31 October, 2012

Cerai susu, susuku kering

Deep breath...

Alhamdulillah, Rijal officially cerai susu masa dia berusia 2thn 6bln. Ngam2 dia ganti 6 bulan yg dia tak puas breastfeed (susu dah start kurang, tapi he still latching for comfort dan penghilang dahaga, bukan utk kenyang dah). The process was quite smooth i think.

Proses dia, aku pesan hari hari, dah macam berzikir kat telinga Rijal. " Rijal,  nnt berhenti nenen tau, awak dah besar, susu ni adik punya" Each time dia bf, mmg tu lah yang aku pesan.
One fine day, tak lama, lepas dia genap 30bulan, aku bancuh susu tepung yang biasa, bukan FM pon, bagi before tido, Rijal pegang siku, main2 terlena.Wah, masa tu dah syukur... berterusan selama 3 hari,then ada satu malam dia mintak, aku bagi.. sebab, rindu.... :')
After that, dia dah tak minta.. each time nampak/ rindu, dia cium lama2 n cakap, ni adik punya ek...Ijan dah besar ekkk... :')

Terharu, sedih, semua ada. Allah permudahkan.

Kami mmg sepakat bagi masa 2.5thn - 3thn utk dia wean sendiri, tak mau paksa dia...syukur. Ikut aku, mau dah bubuh asam, nescafe bagai, tapi suami sabarkan. Dengar je lah. He's a wise man.

Paling best, since dia stop bf, selera makan, alhamdulillah...best sangat tengok. Kalau tak, ade je alasan nak bf. Agaknya bf tu dah rasa macam2 dah... Kadang, aku pump susu, mesti Rijal sibuk, "ummi, ni susu adik Imah ek...Ijan punya susu lain ek..." sedih rasa..

Top of it, alhamdulillah we made it Rijal. Allah izinkan ummi bagi Rijal susu yg terbaik.. cengih2 pon, still ada soft spot..

------------------------------------------------------

A week before Raya Haji, aku pi jumpa doc homeo ( not recommended this one). Tapi, bkn doc yg ada, his student in charge masa tu. After consume remedies yg dia bagi, susu start drop. Air sampai 5L aku telan (no jokes) Paling teruk, ahad (21/10/12) susu kering. Let down sampai amik masa 20min baru keluar susu, tu pon tak puas Fatimah minum. Nak jadi cerita, Fatimah demam masa tu.

I cried a bucket. Husband too.

EBM beku ditolak, she's a clever girl. Sampai aku dengar dia telan air liur, sbb kering tekak. Nak tidur, perut lapar. Badan dedar, haus, takselesa badan. Meruntun hati sungguh. Susu lain mmg takde dalam rumah, Rijal mnm susu coklat. Akhirnya, buatkan air zamzam, titik madu setitis, bagi adik minum. Laju dia telan (guna syringe)

Hikmah dari kejadian tu, demam terus hilang, aku buat power pumping,n pump biasa secara kerap. Stop consume ubat tu sabtu. So feed adik guna syringe je. She rejects bottles since newborn.

After 3 days pp, alhamdulillah susu naik n bengkak mcm biasa. Lesson learnt. Must have fresh ebm in the fridge. So, nak tak nak kena extra keje. Demi anak.

Pengalaman sungguh.

No more visit to that particular homeo. Yang lain, insyaallah.

17 May, 2012

:)

Subhanallah...Alhamdulillah....

Luka ku sudah sembuh pada hari ke-6.
Sebaik2 penyembuh adalah Dia.
Ikut pengalaman masa melahirkan Rijal, almost a month baru nak elok. Belum ditambah dengan side effect lain, mau seratus hari-5bulan.
Berdebar2. Maklumlah,kesan epi lama luka balik. Tapi.....Allah Maha Penyembuh.  :)

Aku tak menidakkan peranan doktor. Tidak sama sekali. Tapi, Doktor Agung adalah Allah.
Ujian untuk kami. Dan Dia telah menjawabnya.

Syukur Ya Allah.

13 May, 2012

kelahiran adik..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Sebelum aku bercerita, aku harap sesiapa yang membaca kisah kelahiran adik ini mampu berfikir jauh dan terbuka. Kalau agak2 tak mampu, bolehlah klik tanda pangkah di hujung atas kanan blog ini. Cerita ni panjang berjela.

Let me phrase it in one sentence. This is a planned homebirth.

Sejak aku mengetahui yang aku membawa nyawa di dalam perut, perkara pertama yang terlintas dalam kepala ialah ''Aku tak nak kena usik.(no vaginal examination, no drugs, no vaginal swabs, no vaginal streching and NO EPISIOTOMY) semua ni aku dah rasa dgn Rijal. Agak menakutkan dan boleh dikata aku trauma. Gila.

Atas izin Dia, aku terjumpa dengan satu group di Facebook. The Gentle Birthing Group  Dari sini, aku mula membuat research dan cuba mempelajari sesuatu yang asing. Sesuatu yang sering aku tertanya. Syukur, Dia memberi jawapan sedikit demi sedikit. Kemudian, aku approach hypnobirthing instructor Nadine yang telah membuka jalan kepada homebirth.


Tujuan utama homebirth, mahu auratku terjaga ketika bersalin. Ya, ada doctor perempuan. Tapi, suami(dahulunya) prefer hospital kerajaan yang rata2 tahu kebarangkalian untuk menjadi bahan ujikaji dan tontonan adalah sangat tinggi. Di sini, aku mula mencari dan terjumpa sesuatu yang sering kita ungkapkan





"tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Tapi, bukanlah aku membuat secara membuta tuli. I do my own research and understand the autonomy, physiology & psychology of my own body.


Homebirth adalah satu ujian bagiku untuk menguji sejauh mana kebergantungan hati ini pada Dia.


Ok, terus pada detik kelahiran adik.


Sebenarnya, aku sudah merasai kontraksi yang manja semenjak kandungan mencecah 37-38w. Tapi mengetahui ia adalah satu cara badan menyediakan diri untuk melahirkan, aku bertenang dan buat aktiviti seperti biasa. Surges yang kuat telah bermula pada hari Ahad,6 Mei 2012 but it still bearable. Isnin, 8am, 7 Mei bloody mucus plug telah memberi salam :)  Surges masih boleh ditanggung dengan bergerak dan bersenam dengan gymball/birthball. Memang membantu mengurangkan rasa sakit. Masa ni, suami dah dalam perjalanan pergi kerja. Aku terpaksa call suami dan pinta dia pulang sebab I do need my support. 


Seharian contraction datang dan pergi dengan interval yang agak regular. Malangnya baby belum mahu muncul. hehe. Suami mengambil keputusan untuk menyuruh aku berehat. Tenaga extra akan diperlukan untuk hari mendatang. Kak Ira buat random guess, mungkin baby nk keluar jam 4am hari Selasa kot? hahaa... Malam 7hb aku cuba tidur dalam keadaan contraction yang sama. 8hb Mei, jam 4 pagi, aku terjaga dan berasa segar. The surges become more intense and i need to wake up my husband. He did counter pressure around my hips and back. Then I asked him to sleep cos i will need him tomorrow. Maternal instinct told me so :)


Went to kicthen and made light breakfast. Im eating like, A LOT. hahaha..kurma,susu,benjo, cereal.
Makan, surfing and recite a few surah. Perjalanan rohani kini bermula.


Surges becomes intense,each time the waves came, i can't smile. Just concentrating on my breathing. Nafas dalam nafas yang pernah di ajar oleh YM. :) Husband reminds me to concentrate on breathing each time he saw me losing track. We dance together each surges. Saat ini, aku jatuh cinta sekali lagi dengan suami. Sangat cinta.  


730am, Rijal woke up and join me riding my gymball. It's challenging to entertain a toddler and at the same time u are riding ur surges. I can't scold him, if not he'll feel left out. Husband took bath together with Rijal and fed him. Rijal will check on me time to time. Give kisses on my cheek,hugs & even smack me down. T__________T


I do breastfeed him till now. And u know what? i breastfed him during my surges. It is like...hm.....having comfort and felt like stabbing ur body at the same time. haha...
1045am (if im not mistaken) i already in transition phase where i suddenly cried,cried and cried during surges while breastfed Rijal. Rijal sweep my tears and stare at me '' Ummi, No No nangis" and hug me. So touching this moment. Husband constantly do counterpressure/light massage. Never left my side. Love.Love.Love.


I lost track of time this moment. From bed, i move to my birth nest. In all fours, suddenly we heard a burst "swoosh..." I broke my water! Suami tak berhenti mengucapkan takbir "Allahuakhbar, Allahuakhbar" . My pillar of strength. He reminds me His Mercy. His Grace. 


Suddenly i tried to stand up. Husband helped me. I want to poop. (in my head) hahahah... Done my #1. Suddenly i asked husband to get ready with towels. I am ready to birth. In.Toilet. haha. Tenaga dah hampir habis dah. Kalau ultraman, rasanya dah berkelip lampu merah. Bip....bip... ye,itu lah yang ada dalam kepala masa tu. Half standing and half squatting. 


I felt the ring of fire. Deep breath. I feel the stretching.  Head in, head out.kahkah...but i know, my body know its job. Baby head emerged! Anterior position. Rijal, posterior. kali ni, aku punya breathing teknik  dah ke laut bila sampai mahu keluarkan bahu adik. Tak sabar dah nak tau gender adik, another surges datang, aku push. Kahkah..selamat,elok2 tak koyak jadi koyak.Tu la tak sabar. Syukur Alhamdulillah. Rijal nampak abah dia sambut adik dengan takbir (dalam bilik air????) He shouted " Ummi yak kuar adik" haha.. he didnt saw my vjj ok? i wore an oversize t-shirt covering my ass. :P


Thanks to Maria & Najwa who helped & guide us. Lepas je adik keluar, terus breastfeed dalam bilik selepas adik di iqamahkan. Tak lama, dalam 10-15min kemudian, placenta keluar. pon dalam toilet. Nampak sangat aku suka toilet. Scrubbing toilet adalah hobi aku.hehe....


Done Stage 3, and resting. I did tore, but didnt go for stiching. it feel much better and syukur alhamdulillah projek #2 berjalan lancar. Takde dah aksi menangis2 dalam toilet macam masa Rijal. Luka dah almost heal. Naturally. Subhanallah....Alhamdulillah. Tak perlu ubat lembut najis. Takde rasa sakit menyengat macam dulu. Ya Allah....syukur. 


Yang lain akan cerita lain. But, anyone who read this, please dont share it on FB. thanks :)



20 April, 2012

sembilan

Alhamdulillah.... (nyanyi lagu Maher Zain)

dah masuk 9bln,mggu depan baby dah full term (37w) tapi ummi tak paksa awak keluar awal...keluar bila baby dah ready,fully baked ok? abg Rijal keluar 10bulan 2hari. so adik baby, ummi relax je...yg penting jgn awal...

Hb dah cantik balik. masa last checkup drop sampai 10.6 from 12++ . Aku suspect sebab amik minyak kelapa dara. sebab tu je rutin yang bertukar selama 3mggu. I read somewhere if body not tolerent with certain food it will effect blood count. Menggelabah makcik masa tu. Now, dah stop consume, alhamdulillah dah normal jadi 12.6

Insyaallah proceed with my (and husband) original planned. Moga semua selamat,lancar dan dipermudahkan.

Next week birthday Rijal, dan genaplah usianya 2tahun. Insyaallah genap 2tahun penyusuan. Syukur...even mengandung,tapi diberi rezeki dan kudrat untuk menyusukan Rijal. Sedih jugak nak stop bf. Tapi dah tanya yang arif (YM) tentang bf sampai bila. Dia kata 2tahun cukuplah,then slowly berhentikan. :) Aku tak nak paksa, tapi akan main psikologi dgn Rijal. Moga dipermudahkan. Pasni turn adik baby pulak :) moga penyusuan kami dipermudah hingga 2 tahun.

Bitter sweet memory dalam menyusukan Rijal. Berapa kali aku kena bengkak susu, luka cik N, block duct (sampai kena jadi doctor cucuk mana yg tersumbat),sakit belakang jgn kiralah. Tapi, kenangan manis paling banyak. Boleh cium2 anak, nasihat, zikir, main2..semualah...manis.....semua tu masih segar dalam ingatan, terbayang2 di mata.

Satu je, breasfeeding is not an easy journey. It takes a lot of effort and strength. So mommies, be strong and pray the journey been eased and blessed by Allah :)

03 April, 2012

two is enough.

hahaha...yes,that what i said to husband. asal kena amik darah, be it MGTT, hb test,FBC. semua aku  menyampah.

I hate needle. @#$$*&^

Masa mengandungkan Rijal lain cabaran dia. Mengandungkan adik lain pulak. Yang pasti, menguji sejauh mana tahap 'percaya' pada Dia. Sejauh mana fahaman tentang "Tiada daya dan upaya ku melainkan Dia"

Allahuakhbar.

Suami kata, semua itu datang dari Dia, bahagian awak untuk diuji. huhu...sikit je pon...

Bertabah dan berdoalah :)

28 March, 2012

syukur...

Alhamdulillah...part yang mendebarkan sudah terlerai. 

Disahkan sebagai penerima anugerah low lying placenta type 1,sehingga 3rd trimester akhirnya segalanya kembali pulih seperti sedia kala. Kami sihat sejahtera,alhamdulillah. Placenta/uri sudah berada di atas sana.

Nak dijadikan cerita,di awal kehamilan, doc mengesahkan uri terlalu rendah tapi tidak menutupi lalaun keluar adik. Tipulah kalau i as a mother tak risau. Paling ngeri adalah c-sect. Nak amik darah pon pejam2 mata, siap drama seminggu sebelum kejadian, ini kan pula kena potong. Mintak jauh n dipermudahkan hendaknya. So, dengan kegabraan mula la tweet n cari orang sana sini. End up, tanya chika sebab pernah terbaca tweet dia tentang ayat utk naikan uri.

Al-Hasyr::21

Memula baca je,maklumlah tak tau macam mana nak amalkan, tu penting berguru. :) tapi salah satu cara yang terbaik untuk memusingkan bayi songsang yang aku tau ialah dengan sujud lama(buat jugak konon naikkan uri,aku blasah je). Malangnya.....cara ni tidak sesuai diaplikasi sewaktu siang iaitu waktu rijal sedang horah horeh. Sebabbbbbbb dia akan mengkudakan aku. Either aku akan jadi papan gelongsor/ kuda kepang (henyakan diterima di leher,harap maklum) / bergayut mcm monkey dari sujud sampai berdiri. Kuatkan anak bujang saya T____T

Merepek plak. Ok,until one day, lepas solat aku dah buntu, camne nak buat ni. Sebab dah scan banyak kali doc dok kata uri kat bawah,might be kena potong je lah. Suddenly kuatkan hati baca ayat tu, tiup kat tangan n sapu perut belah kiri sambil berdoa moga uri naik ke atas. Terasa satu gelombang kuat kat perut,sangat kuat mcm tsunami,ecehhh. Masa tu dah tawakkal, moga uri yang naik, bukan adik yang pusing jadi songsang. huhuhu...

Next appointment, kena scan lagi. (im not a scanning fan ok?nyampah tol..)  doctor kat KK P9 kata uri kat bawah lagi (masalah doc ni, dia langsung x confident, siap panggil doc lagi sorang for confirmation. yang lagi sorang tu pon siap kata, ''eh,tak sure lah.mana urinya'') aiyo...doctor...camno ni? mesin KK tu kelabu asap sangat kot sampai tak kenal uri n bladder.

Akhirnya kena p hospital. Sampai sana, doc kata ''Eh, your placenta is OK. Translatteral, belah kiri ni. Jauhhh dari jalan keluar baby'' :) 

Syukur. 

So kekallah dengan rekod putih, moga dipermudahkan urusan kami untuk masa hadapan :)

Ada lagi lebih kurang 5mggu before masanya. Excited mahu jumpa adik. Mahu bersalin. Eh??? =))

16 March, 2012

caca merba,

My baby boy is sleeping like a king. Tu dia. I think i need to find him a pillow. Bantal orang dewasa. Sebab sekarang dia suka hijack bantal2 aku. Bantal dia kecik kot, dah tak sedap bagi dia. :)

Bantal bulu maybe?

Ada la mood sket nak mengarang. kang aku dah hibernate memang lama. 8weeks +- before adik keluar. Rijal pon dah tau beza adik sendiri and adik orang. hehe. Such a sweetheart abg Rijal ni. Alhamdulillah. Cuma kalau dia buat perangai 'cantik' once in a blue moon tu, omi ppon bertukar jadi naga. Pendekatan baru utk hukum selain time out, getah sayur tu. Acah je,bagi takut. Kadang ade gak kena sedas kat kaki. Makin sarat ni malas nak membebel banyak2. Tanya je, 'Rijal good boy kan?ke nak kena lastik?' hahahaha....

For adik, aku rancang sesuatu yang luar kebiasaan. Tapi, kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana perancangan ini berjalan. ''Kita merancang, Dia merancang, tapi Dia sebaik2 perancang''

I hope and pray for a smooth delivery, breastfeeding,and everything. Mind kena strong with support from husband.

Gym ball untuk exercise adalah sangat membantu untuk ease my back pain. I do recommend this for pregnant mom. Buat latihan pernafasan, kegal exercise,helping to position baby pon boleh disamping main bola dengan anak T____T  Bila ada baby, boleh buat senaman bersama utk kuatkan tulang n prevent/reduce colic for baby. :)

Untuk mommies yang pregnant, i suggest u to dig all the knowledge. Cari sampai akar umbi, rather than ikot2. Sebab from there, u'll build a strong foundation for preparing urself to enter a whole new world. Semua tentang mengandung, bayi, penyusuan (why breastfeeding is good for u n baby) parenting..semualah. Oh, jangan lupa, if sempat, p la cari doktor yang support normal delivery,yang tidak menggalakkan c-sect (unless emergency) tidak menggalakkan epidural. :)

Hanya pandangan seposen dari saya yang tidak tahu apa2.. =))

21 February, 2012

oh kasihan....

sian dia...usang dah,buruk...bersawang sana sini. Nak buat camne, bukan penulis tegar. Anak bujang n baby#2 lagi tegar.

Alhamdulillah dapat kesempatan dan ruang untuk menulis masa rijal tengah morning nap, and i have nothing to do here. Tunggu masa lapar, turun bawah, cari makanan. Heh. kalau tak, bersusun keje rumah n nak melayan tuan raja kecik ni. Masa untuk berehat seketika, hanyalah waktu suami sudah balik keje. Busy mak.

I got the inner peace and redha untuk jadi surirumah baru-baru ni. Thanks to Kak Leen. =))

If not, ikhlas ku akui, susah gak nak terima. Otak ligat nak kerja, nak beat suami dalam bidang masing2. heh, aku ego tahu? Tak boleh kalah, lagi2 dengan suami sendiri. Sebab tu sampai sekarang,kadang2 study gak benda2 yang berkaitan. So that aku tau ape nak debate dengan suami. Oh...oh...ade benda suami sudah tentu kalah, iaitu tentang breasfeeding. HAHAHA

Bercakap pasal breasfeeding, Rijal still breastfeed. just that susu tak melimpah ruah lah macam dulu. Dah takd langsung rasa let down tu. Rinduuuu.... tapi, bila rijal lupa nak bf, mula lah nyut nyut rasa. bila picit cik N, nan ado keluar ape. just boleh nampak susu pekat yang lebih bila lepas rijal bf.  Oh ye, rijal pon dah consume fresh milk bila dia nak. mostly tanak. or bila berjalan je dia nak. or iikut suka dia lah. heh.

Baby adik sudah 28w. =)) so strong. lagi power kicking and smacking ummi dia compared abang Rijal. Adik...adik... Paling happy bila abg rijal tegur/borak2/nyanyi lagu Oh McDonald kat dia. Bukan main dia tendang n siku. Baby adik ni suka tendang pundi kencing ummi. Sakit wok. Abg Rijal dulu suka tendang ribs ummi,tu pon bila dah masuk 9 bln. Ni baru 5bln dah abis satu badan ummi kena -___-'' oh adik. Please ye, bila keluar behave.

Nampak gaya,aku bakal pecah rekod masa mengandungkan rijal which is 63/64kg. baru 7 bln pon sudah 58/59 kilooo.aigoo. kena usaha keras pasni utk dapat figure dulu. Yakin boleh!!! sebab adik n abang ade kan, sumber senaman paling mudah :)

lama tak tepek gambar rijal.

jap cari.

oh...xde....heeeee...