06 September, 2014
pandangan manusia
Alhamdulillah dua minggu rumah kami dikunjungi tetamu yg tak putus tiba. Suka. Seronok.
Dalam pada seronok tu, ada juga yang aku stress sensorang. Pasai apa? Bila mana aku terasa perlu untuk achieve people's expectation. Blerghhh. Buat penat badan n emosi je. Lain la kalo kerja, ada KPI ada jugak imbuhan hujung tahun. Hahaha
Belajar tak pernah habis. Never. Soalan yang selalu orang lemparkan pada aku, tak nak kerja balik ke? Sayangnya dulu kerja best sekarang surirumah JER. Like...hello. JER waklu. As for me, kerja la paling best in term of ur time alone. Ko ada 2 life. Tapi.......kau hilang sesuatu dalam pada seronok tu, iaitu masa yang x boleh diundur balik untuk bersama anak2.
Aku sanggup. Tapi bila kau diasak persoalan yang sama, tepu otak. Heh. Mulut manusia ni takde insurans. Main sedap lontar je. Apeke susah nak fikir sebelum bercakap? Priority setiap family berbeza, tak bolehla nak samakan orang lain dengan kau. Kau pakai range rover evoque, then kau expect org lain pakai kereta yg sama? Nonsense. Ada orang rela hidup dalam hutan dikelilingi air sungai dan rimba, ada orang nak duduk hutan batu. Tak boleh pukul rata.
Bila dah jadi parents, kita sepatutnya lebih empati pada orang sekeliling. If not, mcm mana nak mendidik anak supaya belajar memahami? Your children is learning from us, parents. Hakikatnya, sifat dan perangai ibu bapa sedikit sebanyak akan terlukis pada anak2.
Logic akal perlu diguna bukan hanya sekadar mengikut macam lembu kena cucuk hidung. Belajar untuk memahami. Adab kena jaga waima dengan orang lebih muda, apatah lagi dgn yg lebih tua. Aku ni pon, banyak je leaking, tapi kita ni selagi belum tutup mata kena usaha habis baik untuk berubah. Belum cerita bab jujur. Bab hormat.
Dasar emak2, membebel saja non stop. Maka dapatlah Rijal yang mulut mcm popcorn. Berhenti bila tidur. Hehe.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment