My little popcorn. Ahmad Rijalluddinn.
Menjangkau 4tahun 5 bulan. Sepanjang usia dia, Rijal tak pernah show interest bila diajak membaca, belajar. Boys. Tapi....kalau aku kata, pi la main rijal...berdesup laju. Hilang terus masuk bilik mainan, punggah sana sini, lompat sana sini. Bercakap tak payah suruh. Diam je kena suruh. Tetiba satu hari tahun ini 2014, exact month tak ingat, dia bawak buku ajak baca, mintak ajar itu, ajar ini. Takde paksa. Alhamdulillah.
Sebenarnya, as a mother cuak n goyang jugak la bila tengok kawan2 sebaya dia dah boleh membaca, mengaji bagai. Dia lepak, main sana sini. Tapi aku pujuk diri sendiri supaya let him be. Let him enjoy his childhood. Walaupun sebenarnya, kami dah bayar duit muka untuk kindergarten dia tapi tak hantar2. Aku masih berat hati nak sumbat segala jenis pelajaran kat dia. So biar je lah...bawak dia keluar main sana sini, swimming ke, horse riding ke, waima main tanah n main lopak air pon aku biarkan.
Aktiviti dia kat rumah ialah main semedang. Tablet n phone restricted. Cuma ada sebulan tu terbagi n nampak dia jadi gian. So, apalagi, kasik simpan la. Apa yang aku buat sekarang, pagi aktiviti seni n fun diorg, melukis dalam bilik air je la..senang keje mak nak bersihkan. Tengahari bebas, sebab umi nak masak. Petang after lunch, one on one. Dah macam ada satu invisible timetable, bebudak pon dah tau bila time diorg. Lepas asar gitu, main kat luar either ajak playdate or kami je.
Selama ni kalau nak hafaz ke membaca ke semua aku buat sensorang, depa berdua bergolek sana sini, kadang2 Fatimah join duduk (yang sorang ni memang agak beza). Jadilah umi dia mcm cakap dengan dinding, tapi tu lah buat je. Sekarang baru aku nampak sikit2 Tuhan tunjuk. Tetiba dia dah hafal, tetiba Rijal dah kenal, tetiba Rijal dah faham konsep. Ya Rabbi. Syukur.
This is a long winding road. Aku masih simpan hasrat nak homeschool anak2 tapi kita relax dulu. Tengah perhati kekuatan dan kekurangan masing2. For sure bila aku cakap nak homeschool kat atuk2 bebudak ni, confirm kena bash. Heheheh...I have bigger picture for them. Maklumla, mak diorg pon suka menongkah arus and it suits me well. Tapi this is not about me, it's about them, our children.
Papepon nak buat sesuatu keputusan besar dan mustahak insyaallah, istikharah dulu. Mohon diberi petunjuk jalan yg terbaik....
No comments:
Post a Comment