakan mak ayah selamat kembali.
Dramatik sungguh.
Tapi itulah aku. Sungguh rindu dan berdebar menanti mereka pulang.
Kini jatuh pada anak-anakku. Heh.
Pantang aku keluar, depa tinggal..menggelupur mencari. Tu belum kira menangis.
Anak lelaki ke perempuan ke zaman hujung ni, dua- dua kena jaga molek. Asas semua bermula dari rumah. Apa yang kita dedahkan pada anak, itulah yang mereka bayangkan. Life is not black and white though. Reality could be harsh on the children.
Sedangkan kita yang dah berusia, dikatakan matang ini sering bertelagah, macam mana kita nak didik anak-anak? Mampukah kita memberi contoh yang baik jika kita sendiri tak mampu melakukannya?
Kita sanggup bertegang leher untuk membuktikan kita yang benar. Aku yang TAHU. AKU...AKU...AKU.
Sifat AKU, bukan sifat manusia.
Manusia tidak punya apa-apa.
What would you do, if you see your children arguing over something?
How do you react?
Good discussion is healthy if we can accept differences in opinion.
Itulah Cantiknya Tuhan jadikan setiap kita.
Belajar untuk menerima dan menghormati yang lain.
Aku sendiri sedang belajar, dan mesti terus belajar. Ilmu Tuhan itu terlalu luas. Jika kita sudah pon belajar dan mengetahui sesuatu, alangkah molek jika kita bijak menyusun kata, menghormati setiap manusia.
Itulah adab.
Tak rugi merendah diri.
Biarlah disisi manusia, mereka pandang kita tiada apa, tapi maqam kau disisi Tuhan menjulang tinggi.
Nak mendidik anak kita sendiri tiada upaya.
Kita boleh usaha, tapi akhirnya Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah yang empunya didikan.
Pernah aku usaha, namun aku kecewa, kerana apa?
Meletakkan diri sebagai yang berusaha dan kerana itu aku akan berjaya.
SALAH.
Bukan aku, tapi Dia.
Dia.
Dia.
Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua.
Melembutkan hati kita dalam menerima hidayah.
Menenangkan emosi kita dikala berbeza pandangan.

06 August, 2015
Tanda.
Tuhan yang Maha Pemurah,
Tak pernah lokek dalam memberi, cuma aku yang hina ini sering alpa.
Dia sediakan molek semua, tapi aku buta.
Dia bentang indah, namun aku sia siakan.
Siap sedia, tapi aku leka.
Nafsu membayangi segalanya.
Rugi.
Diciptakan tanda bagi mereka yang mahu berfikir.

03 August, 2015
Hobi baru.
Boleh masuk dalam buku, kegemaran: menjahit. Haha
😂
Antara yang best ialah aku boleh buat apa yang aku nak. Sudah tentu kena belajar, utube. Thank you. Tapi nak jugak ke kelas sebab ada sesetengah tu aku tak boleh nak faham sangat.
Nak Membuat blouse ke skirt ke agak mudah, tapinpakain traditional memang rumit. Nak kena berhalus.
Project pertama aritu, buat dress, pleated box untuk Fatimah, then baju melayu utk Rijal n tok laki. Last sekali baru aku punya blouse. Baju raya aku dah Setel awal. Then kerjakan baju lama buat baju tidur Fatimah. Si kenit tu sokmo jadi bahan ujikaji. Hihi.
Now seluar tidor untuk seisi keluarga. Seluar Fatimah seperti biasa siap dulu. Hehe.
Banyak lagi yang kena kemaskan maklumlah ni adalah pertama kali aku buat semua ni. Last menjahit, baju Kurung kedah masa form 3 kot? Dalam kelas ert.
Semoga ini menjadi titik tolak dalam mencapai apa aku impikan. Impian aku bukan berkenaan duit. Terlalu banyak dah dalam dunia ni duit, duit duit. Semoga Tuhan redha.
02 August, 2015
Pancing dan dipancing...
Asal mana lalu kawasan pembinaan mesti rindu. Menguit nguit rasa dipanggil. Cabaran kerja, berlumba dengan kaum Adam, show off dengan depa. Tu dia. Rasa superior. Rasa hebat.
Sekarang, takde.
Kena asah dengan dia jadi tunduk, buang rasa bongkak. Buang sifat berlumba. Humble.
Senang? Tipu.
Aku alpha female. Payah kot. Kalau bukan dia punya kerja, memang tak lama lah. Sebelah mata je ku tengok orang lelaki. Apa, ingat kau je boleh, aku tak boleh?
Gitu.
Sekarang, masih ada, tapi bila mana nafsu itu dilentur, berlumba segala jenis rasa. Akhirnya bila berjaya, manis saja.
Impian aku satu, satu Tuhan bagi. Manis sungguh rasa susah yang dahulu. Rasa benci yang dikupas campak dalam tong sampah itu. Manakan nak dapat sagu kalau tak dipecah ruyung.
Pernah ku bilang, mahu kembali bekerja andai anak semua bersekolah, nah...dia beri sesuatu untuk mengisi masa lapang. Menghidupkan kembali harapan. Mana mungkin kalau bukan atas izin Tuhan.
Hidup dengan serba sederhana banyak mengajar aku erti Syukur berbanding zaman mewah, membeli apa saja yang dimahu. Moga Tuhan pelihara, jaga hati ini hingga mati.
Moga aku diizinkan Tuhan untuk mencapai impian yang belum terzahir, yang masih berdikit mengasah diri sebelum sampai saat untuk ia terdiri.
Moga Tuhan berkati.

Subscribe to:
Posts (Atom)