02 August, 2015

Pancing dan dipancing...

Asal mana lalu kawasan pembinaan mesti rindu. Menguit nguit rasa dipanggil. Cabaran kerja, berlumba dengan kaum Adam, show off dengan depa. Tu dia. Rasa superior. Rasa hebat.

Sekarang, takde.

Kena asah dengan dia jadi tunduk, buang rasa bongkak. Buang sifat berlumba. Humble.

Senang? Tipu.
Aku alpha female. Payah kot. Kalau bukan dia punya kerja, memang tak lama lah. Sebelah mata je ku tengok orang lelaki. Apa, ingat kau je boleh, aku tak boleh?
Gitu.

Sekarang, masih ada, tapi bila mana nafsu itu dilentur, berlumba segala jenis rasa. Akhirnya bila berjaya, manis saja.

Impian aku satu, satu Tuhan bagi. Manis sungguh rasa susah yang dahulu. Rasa benci yang dikupas campak dalam tong sampah itu. Manakan nak dapat sagu kalau tak dipecah ruyung.


Pernah ku bilang, mahu kembali bekerja andai anak semua bersekolah, nah...dia beri sesuatu untuk mengisi masa lapang. Menghidupkan kembali harapan. Mana mungkin kalau bukan atas izin Tuhan.

Hidup dengan serba sederhana banyak mengajar aku erti Syukur berbanding zaman mewah, membeli apa saja yang dimahu. Moga Tuhan pelihara, jaga hati ini hingga mati.
Moga aku diizinkan Tuhan untuk mencapai impian yang belum terzahir, yang masih berdikit mengasah diri sebelum sampai saat untuk ia terdiri.
Moga Tuhan berkati.

No comments: