11 August, 2015

Damai.

Laju sungguh putaran masa.
Masa kecil dulu, berbeza. Semua aku rasa lambat. Lambat tunggu habis kelas, lama sungguh aku menanti mak balik kerja. Asal mak lewat, mula aku resah. Bila resah, aku tunggu depan laman, kuis tanah, Bercakap dengan tanaman dan kucing2 kami. Mohon mereka doakan mak ayah selamat kembali.

Dramatik sungguh.
Tapi itulah aku. Sungguh rindu dan berdebar menanti mereka pulang.

Kini jatuh pada anak-anakku. Heh.
Pantang aku keluar, depa tinggal..menggelupur mencari. Tu belum kira menangis.


Anak lelaki ke perempuan ke zaman hujung ni, dua- dua kena jaga molek. Asas semua bermula dari rumah. Apa yang kita dedahkan pada anak, itulah yang mereka bayangkan. Life is not black and white though. Reality could be harsh on the children.

Sedangkan kita yang dah berusia, dikatakan matang ini sering bertelagah, macam mana kita nak didik anak-anak? Mampukah kita memberi contoh yang baik jika kita sendiri tak mampu melakukannya?

Kita sanggup bertegang leher untuk membuktikan kita yang benar. Aku yang TAHU. AKU...AKU...AKU.

Sifat AKU, bukan sifat manusia.
Manusia tidak punya apa-apa.

What would you do, if you see your children arguing over something?
How do you react?

Good discussion is healthy if we can accept differences in opinion.
Itulah Cantiknya Tuhan jadikan setiap kita.
Belajar untuk menerima dan menghormati yang lain.


Aku sendiri sedang belajar, dan mesti terus belajar. Ilmu Tuhan itu terlalu luas. Jika kita sudah pon belajar dan mengetahui sesuatu, alangkah molek jika kita bijak menyusun kata, menghormati setiap manusia.
Itulah adab.

Tak rugi merendah diri.
Biarlah disisi manusia, mereka pandang kita tiada apa, tapi maqam kau disisi Tuhan menjulang tinggi.


Nak mendidik anak kita sendiri tiada upaya.
Kita boleh usaha, tapi akhirnya Tuhan yang Maha Bijaksana, Maha Pemurah yang empunya didikan.
Pernah aku usaha, namun aku kecewa, kerana apa?
Meletakkan diri sebagai yang berusaha dan kerana itu aku akan berjaya.
SALAH.
Bukan aku, tapi Dia.
Dia.
Dia.



Semoga Allah memberi taufik dan hidayah buat kita semua.
Melembutkan hati kita dalam menerima hidayah.
Menenangkan emosi kita dikala berbeza pandangan.

No comments: